Wednesday, September 14, 2011

Ulang Tahun Tragedi " 9/11 "



JAMES DOBBINS
“Selepas serangan 9/11, Amerika telah menyertai satu pasukan pakatan untuk menggulingkan Taliban. Pakatan itu termasuk India, Russia, Iran dan Northen Alliance (Pakatan Utara). Dengan bantuan Amerika, pakatan itu telah Berjaya menggulingkan Taliban. Itulah sebenarnya berlaku.. ”



Penulis AS: Serangan 9/11 Kerja Orang Dalam AS dan Agen Mossad

Seorang penulis Amerika terkemuka mengatakan ia percaya bahwa serangan 9/11 yang menewaskan hampir 3.000 orang, dilakukan oleh "oknum-oknum di dalam negara AS sendiri dan kemungkinan besar adalah agen Israel Mossad."

"9/11 telah pada dasarnya digunakan untuk memasukkan uang ke dalam kompleks industri militer yang terancam setelah runtuhnya Uni Soviet," Enver Masud, penulis "9/11 Unveiled," mengatakan kepada Press TV Sabtu lalu.

"Belanja pertahanan naik karena serangan 9/11 yang tidak dilakukan oleh 19 pembajak Arab sebagaimana diklaim, tetapi serangan itu dilakukan oleh oknum di AS dan kemungkin besar agen Israel Mossad,"
kata Masud.

Pendiri "Dana Kebijaksanaan" tersebut mengatakan bahwa "kompleks industri militer AS telah meningkat pasca 9/11, meneror dunia dan mengambil kebebasan di rumah-rumah warga Amerika."

Pada 11 September 2001, serangkaian serangan terkoordinasi yang dilakukan di Amerika Serikat menyebabkan hampir 3.000 orang tewas.
Selama insiden itu, 19 orang yang dilaporkan sebagai anggota al-Qaeda membajak empat pesawat jet komersial dan menambrakkan dua dari pesawat ke Menara Kembar World Trade Center di New York City.
AS, di bawah pemerintahan mantan Presiden George W. Bush, menginvasi Afghanistan pada tahun 2001 setelah mengklaim bahwa serangan 9/11 dilakukan oleh anggota al-Qaidah yang dilindungi oleh rezim Taliban di Afghanistan pada saat itu.
AS juga menyerang Irak pada tahun 2003 mengklaim bahwa negara Timur Tengah tersebut memiliki senjata pemusnah massal.(fq/prtv)

http://www.eramuslim.com/berita/dunia/penulis-as-serangan-9-11-kerjaan-orang-dalam-as-dan-mossad.htm


Peringati 9/11, Netanyahu Anggap Militansi Islam Tetap Ancaman Utama Dunia




Sepuluh tahun setelah serangan 9/11, militansi Islam tetap menjadi ancaman global terhadap yang dunia yang bersatu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengatakan pada hari Minggu kemarin (11/9).

"Hari ini, kami menandai tepat satu dekade sejak serangan teroris monumental di mana hampir 3.000 warga sipil tak berdosa dari berbagai negara dibunuh di New York dan Washington," kata sebuah pernyataan dari kantor Netanyahu yang dikutip pada pertemuan kabinet mingguan.

"Serangan Al-Qaeda di Amerika Serikat menandai puncak dari gelombang serangan teroris, yang tetap berlanjut di Madrid, London, Bali dan Mumbai," kata Netanyahu.
"Perjuangan melawan terorisme Islam radikal, yang pada dasarnya, belum berakhir. Kita semua harus bersatu, negara-negara yang bercita-cita untuk hidup, tentu menghargai kehidupan, dan bertindak dalam upaya melawan hal ini. "

Pada bagain lain Presiden Israel Shimon Peres menulis surat kepada Presiden AS Barack Obama untuk mengungkapkan solidaritasnya kepada rakyat Amerika dan keluarga korban, pada peringatan 9/11, kantor Peres mengatakan.

"Orang-orang Israel telah berbagi dalam kegembiraan dengan rakyat Anda, dan menangis dengan Anda selama satu dekade yang lalu pada hari Amerika diserang," kata surat dari kantor Peres.
"Hari ini, kita kembali menundukkan kepala kita pada saat Amerika berduka atas hilangnya warga mereka.
"Tidak ada yang bisa menghancurkan kebebasan,"
surat Peres menyimpulkan.(fq/afp)

http://www.eramuslim.com/berita/dunia/netanyahu-berduka-dengan-korban-9-11-tapi-tidak-untuk-korban-serangan-israel-di-gaza.htm

Wednesday, August 31, 2011

Solat tutup mata, apa hukumnya ? Boleh atau tidak ?


sila klik pada gambar diatas.

Soalan yang ditujukan kepada saya :
Solat tutup mata, apa hukumnya ? Boleh atau tidak ?


Ada sesetengah kita gemar apabila solat, mereka menutup mata bagi tujuan untuk mengelak daripada diganggu, ada juga yang ingin fokus ketika membaca surah (selalunya dilakukan bagi mereka yang hafiz al-Quran, ketika solat menutup mata untuk mengingati surah2 al-Quran yang panjang). Dan alasan yang selalu kita dengari adalah untuk mencari makna solat yang khusyuk. Persoalannya adalah, apakah hukumnya,? Boleh atau tidak?

Jawapan :
Menurut Imam Nawawi r.h.m : “Dan pandangan yang terpilih (dalam bab pejam mata dalam solat) adalah tidak makruh sekiranya dibimbangkan sebarang bahaya, kerana dengan memejamkan mata itu dapat membantunya khusyuk, hadir hati dan menahan daripada liarnya (lepasnya ) pandangan (kesana sini) dan berkecamuknya minda. ” (Al-Majmu’, : 3/261) .

Imam Ibn Qayyim berkata : “Jika membuka mata tidak mengganggu kekhusyukan solat maka ia lebih elok daripada pejam . dan pandangan yang mengatakan elok pejam mata adalah lebih bertepatan dengan prinsip dan tujuan solat berbanding pandangan yang memakhruhkannya (solat).”

Disisi ulama ada beberapa pandangan tentang hukum diatas. Jadi cadangan saya adalah, jika menutup mata (pejam) ketika solat itu lebih mendatangkan kekhusyukan ketika solat maka itu lebih afdal buat saudara-saudari sekalian. Lebih-lebih lagi jika saudara menjadi imam, dengan memejamkan mata dapat mengfokuskan (minda) ingatan untuk membaca surah-surah yang panjang, dan dapat mengkhusyukan solat , maka itu lebih afdal daripada tidak memejamkan mata melihat ketempat-tempat lain diluar daripada solat yang boleh memakruhkan(batal atau tidak batal) solat. Kerana Allah s.w.t lebih memandang (menerima) solat hamba-Nya yang khusyuk . Firman Allah s.w.t :

“Sesungguhnya, beruntunglah (berjayalah) orang-orang yang beriman. Orang yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna(sia-sia).”
(Surah al-Mukminun ayat 1-3:23)

“Solat yang sempurna ialah solat yang dilakukan dengan khusyuk tetapi solat yang kurang atau tidak khusyuk bukan tidak sempurna atau tidak sah tetapi kurang pahala disisi Allah s.w.t”.

FIKIR UNTUK ZIKIR
Editor : MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Rujukan : Majalah "SOLUSI" Isu No. 14. M/s 36.

KELEBIHAN PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL


Ada org bertanya saya ramadan yang lalu :

Orang yang tanya soalan : “ Wajib ke puasa sunat enam (puasa enam) hari dalam bulan ramadan dan apa kelebihannya???? ”

Jawapan :
Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal. Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadis daripada Rasulullah s.a.w.
di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadisnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.”

Soalan : “Bila boleh buat puasa enam tuu… selepas hari raya perta ke???. ”

Jawapan:
Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.
Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.
Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Soalan : “ Kalau niat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal? Apa hukumnya? ”

Jawapan :
Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi, “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.
Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.
Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

WaAllahua’lam….

FIKIR UNTUK ZIKIR
Editor : MUHAMAD NAZRIN RUHANI


Monday, August 8, 2011

Soal Jawab Remeh-temeh Mengenai Ibadah .


Ade beberapa soalan yang mungkin bagi kita begitu mudah untuk dijawab dan kadang-kadang persoalan begitu mudah itulah yang ada sesetengah daripada kita tidak tahu menjawabnya apabila diajukan persolan tersebut dan kadang-kadang terkeliru dek kerana kurang membaca buku agama, lupa atau jahil mengenai agama.
Persolan dan Situasi sepanjang hari ketika di Bulan Ramadhan.

Situasi 1:

1.)Adakah Sah puasa apabila tidak niat puasa untuk esok hari tetapi sudah bersahur ?

