Wednesday, January 27, 2010

ALIRAN FAHAMAN WAHABI, ADAKAH IA BERCANGGAH DENGAN PRINSIP ISLAM?

Pada pandangan saya, ada juga prinsip yang diamalkan oleh pengikut fahaman Wahabi tidak bercanggah dengan syiar@syariat islam, tetapi ada juga yang diamalkan oeh mereka bercanggah dengan syariat islam dan menyebabkan umat islam pada hari ini terkeliru dengan fahaman yang di bawa oleh fahaman Wahabi.
Gerakan Wahabi diasakan oleh Imam Muhammad Bin Abdul Wahab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hanbali sedang merosot dan umat islam pada masa itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bida’ah.

Perkembangan fahaman Wahabi di Malaysia kebanyakannya dibawa oleh pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu. Guru agama@ustaz sayya memberi pandangan serta menyabut bahawa, Muhammad Bin Abdul Wahab At-Tamimi (pengasas wahabi) juga sebelum dia melakukan fahamannya, dia sendiri pernah menganut mazhab Hanafi@Hanbali. Pada pendapatnya juga (ustaz) mana mungkin orang itu ,pada suatu ketika pernah menganut satu-satu mazhab,sanggup mencela mazhab yang pernah dianutinya. Jikalah dia ( Muhammad Bin Abdul Wahab ) sanggup mencela mazhab Ahli Sunnah Waljamaah, maka samalah seperti dia mencela ahli keluarganya yang juga pernah menganut mazhab atau fahaman yang sama seperti sebelum dia ( Muhammad Bin Abdul Wahab ) melakukan aliran fahamannya tersendiri.

Saya menjawab disini bahawa tidak mustahil seseorang itu mencela orang lain dan sanggup untuk menjatuhkan akidah umat yang lain. Di Malaysia, seseorang sanggup menggelarkan dirinya sebagai Rasul untuk orang Melayu iaitu Abdul Kahar,dengan menyatakan bahawa jika orang Arab ada nabi dari kalangan mereka mengapa tidak pula orang melayu. Akhirnya dia didapati sesat. Juga tidak lupa, ayahPin yang sanggup menukar agama dari islam ke hinddhu. Dia juga mendakwa mempunyai kerajaan langit. Ini kerana dia kekurangan ilmu agama,tidak mendalami ilmu islam dan akhirnya murtad.

Begitu juga pada zaman khalifah AmirulMukminin, Abdullah Bin Saba’, seorang islam munafik dari yahudi memeluk islam semata-mata ingin menyesatkan umat islam. Dia juga dikatakan pencipta hadis-hadis palsu,pelopor ajaran Syiah Imamiyah dan sengaja melaga-lagakan saidina Ali dengan khalifah-khalifah yang lain. Inilah bentuk-bentuk penyelewengan akidah umat islam yang telah dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya juga tidak meengatakan bahawa Muhammad Bin Abdul Wahab itu sesat, cuma saya cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari ini agar sama-sama kita berhati-hati dan mengambil iktibar dari sejarah hitam terdahulu.


INFO : ANTARA AMALAN-AMALAN FAHAMAN WAHABI

- Dalam mempelajari ilmu usuluddin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibn Taimiyah.

- Didalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh berpegang antara satu sama lain.

- Berpegang kepada sumber Al-Quran dan Hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada ijmak dan qias.

- Melarang keras umat islam berdoa melalui Tawassul. ( perantaraan )

- Melarang Ziarah kubur walaupun makam Rasulullah.

- Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat islam syirik.

- Melarang membaca Qasidah dan berzanji yang memuji Rasullullah, tahlil dan seumpamanya.

- Melarang umat islam mengadakan sambutan hari kebesaran islam seperti maulid Nabi, israk dan mikraj dan lain-lain lagi.

- Melarang umat islam mempelajari sifat 20 dan seumpamanya.

- Fahaman Asa’ari iaitu Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dibuang jauh-jauh.

- Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Al-Fatihah.



1.Dalam mempelajari ilmu usuluddin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibn Taimiyah.