- Islam itu begitu cantik, indah, sempurna lagi memudahkan umatnya untuk beribadah walau apa keadaan sekalipun. Adakah Sah puasa apabila tidak niat puasa untuk esok hari tetapi sudah bersahur ? Sah puasa kita apabila tidak niat puasa untuk hari esok tetapi sudah bersahur. Didalam mazhab Hanbali(Imam Ahmad bin Hanbal) sangat fleksibel tentang niat dalam sesuatu ibadah. Apabila kita bergerak melakukan sesuatu perkara, maka itu sudahpun dikira niat. Seperti solat, apabila kita hendak berwudhuk bagi tujuan menunaikan solat maka ia juga dikira niat. Begitu juga dengan puasa. Kita sudah bangun pada waktu pagi sebelum azan subuh untuk bersahur tetapi terlupa untuk berniat puasa untuk esok hari, maka sahur yang dilakukan itu bermaksud niat kita untuk berpuasa pada esok hari. (Ini mengikut Mazhab Hanbali sahaja). Tetapi adalah lebih baik niat untuk melakukan sesuatu ibadah kerana Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan itu perlu dengan niat dan bagi setiap perbuatan orang itu berdasarkan kepada apa yang diniatkannya.” Bersesuaianlah dengan apa yang dimaksudkan oleh Imam Ahmad.

2.)Gosok Gigi selepas azan subuh dibulan Ramadhan apakah hukumnya?

- Hukum menggosok gigi selepas azan subuh atau disiang hari dibulan ramadhan adalah Makhruh tetapi tidak membatalkan puasa.

3.)Perlukah berwudhuk dengan berkumur-kumur dibulan ramadhan?

- Tidak perlu kerana ia adalah perkara-perkara sunat dalam wudhuk dan makhruh apabila dilakukan disiang hari dibulan ramadhan tetapi tidak membatalkan puasa jika ia dilakukan dan batal puasa apabila berkumur sambil-sambil itu menelan air apabila disengajakan. (“Sambil menyelam minum air (mengambil kesempatan)” pribahasa Melayu. )

4.)Adakah batal puasa apabila terminum air dalam keadaan terlupa atau tak sengaja?

- Tidak batal puasa bagi orang yang makan, minum dan sebagainya kerana terlupa tetapi jangan berpura-pura atau disengajakan kerana jelas itu membatalkan puasa. Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang terlupa beliau itu (sedang) berpuasa lalu makan dan minum, beliau perlu meneruskan puasa itu; sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.”

5.)Adakah batal puasa menelan air liur / kahak ?

- Tidak batal menelan air liur yang berada didalam mulut kita tetapi batal pula apabila berada diluar selain mulut lalu menelanya semula (persoalan, ada ke orang buat macam tu?????). Tetapi makhruh apabila terlalu banyak meludah dan makhruh menelan kahak kerana ia sesuatu yang kotor.

6.)Pengsan/Pitam batal puasa ?

- Jika melibatkan sepanjang hari maka batal puasa tetapi apabila hanya seketika tidak batal puasa.

7.)Batalkah puasa apabila mengorek hidung/telinga?

- Mengikut perbahasan ulama dulu dan terkini antaranya fatwa yang dikeluarkan oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi, mengatakan, “Tidak batal puasa apabila mengorek hidung atau telinga tetapi boleh jadi batal apabila mengorek hingga ke hujung pangkal (terlalu dalam.)”. Apakah sebabnya tidak batal puasa. Apabila berlaku perkara seperti sesuatu objek atau sebagainya termasuk didalam rogga hidung atau telinga, maka boleh mengoreknya untuk mengelak daripada perkara lebih buruk berlaku. Manusia tidak akan lari dari fitrahnya apabila tubuh badannya iaitu hidung dan telinga gatal. Adakah perlu dia menahannya sehingga sampai waktu berbuka semata-mata takut batal puasa kerana perkara tersebut??? Maka Allah (Islam) telah memberi Rukhsah (Kemudahan bagi memudahkan sesuatu perkara) dalam beribadah kerana manusia itu lemah dan pasti tidak akan lari daripada fitrahnya .

8.)Tetapi dalam perkara-perkara yang membatalkan puasa itu antaranya ialah batal puasa apabila memasukkan sesuatu ke dalam rongga? Bagaimana pula itu?

Contoh yang membatalkan puasa apabila memasukkan sesuatu ke dalam rongga ialah :
- Memasukkan sesuatu kedalam rongga mulut (Tekak).
- Terkentut didalam air lalu termasuk kedalam dubur.
- “Boleh jadi batal apabila mengorek (Kedalam rongga tubuh badan manusia) hingga ke hujung pangkal (terlalu dalam.)”.


Situasi 2 :

1.)Adakah solat perlu disertakan niat mengikut bahasa ibunda(contohnya : bahasa melayu)?

- Pada asasnya niat solat mestilah dengan menggunakan istilah bahasa arab tetapi bagi mereka yang baru belajar atau tidak mengetahui niat didalam bahasa arab perlu juga didalam bahasa arab.

2.)Perlukah niat dua kali iaitu niat didalam bahasa arab didalam hati dan ketika mengangkat takbir?


- Tidak perlu. Niat solat hanyalah sekali sahaja iaitu didalam bahasa arab didalam hati dan tidak perlu ketika takbiratul ihram.

3.)Perlukah membaca doa iftitah didalam solat fardhu yang lima?

- Tidak perlu kerana ia tidak termasuk didalam rukun solat tetapi tidak salah untuk membacanya kerana ia perkara sunat didalam solat.

4.)Perlukah solat disertakan niat menjadi Imam atau makmum?

- Perlu jika kita mahu mendapat pahala solat berjemaah menjadi imam atau makmum tetapi tetap sah solat apabila tidak disertakan niat solat berjemaah menjadi imam atau makmum tetapi tidak mendapat pahala solat berjemaah hanya sekadar pahala solat seorang diri sahaja. Amat rugilah mereka yang tidak berniat berjemaah kerana Allah dan Rasul-Nya menjanjikan pahala 27 darjat bagi mereka yang solat berjemaah yang disertakan niat tersebut.

Notis : Jika ada sebarang soalan, anda boleh bertanya kepada saya sama ada di Blog atau di Facebook...
Akan Bersambung mengenai Feqah dari masa ke semasa InsyaAllah....

FIKIR UNTUK ZIKIR
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Friday, June 3, 2011

Hadis-Hadis Yang Mengisyarat Khilafah Abu Bakar




HADIS HADIS YANG MENGISYARAT KHILAFAH ABU BAKAR

Muhammad Hanief Awang Yahaya
www.darulkautsar.net



Perlantikan Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq diakui sebagai ijma’ pertama yang berlaku di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sebaik sahaja baginda wafat. Ini merupakan bukti jelas yang menunjukkan umat Islam pada waktu sepakat dan berlapang dada menerima Abu Bakar sebagai ketua mereka yang mengatur dan mentadbir urusan dunia dan akhirat mereka. Tambahan pula, padanya terdapat syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh seseorang yang menjadi ketua negara apatah lagi beliau merupakan sahabat yang paling awal memeluk Islam.

Dalam tulisan yang ringkas ini akan dikemukakan beberapa buah hadis walaupun tidak secara terang dan jelas tetapi mempunyai isyarat bahawa Rasulullah s.a.w. menamakan beliau sebagai pengganti baginda.

Hadis Pertama


حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ سَمِعْتُ الْقَاسِمَ بْنَ مُحَمَّدٍ قَالَ قَالَتْ

عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا وَارَأْسَاهْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاكِ لَوْ كَانَ وَأَنَا حَيٌّ

فَأَسْتَغْفِرُ لَكِ وَأَدْعُو لَكِ فَقَالَتْ عَائِشَةُ وَا ثُكْلِيَاهْ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَظُنُّكَ تُحِبُّ مَوْتِي وَلَوْ كَانَ ذَاكَ لَظَلَلْتَ

آخِرَ يَوْمِكَ مُعَرِّسًا بِبَعْضِ أَزْوَاجِكَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلْ أَنَا وَارَأْسَاهْ لَقَدْ هَمَمْتُ أَوْ

أَرَدْتُ أَنْ أُرْسِلَ إِلَى أَبِي بَكْرٍ وَابْنِهِ فَأَعْهَدَ أَنْ يَقُولَ الْقَائِلُونَ أَوْ يَتَمَنَّى الْمُتَمَنُّونَ ثُمَّ قُلْتُ يَأْبَى

اللَّهُ وَيَدْفَعُ الْمُؤْمِنُونَ أَوْ يَدْفَعُ اللَّهُ وَيَأْبَى الْمُؤْمِنُونَ



Al-Bukhari meriwayatkan daripada al-Qasim bin Muhammad katanya, ‘Aishah berkata: “Aduhai sakitnya kepalaku.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Kalaulah berlaku begitu dalam keadaan saya masih ada pasti saya akan beristighfar dan berdoa untukmu.” Lalu ‘Aishah menjawab: “Aduh lebih berat lagi penderitaanku. Demi Allah, saya rasa awak sukakan kematian saya, kalau itu berlaku pada waktu petang awak akan berada bersama-sama dengan isteri-isterimu sebagai pengantin.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bahkan akulah yang lebih sakit kepala. Sesungguhnya aku benar-benar mahu atau saya mahu menghantar seseorang kepada Abu Bakar dan anaknya untuk saya memaklumkan supaya tidak ada orang yang mengatakan dan tidak ada orang yang bercita-cita demikian.” Kemudian saya berkata: “Allah tidak mahu dan orang-orang mu`min menolak atau Allah menolak dan orang-orang mu`min tidak mahu (melainkan Abu Bakar).” [1]

[1] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, Bab al-Istikhlaf.

Hadis Kedua



حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنَا صَالِحُ بْنُ كَيْسَانَ

عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَرَضِهِ ادْعِي لِي

أَبَا بَكْرٍ أَبَاكِ وَأَخَاكِ حَتَّى أَكْتُبَ كِتَابًا فَإِنِّي أَخَافُ أَنْ يَتَمَنَّى مُتَمَنٍّ وَيَقُولُ قَائِلٌ أَنَا أَوْلَى وَيَأْبَى

اللَّهُ وَالْمُؤْمِنُونَ إِلَّا أَبَا بَكْرٍ


Dalam riwayat Muslim daripada ‘Urwah daripada ‘Aishah katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya pada ketika sakitnya: Panggilkan Abu Bakar untuk saya dan saudaramu supaya dapat saya tuliskan satu surat kerana saya takut ada orang yang bercita-cita dan ada orang berkata bahawa si fulan lebih layak, tetapi Allah s.w.t. dan orang-orang mu`min tidak mahu melainkan Abu Bakar.” [2]

Hadis Ketiga


عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ امْرَأَةً سَأَلَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا فَأَمَرَهَا أَنْ

تَرْجِعَ إِلَيْهِ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ جِئْتُ فَلَمْ أَجِدْكَ قَالَ أَبِي كَأَنَّهَا تَعْنِي الْمَوْتَ قَالَ فَإِنْ لَمْ تَجِدِينِي

فَأْتِي أَبَا بَكْرٍ


Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jubair bin Mut’im kata, seorang wanita telah datang menemui Rasulullah s.a.w. memintanya supaya datang semula menemuinya lalu dia pun bertanya: “Apa pandangan tuan jika saya datang dan dapati tuan tidak ada -seolah-olah dia memaksudkan kawafatan-. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sekiranya anda tidak mendapati saya, datanglah menemui Abu Bakar.” [3]

Hadis Keempat


عَنْ أَبِي بَكْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ذَاتَ يَوْمٍ مَنْ رَأَى مِنْكُمْ رُؤْيَا فَقَالَ رَجُلٌ أَنَا رَأَيْتُ كَأَنَّ

مِيزَانًا نَزَلَ مِنْ السَّمَاءِ فَوُزِنْتَ أَنْتَ وَأَبُو بَكْرٍ فَرَجَحْتَ أَنْتَ بِأَبِي بَكْرٍ وَوُزِنَ عُمَرُ وَأَبُو بَكْرٍ فَرَجَحَ أَبُو بَكْرٍ

وَوُزِنَ عُمَرُ وَعُثْمَانُ فَرَجَحَ عُمَرُ ثُمَّ رُفِعَ الْمِيزَانُ فَرَأَيْنَا الْكَرَاهِيَةَ فِي وَجْهِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


Daripada Abu Bakrah bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. telah bertanya: “Siapakah di antara kamu yang bermimpi?” Lalu seorang lelaki berkata: “Saya bermimpi seolah-olah sebuah timbangan turun dari langit lalu ditimbang anda dan Abu Bakar maka berat anda melebihi Abu Bakar kemudian ditimbang pula ‘Umar dan Abu Bakar lalu Abu Bakar lebih berat daripada ‘Umar kemudian ditimbang ‘Umar dan ‘Uthman lalu ‘Umar lebih berat kemudian timbangan itu diangkat.” Perawi berkata: “Rasulullah s.a.w. sedih dan berduka kerananya itu, yakni tidak suka.” Kemudian baginda bersabda: “(ta’birnya ialah) Khilafah kenabian kemudian Allah s.w.t. memberikan kerajaan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. [4]

[2] Sahih Muslim, Kitab Fada`il al-Sahabat, Bab Min Fada`il Abi Bakar, hadis no: 2387
[3] Sahih al-Bukhari, Kitab Fada`il al-Sahabat, Sahih Muslim, Kitab Fada`il al-Sahabat, Bab Min Fada`il Abi Bakar, hadis no: 2386


Hadis Kelima

Rasulullah s.a.w. telah mendahulukan Abu Bakar untuk menjadi imam sehingga hari kewafatannya.


حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا حُسَيْنٌ عَنْ زَائِدَةَ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو بُرْدَةَ عَنْ أَبِي

مُوسَى قَالَ مَرِضَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاشْتَدَّ مَرَضُهُ فَقَالَ مُرُوا أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ قَالَتْ عَائِشَةُ

إِنَّهُ رَجُلٌ رَقِيقٌ إِذَا قَامَ مَقَامَكَ لَمْ يَسْتَطِعْ أَنْ يُصَلِّيَ بِالنَّاسِ قَالَ مُرُوا أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ فَعَادَتْ فَقَالَ

مُرِي أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ فَإِنَّكُنَّ صَوَاحِبُ يُوسُفَ فَأَتَاهُ الرَّسُولُ فَصَلَّى بِالنَّاسِ فِي حَيَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ

عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


Imam al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Musa katanya, Rasulullah s.a.w. jatuh sakit dan sakitnya itu bertambah kuat lalu baginda bersabda: “Suruhlah Abu Bakar menjadi imam.” ‘Aishah berkata: “Sesungguhnya Abu Bakar seorang yang lembut (mudah menangis), bila dia berdiri di tempatmu tidak dapat mengimami orang ramai.” Baginda bersabda: “Suruhlah Abu Bakar menjadi imam.” ‘Aishah mengulangi kata-katanya itu. Baginda bersabda lagi: “Suruhlah Abu Bakar menjadi imam. Kamu ini betul-betul seperti perempuan-perempuan zaman Nabi Yusuf.” Maka utusan datang menemui Abu Bakar lalu beliau mengimamkan orang ramai ketika Rasulullah s.a.w. masih lagi ada. [5]


Hadis Keenam

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ الْأَنْصَارِيُّ وَكَانَ تَبِعَ النَّبِيَّ صَلَّى

اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَخَدَمَهُ وَصَحِبَهُ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ كَانَ يُصَلِّي لَهُمْ فِي وَجَعِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّذِي تُوُفِّيَ

فِيهِ حَتَّى إِذَا كَانَ يَوْمُ الِاثْنَيْنِ وَهُمْ صُفُوفٌ فِي الصَّلَاةِ فَكَشَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِتْرَ الْحُجْرَةِ يَنْظُرُ

إِلَيْنَا وَهُوَ قَائِمٌ كَأَنَّ وَجْهَهُ وَرَقَةُ مُصْحَفٍ ثُمَّ تَبَسَّمَ يَضْحَكُ فَهَمَمْنَا أَنْ نَفْتَتِنَ مِنْ الْفَرَحِ بِرُؤْيَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ

عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَكَصَ أَبُو بَكْرٍ عَلَى عَقِبَيْهِ لِيَصِلَ الصَّفَّ وَظَنَّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَارِجٌ إِلَى الصَّلَاةِ

فَأَشَارَ إِلَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَتِمُّوا صَلَاتَكُمْ وَأَرْخَى السِّتْرَ فَتُوُفِّيَ مِنْ يَوْمِهِ


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, seorang yang sentiasa menemani dan berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. katanya, sesungguhnya Abu Bakar mengimami mereka ketika Rasulullah s.a.w. sakit yang membawa kepada kematiannya sehingga pada hari Khamis. Sedang mereka berada dalam saf-saf, Rasulullah s.a.w. mengangkat tabir biliknya dan melihat ke arah kami sambil berdiri, seolah-olah wajahnya itu seperti halaman al-Qur`an. Kemudian baginda tersenyum ceria lalu kami hampir mahu keluar kerana gembira melihat Rasulullah s.a.w. Maka Abu Bakar mengundurkan dirinya untuk sampai di saf dan menyangka bahawa Rasulullah s.a.w. keluar bersembahyang. Lalu Rasulullah s.a.w. mengisyaratkan kepada kami supaya menyempurnakan sembahyang dan baginda melabuhkan tirai dan pada hari yang sama beliau wafat. [6]

[4] Sunan Abi Daud, Kitab al-Sunnah Bab al-Khulafa`, Sunan al-Tirmizi, Abwab al-Ru`ya.
[5] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Ahl al-‘Ilm Wa al-Fadhl Ahaqq Bi al-Imamah
[6] Ibid.


“Kalau kamu tidak menolongnya ( iaitu Nabi Muhammad ) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negeri Makkah) sedang Ia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung didalam gua, ketika ia (Nabi Muhammad) berkata kepada sahabatnya,: ‘Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita .’”

( Surah at-Taubah ayat 40:9 )

“ Seandainya aku boleh mengambil khalil(kekasih) selain Allah, pasti aku memilih Abu Bakar sebagai khalil. Namun dia adalah saudaraku dan sahabatku. ”

(Hadis Riwayat al-Bukhari no. 3456. Sahih Bukhari.)