Saya menjawab disini bahawa,bukankah ilmu itu datangnya dari pelbagai bentuk,khususnya pada zaman hari ini. Ilmu pada hari ini datangnya dari buku,akhbar,radio,televisyen,internet dan lain-lain lagi. Malah imam-imam feqah dari Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri turut mempelajari ilmu-ilmu agama daripada imam-imam yang beraliran@bermazhab yang lain. Seperti contoh, imam Abu Hanifah Nu’man ibn Tsabit ( imam besar mazhab Hanafi ) juga pernah mempelajari ilmu daripada Jaafar As-sadiq yang berfahaman Syiah Imamiah,tetapi (Abu Hanifah )dia juga membuat fatwanya sendiri mungkin sebab gurunya berfahaman Syiah. Imam Malik Bin Anas (imam besar Mazhab Maliki) juga mempelajari ilmu daripada imam Abu Hanifah . Imam Syafie ( Muhammad Bin Idris Al-Syafie, imam besar mazhab Syafie ) juga mempelajari ilmu daripada imam Malik Bin Anas. Imam Ahmad Bin Hanbal ( imam besar mazhab Hanbali ) juga mempelajari ilmu daripada imam Syafie. Apa yang saya cuba terangkan disini adalah bukanlah ilmu itu terletak pada seseorang itu sahaja malah Allah telah memberikan setiap manusia itu ilmu yang bermanfaat baginya. Maka disini, jikalah orang-orang Wahabi ini hanya berpegang pada fahaman Ibn Taimiyah sahaja, maka jikalah fahamannya agak sulit untuk dilaksanakan maka patutkah mereka ikutinya juga? Terserahlah kepada pengikut Wahabi tersebut…….


2.Didalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh berpegang antara satu sama lain.

Saya menjawab disini bahawa, kalaulah kita tidak memegang mana-mana mazhab, maka samalah kita seperti orang yang tidak mempunyai pegangan. Adakah pengikut Wahabi ini tidak mengerti maksud mazhab. Mazhab bermaksud jalan@ikutan. Kalaulah dikatakan ‘boleh berpegang antara satu sama lain’ ini memberi maksud bolehlah mereka ini sekejap ikut mazhab Hanafi lepas itu mazhab Hanbali. Bukankah didalam satu-satu mazhab itu membicarakan tentang hukum-hakam,fiqah, halal haram dan berbagai-bagai lagi. Jikalah sesebuah negara itu tidak berpegang@terikat dengan mana-mana mazhab,maka bagaimana pula untuk kita melakukan satu-satu fatwa. Memang betul fatwa dikeluarkan mengikut@merujuk kepada Al-Quran dan Hadis tetapi pandangan@ijmak ulamak-ulamak terdahulu juga perlu kita ambil kira supaya kita tidak tersalah mengeluarkan hukum kerana suasana hari ini dan dahulu sangat berbeza. Malah sejarah membuktikan bahawa ramai tokoh tersohor islam seperti Imam Nawawi, Imam Al-Ghazali, At-Tarmizi, imam Bukhari, imam Muslim juga berpegang kepada mazhab yang empat itu ( mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali ). Ini kerana, segala hujah dan fahaman yang dikeluarkan oleh keempat-empat ulamak ini jika dikaji adalah rasional dan sesuai dengan kehidupan seharian kita. Saya mengatakan ini adalah satu penipuan kerana ( Muhammad bin Abdul Wahab) sendiri sebelum dia melakukan pandangannya, dia sendiri pernah memegang mazhab Hanbali.

3.Berpegang kepada sumber Al-Quran dan Hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada ijmak dan qias.

Saya bersetuju dengan pandangan ini, kerana setiap yang kita lakukan atau yang akan dilakukan mestilah bersandarkan kepada Al-Quran dan Hadis sahih sahaja. Al-Quaran memanglah sudah terbukti tiada ragu-ragu baginya tetapi bagaimana pula dengan hadis. Yang manakah yang sahih@benar dan yang mana pula adalah palsu. Maka persoalan ini boleh dijawab dengan memperbanyakkan membaca hadis-hadis yang diriwayat oleh perawi-perawi hadis itu sendiri seperti imam Bukhari,Muslim,Abu Daud,At-Tarmizi,Ahmad,Ibn Abbas dan lain-lain lagi. Tetapi ingin saya mengingatkan kepada semua agar, kita boleh mengambil pandangan para ahli agama asalkan dia berhujah dengan mengikut dalil Al-Quran dan hadis dan selagi pandangan mereka adalah rasional maka gunakan pandangan mereka untuk memotivasikan diri.