FIKIR UNTUK ZIKIR
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Persoalan : Menggerak-gerakkan Jari Ketika Tahiyat (Tasyahud)



Pernah ada seseorang bertanya kepada saya tentang hal dibawah selepas melihat cara solat saya dalam mazhab Hanbali dan Maliki. Maka ditanya nya saya tentang hal tersebut. Dan ada juga soalan yang ditanyakan kepada saya di facebook.. maka untuk menyelesaikan hal ini, adalah seperti berikut :

Soalan :
“Kenapa, ada orang ketika dia solat dalam tahiyat awal atau akhir(Tasyahud), die menggerak-gerakkan jari telunjuk dia??? Itu mazhab ape pulak ?? ”


Jawapan :
“Ermm… yang sebenar nya… itulah pandangan atau solat mengikut cara mazhab Maliki(Imam Malik Bin Anas r.h)… Ketika dalam tahiyat(tasyahud) awal dan akhir… memang dalam solat mengikut mazhab Maliki, jari telunjuk akan digerak-gerakkan dari awal hingga akhir bacaan tahiyat, berbeza mengikut mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali yang mengerakkan jari telunjuk hanya sekali hingga akhir bacaan tahiyat. ”

Soalan :
“Kenapa boleh jadi macam tu?? Ada tak dalil hadis yang mengatakan begitu??”

Jawapan :
Sebenarnya ada banyak dalil hadis yang digunakan oleh Imam Malik untuk menguatkan ijtihad(pandangan) beliau, tetapi sebelum kita pergi lebih lanjut, elok rasanya saya terangkan dahulu.
Solat mempunyai rukun dan cabangnya. Sebagai contoh, ulama tidak berbeza pendapat perihal rukun-rukun asas dalam solat. Namun dalam aspek ranting, kadangkala wujud perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat itu berlaku bukan disebabkan nas tetapi disebabkan perbezaan memahami nas. Antaranya nya seperti soalan yang ditanyakan tadi,

Dalam hadis yang dilaporkan oleh Wail bin Hujr, “Kemudian Nabi saw mengangkat jari telunjuk, lalu aku dapati Nabi saw menggerakkan jari telunjuknya sambil berdoa(bacaan tahiyat/tasyahud).” (Hadis Riwayat Abu Daud.)

Mengikut Nasiruddin al-Albani dalam Sifat Solat Nabi, “Menurut Sunnah, menggerakkan jari telunjuk berlangsung sehingga salam dalam solat. Ini adalah pendapat Malik dan yang lain-lain.” Seterusnya beliau berkata, “Menggerakkan jari telunjuk dalam Tasyahud adalah perbuatan yang sah daripada Nabi.” Walaubagaimanapun, sebahagian ulama yang lain mentafsirkan ‘mengerakkan jari telunjuk’ adalah menggerakkannya sekali sahaja sebagai isyarat tauhid Illallah (Syahadah) dan bukan menggerakkannya secara berterusan dalam tasyahud.

Hal ini adalah berdasarkan hadis yang dilaporkan oleh Abdullah Ibn Zubair yang bermaksud, “Nabi Mengisyaratkan dengan jari telunjuknya dan beliau tidak menggerakkannya.”
(Hadis Riwayat Abu Daud.)

Berhubung dengan ini, an-Nawawi menukilkan pendapat al-Baihaqi yang berkata, “Sesungguhnya yang dimaksudkan dalam hadis yang dilaporkan oleh Wail bin Hujr berkaitan ‘dia menggerakkan jarinya’ ialah Nabi mengangkat jari telunjuknya sekali sahaja, tanpa mengerakkannya secara berterusan. Maksud ini bertepatan dengan apa yang dilaporkan oleh Abdullah Bin Zubair.” Hal ini direkodkan dalam Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi (juz’2) dan direkodkan oleh an-Nawawi dalam al-Mjmuk Syarh al-Muhadzab (juz’3, hal 455)

Ada lagi hadis yang lebih terperinci tentang pergerakan jari telunjuk ini. Dalam Musnad Ahmad diriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a bahawa Rasulullah saw melaksanakan Solat dan Abu Sa’id adalah makmum dibelakangnya. Tiba-tiba bacaan baginda agak terkeliru ayatnya. Sesudah selesai solat, Baginda berkata, “Kalau kamu melihat aku bersama dengan iblis ketika itu, kamu dapati bahawa dia menarik-narik lenganku. Lalu aku terus mencekiknya sehingga aku dapat menjadikannya mainan antara kedua-dua jariku ini (ketika berkata begitu Nabi saw mengisyaratkan dengan ibu jari dan jari telunjuknya.) kalaulah tidak kerana aku teringat doa saudaraku, Nabi Sulaiman nescaya dia akan tetap terikat disalah satu pagar masjid untuk menjadi mainan anak-anak kota Madinah. Oleh sebab itu, sesiapa yang boleh solat tanpa dipisahkan antara dirinya dengan kiblat (ganguan seseorang) maka usahakanlah. ”

Kesimpulan :

Jadi, tentang kekeliruan soalan yang ditanyakan tadi telah saya jawab tapi nasihat saya adalah, apabila umat Islam berakhlak dan berlapang dada dalam hal-hal ranting ini, dan memberikan tumpuan tentang hal perkara yang lebih utama dalam Islam. Jangan, apabila kita melihat seseorang itu keadaan solatnya lain daripada kita, kita terus menghentam orang itu dengan berkata “Tak sah solat”, “Salah cara solat tu!!”, “Bidaah”, dan sebagainya. Sudah sampai masanya Umat Islam belajar “Mengawal lidah” dan bukannya “bertikam lidah” serta “berlapang dada” dengan pandangan mazhab lain yang difahami oleh seseorang muslim itu.

FIKIR UNTUK ZIKIR
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Editor : MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Rujukan Pandangan :

1) Buku : Dr. Danial Zainal Abidin, ‘TUAN BERTANYA, DR. DANIAL MENJAWAB MENGENAI PERSOLAN ISLAM YANG KONTEMPORARI.’
2) Majalah SOLUSI Isu No. 14, M/s 87.

Sunday, May 29, 2011

ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH AHLUL BAIT



Syiah sama sekali tidak meredhai kedudukan mulia isteri-isteri nabi Muhammad s.a.w.
Mereka akan membesar-besarkan hadith-hadith perselisihan normal antara baginda s.a.w dengan isteri-isteri baginda dan akan menutup sedalam-dalamnya hadith-hadith yang menggambarkan kecintaan baginda kepada mereka. Golongan syiah sama sekali menolak isteri-isteri nabi sebagai ahlul bait. Pernah saya membaca buku yang bertajuk : “Meniti Titian Kebenaran” karya Khair Izzah, yang mana tulisannya sama sekali tidak ada yang positif tentang isteri-isteri Nabi saw bahkan Dia (Khair Izzah) menggunakan hadis-hadis yang berkenaan untuk menempelak dan menolak jauh kedudukan para Isteri Nabi saw sebagai ahlul bait dan apa yang banyak ditulis hanyalah “Ali, Hassan, Hussin, Fatimah”.. inilah satu kefahaman yang taksub dikalangan Syiah.



Istilah Ahl al-Bait (Ahlul Bait) dalam al-Quran

Al-Quran menggunakan 3 kali perkataan Ahl al-Bait dan kesemuanya merujuk kepada ikatan pernikahan dan ikatan nasab.

Dalam surah al-Hud 11: 72-73, isteri nabi Ibrahim dimuliakan dengan gelaran Ahl al-Bait

قَالَتْ يَا وَيْلَتَى أَأَلِدُ وَأَنَا عَجُوزٌ وَهَذَا بَعْلِي شَيْخًا إِنَّ هَذَا لَشَيْءٌ عَجِيبٌ (72) قَالُوا أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ رَحْمَتُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ إِنَّهُ حَمِيدٌ مَجِيدٌ (73)


Terjemahan: Isteri (Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan. Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya

Dalam surah al-Qasas 28:12-13, ibu Musa a.s dipanggil sebagai Ahl al-Bait

وَحَرَّمْنَا عَلَيْهِ الْمَرَاضِعَ مِنْ قَبْلُ فَقَالَتْ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَهْلِ بَيْتٍ يَكْفُلُونَهُ لَكُمْ وَهُمْ لَهُ نَاصِحُونَ (12) فَرَدَدْنَاهُ إِلَى أُمِّهِ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ وَلِتَعْلَمَ أَنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ (13)

Terjemahan: dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusui(nya) sebelum itu; maka berkatalah saudara Musa: "Maukah kamu aku tunjukkan kepadamu ahlul bait yang akan memeliharanya untukmu dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?." Maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya ia mengetahui bahwa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Kali ketiga al-Quran menggunakan istilah ini secara terang-terangan merujuk kepada isteri nabi Muhammad s.a.w

Al-Ahzab ayat 33 menukilkan perkara ini dengan jelas

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا (33)


Terjemahan: dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.
Syiah mempunyai beberapa alasan untuk menolak surah al-Ahzab ayat 33 merujuk kepada isteri-isteri nabi. InsyaAllah, dalam artikel yang akan datang akan dijawab satu persatu alasan mereka tersebut


Apapun fikirkanlah dengan logik, jika ayat penyucian ini turun semata-mata kepada Ali r.a, Hasan r.a, Husin r.a dan Fatimah r.a, maka apakah mereka semua diperintahkan jangan berhias dan tetap dalam rumah?? Bagaimana mungkin Ali r.a, Hasan r.a dan Husin r.a menyertai jihad jika diperintahkan duduk dalam rumah??

Konteks ayat ini sangat jelas merujuk kepada isteri-isteri nabi

Hadith-hadith sahih menetapkan isteri-isteri nabi sebagai ahlul bait

Hadith-hadith nabi yang sahih banyak menyebutkan isteri-isteri nabi dipanggil ahlul bait. Ketika perkahwinan Zainab r.a, nabi keluar dan menuju bilik Aisyah r.a sambil mengatakan

فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَقَالَتْ وَعَلَيْكَ السَّلَامُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ كَيْفَ وَجَدْتَ أَهْلَكَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ فَتَقَرَّى حُجَرَ نِسَائِهِ كُلِّهِنَّ يَقُولُ لَهُنَّ كَمَا يَقُولُ لِعَائِشَةَ وَيَقُلْنَ لَهُ كَمَا قَالَتْ عَائِشَةُ

Terjemahan: ‘Assalamu’alaikum ahlul bait wa rahmatullah (salam sejahtera atas kamu, wahai ahlul bait dan semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepadamu). Maka Aisyah menjawab, ‘Wa alaika salam wa rahmatullah (dan semoga kesejahteraan dan rahmat Allah atasmu). ‘Lalu Nabi s.a.w mengunjungi semua isterinya dan berkata kepada mereka seperti yang dikatakan kepada Aisyah, dan merekapun menjawab seperti jawaban Aisyah

Rujukan: Sahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, Bab La Tadhulu Buyut an-Nabi Illa An Yu’zina Lakum Ilat Ta’am, Hadith no 4419

Hadith lain ialah bacaan selawat yang nabi ajarkan kepada kita


اللهم صل على محمد وعلى أهل بيته وعلى أزواجه وذريته كما صليت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد وبارك على محمد وعلى أهل بيته وعلى أزواجه وذريته كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد

Terjemahan: Ya Allah, berilah kebahagiaan kepada Muhammad dan kepada Ahlul baitnya dan kepada isteri-isterinya serta keturunannya sebagaimana Engkau telah memberikan kebahagiaan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berikanlah barakah kepada Muhammad dan kepada Ahli Baitnya, isteri-isterinya, serta keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberikan barakah kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”

Rujukan: Musnad Ahmad, hadith no 23173. Hadith ini disahihkan Syeikh Syu’aib al-Arnauth

Akan Bersambung dalam Bab "Bantahan syiah terhadap dalil-dalil sunnah"

FIKIR UNTUK ZIKIR
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Rujukan:
http://truthaboutshiism.wordpress.com/2011/02/18/exposing-shiism-shiite-lies-and-deception-wives-as-ahl-al-bayt/

http://titian-sebenar.blogspot.com/2011/05/isteri-isteri-nabi-muhammad-saw-adalah.html

Friday, May 6, 2011

Khalifah Bani Umayyah melaknat Ali di atas mimbar?


Khalifah Bani Umayyah melaknat Ali di atas mimbar?

Cerita ini sebenarnya langsung tidak bertepatan dengan peristiwa yang sebenarnya dan tidak sesuai langsung dengan tabiat dua orang yang bermusuhan. Jika kita rujuk buku-buku sejarah yang dikarang semasa pemerintahan kerajaan Bani Umayyah yang menceritakan tentang perjalanan pemerintahan Bani Umayyah tersebut, kita tidak menemui cerita seumpama ini sama sekali, sebaliknya kita hanya dapati cerita seumpama ini di dalam buku-buku sejarah kebelakangan yang ditulis di zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbas bertujuan memburukkan nama baik kerajaan Bani Umayyah pada pandangan umum umat Islam.

Pengarang-pengarang buku sejarah kerajaan Bani Abbas menggambarkan kepada golongan Alawiyin, yang penindasan yang dilakukan oleh pemerintahan kerajaan Bani Abbas langsung tidak mencapai tahap yang pernah dilakukan oleh pemerintahan kerajaan Bani Umayyah sebelum itu.



Begitulah ahli-ahli sejarah di zaman kerajaan Bani Abbas menulis tentang kedudukan kerajaan Bani Umayyah. Perkara ini tercatat di dalam buku karangan al-Tabari dan lain-lain ahli sejarah yang hidup di zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbas.

Apabila ahli-ahli sejarah selepas mereka muncul, mereka memindahkan sahaja cerita tersebut tanpa sedikitpun membuat penelitian tentang sejauh manakah kebenaran cerita itu, sehinggalah sampai ke zaman yang sedang kita huni sekarang ini. Cerita ini kemudiannya dianalisa dan diberi komentar oleh para orientalis barat dan murid-murid mereka dari kalangan anak-anak orang Islam. Mereka menggamabarkan permusuhan yang berlaku di kalangan sahabat sama tarafnya dengan perselisihan yang berlaku di zaman ini, berdasarkan kepada undang-undang matlamat menghalalkan cara.

Mereka telah membuat komentar terhadap orang-orang Islam terdahulu sama dengan ulasan mereka terhadap orang-orang Islam yang hidup di zaman sekarang. Mereka jahil tentang suasana yang dihuni oleh umat Islam di zaman dahulu dan mereka juga lupa pengaruh agama yang masih wujud dalam perselisihan yang berlaku di kalangan sahabat itu. Mereka juga tidak pernah peduli dengan hukuman-hukuman yang mereka jatuhkan kepada sahabat.

Ini sebenarnya kerana mereka tidak mengkaji peristiwa yang berlaku dengan teliti dan menghalusi. Mereka juga tidak merujuk kepada laporan yang dilaporkan oleh ahli-ahli sejarah dari sudut yang lain. Adalah diakui berlaku perselisihan di kalangan para sahabat, namun perselisihan mereka tidak pernah sampai kepada tahap permusuhan yang disifatkan oleh para orientalis itu iaitu kemuncak kezaliman dan permusuhan.

Sebenarnya tidak pernah ada satu laporan yang benar-benar sahih yang menceritakan tentang Muawiyah melaknat Ali atau pernah melaknatnya satu kali apalagi untuk memburuk-burukkannya, di atas mimbar masjid jauh sekali. [Rujuk Tahzir al-Abqariyy dari syarahan Syekh Khudri Husain, jil. 2, hlm. 198]


Al-Tabari melaporkan Bisyr bin Abi Arta'ah pernah mencaci Ali di sisi Muawiyah- pada masa itu Zaid bin Umar bin al-Khattab sedang duduk di situ- lantas Zaid menghayunkan rotannya ke atas belakang Bisyr dan menyebabkan ia mengalami luka-luka akibat pukulan rotan itu. Ujar Muawiyah kepada Zaid: "Begitu sekali anda berani bertindak ke atas seorang tua berbangsa Quraisyh yang menjadi ketua kepada masyarakat Syam dan tanpa segan silu anda memukulnya"?

Seterusnya Muawiyah berpaling kepada Bisyr seraya berkata: "Begitu berani anda mencaci Ali dikhayalak ramai? Tidakkah anda ketahui Ali adalah seorang yang sabar menghadapi karenah masyarakat? Setelah itu Muawiyah menyuruh kedua orang itu berbaik-baik semula". [al-Kamil, jil. 3, hlm. 362, al-Tabari, jil. 5, hlm. 335]

Begitulah sikap Muawiyah. Beliau tidak rela kalau ada orang mencaci Ali ra. Kita suka bertanya, kenapa Bani Umayyah mencaci Ali ra? Bukankah mereka telah mencapai kemenangan (memperolehi jawatan khalifah)?

Apa yang patut dikatakan kepada ijmak yang berlaku di kalangan orang-orang Islam yang memutuskan tidak harus melaknat orang Islam, malah tidak harus melaknat batang tubuh tertentu orang yang bukan Islam.

Adakah perkara ini tidak sampai ke pengetahuan Muawiyah dan orang-orang yang datang selepasnya dari kalangan mereka yang meneraju pemerintahan kerajaan Bani Umayyah?

Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata pengarang buku al-Aqd al-Farid- yang merupakan seorang yang beraliran Syiah- yang pernah menyatakan Muawiyah pernah memegang tangan al-Hasan bin Ali dalam majlisnya, kemudian berkata kepada orang ramai yang hadir di dalam majlisnya itu: "Ini adalah manusia yang berasal dari bapa, ibu, datuk lelaki dan nenek perempuan yang paling mulia? Jawab mereka semua: Amir al-Mukminin lebih mengetahui tentang kedudukannya." Lantas Muawiyah memegang tangan al-Hasan seraya berkata: "Lelaki ini bapanya ialah Ali bin Abi Talib, dari ibunya Fatimah ra. Datuknya ialah Rasulullah saw, manakala nenek perempuannya ialah Khadijah ra." [al-Aqd al-Farid, jil. 3, hlm. 33]

Sepatutnya yang biasa berlaku ialah perasaan dendam menghantui jiwa pihak yang kalah. Pihak yang kalah ini akan menunggu masa untuk membalas dendam atau menimbulkan suasana tegang dan tidak stabil ke atas orang-orang yang menang, yang merampas hak mereka.