4.Melarang keras umat islam berdoa melalui Tawassul. ( perantaraan )

Saya memang bersetuju dengan pandangan ini. Sememangnya kita perlu menolak jauh-jauh amalan ini kerana ia bercanggah dengan ajaran islam ang boleh menjatuhkan akidah dan maruah orang islam. Tawassul ( perantaraan ) selalunya dikaitkan dengan doa atau permintaan antara orang hidup dengan yang hidup dan orang hidup dengan yang sudah mati. Perkara ini memang sudah dilarang dalam islam kerana termasuk dalam perkara syirik.
Saya menegaskan bahawa kita tidak perlu meminta-minta daripada orang yang sudah tiada,melainkan kita mendoakan kesejahteraan kepada orang yang sudah tiada atau lebih baik lagi menyedekahkan al-fatihah kepada mereka.

Kaum Wahabi juga menyangkal adanya hak Nabi untuk meminta syafaat kepada hamba Allah yang diredhainya. Tetapi janganlah minta kepada Nabi sekarang ini secara terus baik dari jauh atau dekat makam baginda agar esok di alam akhirat Rasullullah s.a.w dapat memberi syafaat kepada si peminta. Perbuatan yang dibenarkan kaum Wahabi dalam masalah ini ialah memohon atau berdoa kepada Allah agar meengizinkan ( dalam kata lain ialah mentakdirkan ) Nabi Muhammad untuk memberi syafaat kepada kami esok di hari akhirat kelak.

“Wahai Rasullullah, wahai Nabi, tolonglah kami,berilah kami syafaat di akhirat.” Doa dan permohonan ini adalah salah dan syirik.
Adapun yang dibolehkan ialah berdoa:

“ Ya Allah, mudah-mudahan esok di akhirat,engkau izinkanlah Rasullullah untuk meminta syafaat bagi kepentingan kami.”
Kepercayaan sesat yang ditolak Muhammad Bin Abdul Wahab yang banyak diyakini umat islam ialah bahawa Nabi dan Wali dan Orang-orang soleh itu dapat memberi syafaat dan dapat mendoakan orang yang masih hidup di dunia ini. Padahal kepercayaan ini jelas tidak dibenarkan oleh Al-Quran,seperti ayat-ayat di bawah ini. Allah berfirman yang bermaksud:

<strong>“ Wahai orang-orang yang beriman,belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim. ” (Al-Baqarah: 254)

<strong> “ Dan tiadalah berguna syafaat disisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizikan-nya memperoleh syafaat itu ” (Saba’:23)

“ Dan mereka tidak dapat memberi syfaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah”
(Al-Anbiya’:28)



5.Melarang Ziarah kubur walaupun makam Rasulullah.

Saya mengatakan bahawa ini adalah satu penipuan bagi mereka yang banyak berkata-kata atau tidak mengetahui tentang falsafah fahaman Wahabi. Kebanyakan sumber-sumber ilmiah, buku, artikel, blog, internet, dan sebagainya yang saya baca, semua menyatakan bahawa mereka melarang ziarah kubur walaupun makam Rasullullah. Ini adalah satu penipuan. Malah pihak Wahabi turut tidak bersetuju dengan pandangan ini dan mendakwa ini adalah satu fitnah.Jikalah pengikut Wahabi atau kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan orang ramai menziarahi makam Rasullullah, kenapa mereka tidak tutup kawasan makam Nabi yang terletak didalam Masjid Nabawi kepada umum,lebih-lebih lagi pada bulan haji setiap tahun. Bahkan ia dibuka kepada umum khususnya untuk orang islam yang menziarahi Kota Madinah.


-AL-FIKRUN-
(MUHAMAD NAZRIN RUHANI)