Sehubungan dengan itu, anggapan yang menyatakan pihak yang menang mencaci pihak yang kalah di atas mimbar masjid, pada perkiraan penulis tidak mungkin berlaku, sebaliknya ia lebih berbentuk satu isu yang sengaja direka terhadap kerajaan Bani Umayyah, di zaman Bani Abbas dengan tujuan memburukkan cara layanan kerajaan Bani Umayyah terhadap Ali dan anak-anaknya, supaya golongan Alawiyun mengetahui hanya golongan Bani Abbas sahaja yang masih memulia dan memelihara hubungan kerabat dengan mereka, kerana kerajaan Bani Abbas tidak melakukan penindasan ke atas golongan Alawiyun, sebagaimana yang kononnya dilakukan oleh kerajaan Bani Umayyah terhadap nenek moyang golongan Alawiyun terdahulu.

http://syiahmalaysia.blogspot.com/2011/05/khalifah-bani-umayyah-melaknat-ali-di.html

FIKIR UNTUK ZIKIR
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Monday, March 28, 2011

Halaqah - "Tawar Dan Masin" _ Part 1


“ Dia (Allah) membiarkan air dua lautan (tawar dan masin) itu mengalir sedang keduanya pula bertemu. Diantara keduanya ada penyekat/penghalang yang memisahkannya masing-masing tidak melampaui sempadannya. ”
(Surah ar-Rahman 55 : 19-20)


"Dengan Nikmat Tuhan(Allah) kamu yang mana satukah (wahai Jin dan Manusia) yang ingin kamu dustakan...? "
(Surah ar-Rahman 55 : ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali dalam surah ini)




Halaqah Akar Tradisi Ilmu - "TAWAR DAN MASIN" _ Part 1

Uploaded By : MUHAMAD NAZRIN RUHANI
FIKIR UNTUK ZIKIR video / www.islamterulung.blogspot.com - All Right Reserve

Saturday, March 26, 2011

Halaqah - "Tawar Dan Masin" _ Part 2



“Dan Dialah(Allah) yang membiarkan dua laut mengalir (Berdampingan @ bergabung) yang ini Tawar dan Segar dan yang lain sangat Masin lagi Pahit, dan Dia(Allah) jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tembus.. ”
(Surah Al-furqan 25:53 )



Halaqah Akar Tradisi Ilmu - "TAWAR DAN MASIN" _ Part 3

Uploaded By : MUHAMAD NAZRIN RUHANI
FIKIR UNTUK ZIKIR video / www.islamterulung.blogspot.com - All Right Reserve



“ Kami (Allah dan Malaikat-Nya) akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (Kebesaran) Kami (Allah dan Malaikat-Nya) di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar. Tidak cukupkah (Bagi kamu) bahawa Tuhanmu(Allah) menjadi saksi atas segala sesuatu?... ”
(Surah Fussilat 41:53)


FIKIR UNTUK ZIKIR
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Friday, March 25, 2011

Halaqah - "Tawar Dan Masin" _ Part 3


Halaqah Akar Tradisi Ilmu - "TAWAR DAN MASIN" _ Part 3

Uploaded By : MUHAMAD NAZRIN RUHANI
FIKIR UNTUK ZIKIR video / www.islamterulung.blogspot.com - All Right Reserve

Halaqah - "Tawar Dan Masin" _ Part 4


Halaqah Akar Tradisi Ilmu - "TAWAR DAN MASIN" _ Part 4

Uploaded By : MUHAMAD NAZRIN RUHANI
FIKIR UNTUK ZIKIR video / www.islamterulung.blogspot.com - All Right Reserve

Monday, February 28, 2011

Halaqah "Makhluk Bersayap" _ Part 1

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Segala Puji Bagi Allah Yang Menciptakan Langit dan bumi. Yang menjadikan Malaikat yang menjadi utusan-utusan yang bersayap Dua, Tiga, Empat.Ia (Allah) menambah pada bentuk kejadian makhluk yam=ng dicptakan-Nya. Apa jua Yang Dikehendaki-Nya. Sesungguhnya,Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"
(Surah Fatir ayat 1-)


Video Halaqah Akar Tradisi Ilmu "Makhluk Bersayap"....Definasi tentang Malaikat....



Halaqah Akar Tradisi Ilmu "Makhluk Bersayap" - Part 1..

-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Thursday, February 24, 2011

Sebab Itu Saya Ingin Memperbetulkan Akidah Syiah...?

Sebelum anda membaca apa yang saya ingin perkatakan dalam artikel ini, eloklah rasanya anda melihat apa yang saya hidangkan untuk paparan ada sebagai pembaca... Lihatlah dengan penuh keimanan dan tidak percaya apa yang dilihat. Lihat dengan penuh kesabaran bukan dengan penuh kemarahan.

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow





From Video "HISTORY CHANNEL 555 ASTRO"

Uploaded By : Muhamad Nazrin Ruhani
From : Shia Revealed Production and www.syiah_malaysia.blogspot.com



daripada gambar-gambar dan video yang saya paparkan tadi, apa yang saya dapat rumuskan melalui ayat al-Quran dan Hadis-hadis sahih juga bantuan daripada Ustaz saya Abdullah Zuhdi dan sahabat-sahabat yang memberi pandangan serta nasihat sebagai salah satu jalan dakwah dan pembetulan akidah Syiah ini adalah :

Dari sudut hukum jangankan membuat gambar yang bersifat menghina, tetapi hanya sekadar melukis bentuk tubuh Rasulullah S.A.W sendiri pun sudah haram hukumnya walaupun pelukisnya melukis dengan niat baik dan lukisan yang indah.

Salah satu amalan Jahiliyah yang diperangi oleh agama Islam ialah melukis, menggambar dan membuat patung para nabi dan orang salih di masa lalu. Dan kelakuan umat terdahulu memang menjadi adat ummat terdahulu. Para nabi yang telah wafat itu mereka buatkan lukisannya, meskipun dengan niat untuk mengagungkannya, mensucikannya atau menghormatinya. Namun di sebalik niat tersebut, syaitan telah berjaya menyelewengkan dan memasukkan bisikan jahatnya. Sehingga pada akhirnya gambar dan patung para nabi menjadi sembahan selain Allah.

Allah berfirman di dalam surah Nuh ayat ke 23 :

"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr."
(Surah Nuh ayat 23)


Para ahli mufassirin menyebutkan bahawa nama berhala itu yaitu Wadd, Suwwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nashr sebenarnya nama orang salih dan mereka bukan tuhan. Namun setelah mereka meninggal, orang-orang ingin mengenang jasa dan keagungannya, sehingga kemudian dilukislah wajah mereka, sehingga akhirnya dibuatkan patung. Dari generasi ke generasi akhirnya patung mereka sudah menjadi tuhan sembahan selain Allah.

Sedangkan yang dilakukan sekarang ini memang keterlaluan, kerana melukis nabi Muhammad S.A.W saja sudah haram, apalagi sambil membuatnya menjadi karikatur yang menghina dan merendahkan. Gambar itu sendiri dimuat di laman web secara terbuka, bahkan dicetak semula oleh media lain untuk diterbitkan lagi. Perlakuan sebegini memang begitu biadab dan sememangnya sekarang ini seluruh ummat Islam tidak patut terus membisu sahaja.

Ulama telah melarang daripada melukis para Nabi dan Rasul. Sebab-sebab bagi larangan tersebut adalah seperti berikut:

1. Menggambar wajah mereka adalah merupakan pembohongan di atas apa yang telah dilukiskan. Pembohongan terhadap mereka adalah perkara yang diharamkan Nabi s.a.w bersabda:

" Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Firman Allah S.W.T :

"Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasulnya, Allah melaknat mereka di dunia dan akhirat dan menyediakan mereka azab yang menghina mereka"
(Surah al-Ahzab ayat 57)


Jelas disini ia bertentangan dengan apa yang diajar dalam agama islam. Tentang kaitan dengan gambar Saidina Ali dan Hassan Dan Hussain, adakah itu mereka?

Jawapannya tentulah tidak! kerana kebanyakan pengikut syiah yang saya telah menemu-bual termasuklah sahabat saya sendiri, mereka mengataan itu hanyalah ilusi semata-mata berdasarkan riwayat-riwayat berkenaan tentang bentuk wajah dan cir-ciri yang dimiliki oleh Sidina Ali, Hassan dan Hussain. Ada juga mereka(Syiah) menjawab tentang soalan yang saya kemukakan iaitu "Bagaimana boleh tercipta atau terlakarnya wajah Saidina Ali, Hassan Dan Hussain seperti mana yang kita lihat hari ini?". Jawapan Mereka(Syiah) adalah seperti ini yang boleh saya ingat lagi, "Gambar-gambar yang kamu lihat itu hanyalah ilusi semata-maa dan tidak perlulah kita percaya 100 peratus bahawa itu adalah Ali, Hassan dan Hussain Serta Imam-imam 12 kecuali imam Mahdi al-Muntazdar yang belum muncul lagi".
"Apa yang dilukis itu hanyalah berdasarkan riwayat-riwayat yang ada tentang wajah dan ciri-ciri yang dimiliki," "Tetapi perkara itu tidak mustahil kerana macam kita lihat gambar Salahuddin, Sultan Muhammad Al-Fateh, Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Ibn Bathuta atau Ibn Khaldun, macam mana dengan itu, adakah gambar itu mereka? mungkin ia atau tidak. Maksudnya disini, sejak zaman dahulu lagi dah ada pelukis dan mungkin pelukis itu melukis gambar mereka semua."


12 Imam-Imam Syiah


Sultan Muhammad Al-Fateh


Salahuddin al-Ayyubi


Ibn Sina


Ibn Khaldun




Tapi cukuplah bahawa kita sebagai umat Islam tidak perlu mempercayai semua perkara arut-marut ini kerana ia perbuatan sia-sia dan boleh jadi kita melakukan perkara khurafat yang dikeji Allah. Boleh jadi perkara ini jatuh kufur bagi mereka yang memercayainya sehingga tahap meletakkan darjat imam itu lebih tinggi daripada darjat Nabi.

Sebab itulah apabila Imam Muhammad Bin Abdul Wahhab dituduh membeenci Ahlul Bait Rasulullah S.A.W, beliau menjawab tuduhan itu dengan ini :

Jawapan
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kitamenunaikan hak terhadap keluargga Rasuullah s.a.w . Tidak Harus bagi Muslim menggugurkan hak-hak merekadan menyangka itu sebahagian daripada tauhid. Bahkan hal ini amat keterlaluan. Kami tidak mengingkari penghormatan yang mereka berikan kepada ahlul bait, tetapi apa yang kami ingkari ialah sikap keterlaluan mereka sehingga ada dikalangan mereka yang mempertuhankan ahlul bait "
-Rujuk : Al-Durar al-Saniyyah, jil: 8, ms. 50


jelas daripada apa yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab itu juga ada nada sinis yang boleh kita katakan kepada Syiah, kerana mereka lah sahaja yang mengaku teramat sangat pengikut Ahlul Bait dan membela Ahlul Bait tetapi perbuatan mereka itu sebenarnya adalah bertentangan dengan ajaran Rasulullah s.a.w iaitu ajaran Islam yang suci dan satu perbuatan yang mungkar disisi agama dan Allah. Apa yang saya boleh katakan adalah supaya mereka Bertaubat daripada perkara Khurafat ini dan kembalilah kepada ajaran Suci agama Islam yang diredhai Allah s.w.t.


" Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)




-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Wednesday, February 16, 2011

Halaqah "Makhluk Bersayap" _ Part 2

sambungan video Halaqah "Makhluk Bersayap"....berkenaan tentang ciri2 Malaikat...
menjawab tentang persoalan Malaikat...



Halaqah Akar Tradisi Ilmu "Makhluk Bersayap" _ Part 2

Monday, February 14, 2011

Halaqah "Makhluk Bersayap" Part 3

Untuk menjawab tentang isu Malaikat "Harut dan Marut"...adakah ia benar-benar wujud berdasarkan ayat Al-Quran dan Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar r.a.



“ Dan mereka mengikut apa yang dibicara oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi Syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut Dan Marut di negeri Babilonia. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘Sesungguhnya kami hanyalah ujian(bagimu), sebab itu janganlah kafir.’. ”

(Surah Al-Baqarah sebahagian ayat 102:2)



Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh masyarakat umat islam pada hari ini tentang Malaikat Harut Dan Marut. Juga dikenali sebagai Malaikat yang ingkar pada perintah Allah dan pada pandangan Barat serta Agama Kristian ia dikenali sebagai “The Fallen Angel”.. Turut tidak ketinggalan bagi agama Yahudi dalam kitab Torah(Taurat) .

Berkenaan tentang Harut dan Marut…dalam disiplin Ilmu Islam .. kita sememangnya mengetahui bahawa Malaikat diciptakan daripada Nur(cahaya) dan Malaikat ini adalah satu-satunya ciptaan Allah s.w.t yang paling taat pada perintah Allah dan tidak pernah sesekali mengingkari-Nya. Tetapi bagaimana boleh timbul isu “The Fallen Angel” ini ? semestinya daripada Al-Quran seperti ayat yang diatas.


Halaqah Akar Tradisi Ilmu "Makhluk Bersayap" part 3_

Assalamulaikum...saya malas nk tlis tntg persoalan malaikat Harut dan Marut or as known as "The Fallen Angel"...jdi smoga video Halaqah "Makhluk Bersayap" dapat menjawab persoalan Harut Marut nie...WaAllahua'lam...

Sunday, February 13, 2011

Halaqah "Makhluk Bersayap" _ Part 4

semoga kita semua mendapat iktibar daripada perbincangan video
Halaqah Akar Tradisi Ilmu "Makhluk Bersayap"...


Halaqah Akar Tradisi Ilmu "Makhluk Bersayap" Part 4

Wednesday, January 19, 2011

Knowing Of Syiah (english version)




video dokumentari mazhab Syiah Islam Di Iran... ini hanya sekadar potongan sebahagian daripada Video penuh asal dokumentari ini.. Video ini pernah Ditayangkan di 'History Channel' astro saluran 555... bertajuk "Knowing Of Syiah".... apa yang saya paparkan ini hanya sebagai pengenalan bagi mereka untuk mengenal mazhab Syiah terbesar di Iran .... Pada video ini juga terdapat lukisan gambaran wajah Saidina Ali KaramUllahu WajHa r.a.... dan isu itu akan saya bincangkan dalam artikel yang akan datang.... jadi nasihat saya kepada penonton adalah jangan terlalu percaya akan apa yang anda lihat itu adalah Saidina Ali r.a secara total 100 peratus... itu hanya gambaran pengikut Syiah sahaja.... InsyaAllah.... Saya akan 'translate' dan meletakkan 'subtitle' pada video ini....

WaAllahu a'lam.......

-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Pemurnian Dan Penyucian Buat Saydatina Aisyah r.a Yang Tercela

Pemurnian Dan Penyucian Buat Saydatina Aisyah r.a Yang Tercela

Syiah meragui penyucian Saydatina Aisyah r.a dan ayat al-Quran


Dikalangan mereka(syiah), telah terbukti bahawasanya memang mereka meragui penyucian Saydatina Aisyah r.a didalam al-Quran dan daripada Rasulullah s.a.w. Perkara ini turut tidak dapat dinafikan lagi apabila telah keluar daripada kata sahabat karib saya sendiri(yang bermazhab dan fahaman Syiah). Umum dalam sejarah Islam, telah berlaku suatu fitnah yang dilakukan oleh orang-orang kafir dan golongan Islam munafik. Apabila fitnah ini dilemparkan kepada isteri Rasulullah s.a.w iaitu Saydatina Aisyah r.a yang difitnah berzina dengan Safwan Bin Mua’ttal al-Sullami.

Keterangan

Orang yang selalu mencetuskan dan menyebarkan fitnah adalah golongan munafik. Sasaran mereka tidak kira siapa, sehinggakan terhadap isteri Rasulullah s.a.w pun sanggup difitnah. Sentiasa mencari-cari perkara yang boleh dimanipulasikan untuk menjatuhkan dan meragui akan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sehingga dakyah yang dilakukan dipercayai orang. Fitnah berlaku apabila sepulangnya Aisyah mengikuti Rasulullah s.a.w dalam perang Mustaliq. Sekembalinya daripada peperangan, beliau(Aisyah) ditimpa ujian berat berupa fitnah perlakuan sumbang. Ia bermula apabila apabila beliau kehilangan kalung. Dalam perjalanan pulang ke Madinah, tentera Islam singgah di suatu tempat untuk qada’ hajat dan sebagainya. Ketika itu waktu malam, Saydatina Aisyah r.a juga turut melakukan qada’ hajat dan ketika itulah kalungnya terjatuh tanpa disedarinya setelah kembali dan masuk dalam haudajnya(khemah atau tempat duduk yang diletakkan dibelakang atas badan unta secara tertutup).

Dalam kesibukan semua anggota rombongan dan tentera hendak berangkat, Saydatina Aisyah pergi ke tempat qada’ hajatnya untuk mencari kalungnya yang hilang lalu menjumpainya semula. Sekembali Saydatina Aisyah ke tempat ‘Haudaj’, rombongan telahpun berangkat kerana mereka menyangka Aisyah ada didalam ‘Haudaj’. Kebetulan ketika Saydatina Aisyah sedang termenung sendirian disitu, tiba-tiba Safwan bin Mu’attal al-Silmi yang agak kelewatan pulang kerana sesuatu urusan, terlihat ada baying-bayang lembaga hitam. Bila didekati, ia mendapati seorang wanita solehah dilihat memakai pakaian Jilbab. Bila ditanya, Aisyah pun memperkenalkan dirinya sebagai isteri kepada Rasulullah s.a.w. Bila mengetahui hal itu Safwan amat terperanjat sekali dan mengucap: “Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un.”

Aisyah menceritakan sebab kenapa ia tertinggal keseorangan. Safwan lalu menumpangkan Saydatina Aisyah dalam Haudaj diatas belakang untanya. Sementara dia menuntun untanya dengan berjalan kaki, kerana menghormati wanita lebih-lebih lagi isteri Rasulullah s.a.w. Sesampainya mereka di Madinah, orang munafik melihat mereka, terus mengambil kesempatan mereka-rekakan fitnah menyatakan Safwan dan Saydatina Aisyah mempunyai hubungan intim. Oleh kerana fitnah telah tersebar luas, sehinggalah ke pengetahuan Rasulullah saw dan Rasulullah terus bertanyakan khabar fitnah yang dilemparkan kepada isteri beliau iaitu Saydatina Aisyah dan juga Safwan bin Mu’attal al-Silmi. Ternyata jawapan mereka berdua adalah “Demi Allah, mereka tidak melakukan seperti yang mereka fitnahkan itu,”

Dan apa yang menjadikan Saydatina Aisyah terus sabar dengan ujian Allah s.w.t itu adalah dengan ayat al-Quran menerusi firman Allah swt :

“……..Sesungguhnya sabar itu paling indah(bagiku). Dan kepada Allah saja, memohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan.”
(Surah Yusuf ayat 18:12)


Dan akhirnya turun ayat al-Quran yang menjelas bahawa Saydatina Aisyah seorang wanita yang suci. Umat islam pada masa itu bergembira dengan berita baik itu, sementara orang munafik malu dan ketakutan serta menyembunyikan diri. Melalui firman Allah s.w.t ternyata tidak ada apa yang diragukan kepada Saydatina Aisyah r.a dari pihak Ahli Sunnah Wal Jamaah :

“ Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu(juga). Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang dilakukannya. Dan barangsiapa diantara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang dilakukannya), dia mendapat azab yang besar.” (11)
“ Mengapa orang-orang mukmin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, ketika kamu mendengar berita bohong itu dan berkata, ‘ ini adalah ( suatu berita ) bohong yang nyata. ’ ” (12)
“ Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak membawa empat saksi? Oleh kerana mereka tidak membawa saksi-saksi, maka mereka itu dalam pandangan Allah adalah orang-orang yang berdusta.” (13)
“ Dan seandainya bukan kerana kurnian Allah dan rahmat-Nya kepada-mu di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, disebabkan oleh pembicaraan kamu tentang hal itu(berita bohong itu). ” (14)
“ (Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar. ” (15)
“ Dan mengapa kamu tidak berkata ketika mendengarnya, ‘tidak layak bagi kita membicarakan ini.’ Maha Suci Engkau, ini adalah pembohongan yang besar.” (16)
“ Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang yang beriman.” (17)
“ Dan Allah menjelaskan ayat-ayat(Nya) kepada kamu. Dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. ” (18)
“ Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, mereka mendapat azab yang pedih didunia dan diakhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (19)
“ Dan kalau bukan kerana kurnian Allah dan rahmat-Nya kepadamu (nescaya kamu akan ditimpa azab besar). Sesungguhnya, Allah Maha Penyantun(lemah-lembut), Maha Penyayang. ” (20)

(Surah an-Nur ayat 11-20:24)

*Sila rujuk al-Quran untuk kepastian pembaca, Untuk memahami tafsir Surah an-Nur ayat 11-20:24 .


Allah telah menjelaskan bahawa Saydatina Aisyah r.a adalah perempuan yang solehah dan suci. Allah tidak akan menyuruh atau membiarkan Rasul-Nya mengahwini wanita yang tidak suci atau tidak soleh untuk dijadikan Isteri untuk memberi ilmu dan menjadi ‘idola’ kepada wanita-wanita yang lain. Dalam isu ini juga, jikalah benar kesucian Saydatina Aisyah itu diragui, Allah s.w.t tidak membenarkan Rasulnya mengahwini wanita yang mana kesuciannya diragui. Ertinya, Allah s.w.t akan menjaga para Rasulnya serta Ahlul-Bait nya melalui wanita yang suci. Ini jelas kerana Allah telah mengajar Nabi s.a.w dan juga seluruh umat islam untuk memilih pasangan hidupnya dengan baik dan setiap pasangan itu Allah telah tentukan melalui takdir serta Qadak&Qadar melalui Firman-Nya :




Jelaslah cerita ini hanya rekaan orang munafik dan orang yang tidak mempercayai kesucian Saydatina Aisyah melalui Firman Allah dan sabda Rasulullah boleh jatuh kufur dan ‘out of servis’. Dan Ketentuan Allah itu adalah jelas lagi benar.



1. Al-Quran al-Karim, Surah an-Nur 11-20:24, Surah Yusuf 18:12.
2. Ibid …
3. Majalah SOLUSI, ISU No.22, artikel “ Aisyah binti Abu Bakar r.ha. Isteri yang Kreatif Mempamerkan Cintanya.( Tahan ujian.)” m.s 81.82.84.
4. TELADAN SEPANJANG ZAMAN, Peribadi Nabi, ANUGERAH SUCI, Shiekh Abu Muhammad Tolha al-Khairi, Thinker’s LIBRARY, 2009.



-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

RENUNGAN BUAT SAHABAT....

Monday, January 10, 2011

"Apabila Tidak Mengenal Agama.."







Inilah penyanyi tersohor Negara Indonesia... Bekas Penyanyi dan Vokalis kumpulan Rock.. "Dewa 19"... Baru-baru ni ada melakukan persembahan konsert di Malaysia..yang ditayangkan di Saluran Televisyen berbayar "Astro"... Tajuk program Televisyen "Konsert Ria".. Saluran Astro Ria pada pukul 5.30-9.00..

Apa yang terkilan adalah... orang ini adalah orang yang beragama islam .. kerana namanya yang Islam.. Inilah Ahmad Dhani.. sayang sekali bagi saya..dia tidak mengenal agamanya sendiri...mungkin dia tahu dia adalah orang islam.. tetapi tidak tahu apa yang dituntut dalam agama islam. Lihatlah apabila hiburan diutamakan daripada agama.. seseorang itu akan terlupa apa yang dituntut dalam agamanya sendiri.... adakah apa yang dipakainya itu melambangkan ciri-ciri pemakaian islam? Tentulah sekali kita akan menjawab "BUKAN !!!"... Lihat Rantai yang dipakainya itu adalah lambang bagi agama Kristian... dia islam tetapi memakai rantai berlambang atau simbol bagi agama lain(Kristian)... Sekali lagi saya bertanya ... Adakah dia beragama Islam...?

Inilah diantara sebabnya Allah dan Rasul juga Agama Islam Melarang umatnya (orang lelaki Islam) dilarang memakai sesuatu yang berantai, Emas, Perak atau tembaga mahupun Sutera.... bagaimana pula dengan gelang..? Gelang adalah di haruskan memakai jika mengikut Syarat dan Keperluan yang tertentu (penting). Tetapi dalam hal Ahmad Dhani ini(gambar diatas)... dia secara terang lagi bersuluh memakai sesuatu yang menampakkan ciri-ciri bagi agama lain... Jika seseorang Islam itu memakai pakaian yang menampakkan bagi pakaian khusus bagi agama lain maka dia adalah dari golongan mereka (agama selain daripada Islam)... maka benarlah Hadis Nabi s.a.w :

Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.



maka jelas, jika sesuatu walaupun sedikit pun menampakkan ia bercirikan agama lain maka mereka itu dikalangan mereka... satu yang kita perlu ingat adalah.. pakaian adalah salah satu cara Syaitan cuba untuk menyesatkan kita, dengan dosa yang dilakukan pada asalnya adalah jumlah yang kecil jika seseorang itu berterusan melakukannya sehingga tahap yang lebih besar, maka himpunan dosa-dosa besar itu akan menyebabkan kita jauh daripada Allah s.w.t... apatah lagi dari segi ibadat, solat, amalan dan doa kita...Allah tidak akan menerimanya melainkan dengan sebenar-benar taubat yang bgersungguh-sungguh....

Ingatlah Hadis Nabi s.a.w dalam khutbahnya di bukit Arafah ketika melakukan Haji Wada'....Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang dipendekkan :


“ Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu, dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.”
(Hadis Riwayat Sahih Bukhari,Muslim, Musnad Ahmad.)


- untuk mengetahui hadis ini dengan penuh, lihat artikel sebelum ini,
"KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W "


Apa yang penting adalah, ikutlah cara pemakaian dalam Islam iaitu menutup aurat bagi lelaki dan perempuan... WaAllahhua'lam....

-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMAD NAZRIN RUHANI