Wednesday, August 31, 2011

Solat tutup mata, apa hukumnya ? Boleh atau tidak ?


sila klik pada gambar diatas.

Soalan yang ditujukan kepada saya :
Solat tutup mata, apa hukumnya ? Boleh atau tidak ?


Ada sesetengah kita gemar apabila solat, mereka menutup mata bagi tujuan untuk mengelak daripada diganggu, ada juga yang ingin fokus ketika membaca surah (selalunya dilakukan bagi mereka yang hafiz al-Quran, ketika solat menutup mata untuk mengingati surah2 al-Quran yang panjang). Dan alasan yang selalu kita dengari adalah untuk mencari makna solat yang khusyuk. Persoalannya adalah, apakah hukumnya,? Boleh atau tidak?

Jawapan :
Menurut Imam Nawawi r.h.m : “Dan pandangan yang terpilih (dalam bab pejam mata dalam solat) adalah tidak makruh sekiranya dibimbangkan sebarang bahaya, kerana dengan memejamkan mata itu dapat membantunya khusyuk, hadir hati dan menahan daripada liarnya (lepasnya ) pandangan (kesana sini) dan berkecamuknya minda. ” (Al-Majmu’, : 3/261) .

Imam Ibn Qayyim berkata : “Jika membuka mata tidak mengganggu kekhusyukan solat maka ia lebih elok daripada pejam . dan pandangan yang mengatakan elok pejam mata adalah lebih bertepatan dengan prinsip dan tujuan solat berbanding pandangan yang memakhruhkannya (solat).”

Disisi ulama ada beberapa pandangan tentang hukum diatas. Jadi cadangan saya adalah, jika menutup mata (pejam) ketika solat itu lebih mendatangkan kekhusyukan ketika solat maka itu lebih afdal buat saudara-saudari sekalian. Lebih-lebih lagi jika saudara menjadi imam, dengan memejamkan mata dapat mengfokuskan (minda) ingatan untuk membaca surah-surah yang panjang, dan dapat mengkhusyukan solat , maka itu lebih afdal daripada tidak memejamkan mata melihat ketempat-tempat lain diluar daripada solat yang boleh memakruhkan(batal atau tidak batal) solat. Kerana Allah s.w.t lebih memandang (menerima) solat hamba-Nya yang khusyuk . Firman Allah s.w.t :

“Sesungguhnya, beruntunglah (berjayalah) orang-orang yang beriman. Orang yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna(sia-sia).”
(Surah al-Mukminun ayat 1-3:23)

“Solat yang sempurna ialah solat yang dilakukan dengan khusyuk tetapi solat yang kurang atau tidak khusyuk bukan tidak sempurna atau tidak sah tetapi kurang pahala disisi Allah s.w.t”.

FIKIR UNTUK ZIKIR
Editor : MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Rujukan : Majalah "SOLUSI" Isu No. 14. M/s 36.

KELEBIHAN PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL


Ada org bertanya saya ramadan yang lalu :

Orang yang tanya soalan : “ Wajib ke puasa sunat enam (puasa enam) hari dalam bulan ramadan dan apa kelebihannya???? ”

Jawapan :
Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal. Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadis daripada Rasulullah s.a.w.
di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadisnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.”

Soalan : “Bila boleh buat puasa enam tuu… selepas hari raya perta ke???. ”

Jawapan:
Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.
Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.
Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Soalan : “ Kalau niat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal? Apa hukumnya? ”

Jawapan :
Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi, “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.
Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.
Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

WaAllahua’lam….

FIKIR UNTUK ZIKIR
Editor : MUHAMAD NAZRIN RUHANI


Monday, August 8, 2011

Soal Jawab Remeh-temeh Mengenai Ibadah .


Ade beberapa soalan yang mungkin bagi kita begitu mudah untuk dijawab dan kadang-kadang persoalan begitu mudah itulah yang ada sesetengah daripada kita tidak tahu menjawabnya apabila diajukan persolan tersebut dan kadang-kadang terkeliru dek kerana kurang membaca buku agama, lupa atau jahil mengenai agama.
Persolan dan Situasi sepanjang hari ketika di Bulan Ramadhan.

Situasi 1:

1.)Adakah Sah puasa apabila tidak niat puasa untuk esok hari tetapi sudah bersahur ?

- Islam itu begitu cantik, indah, sempurna lagi memudahkan umatnya untuk beribadah walau apa keadaan sekalipun. Adakah Sah puasa apabila tidak niat puasa untuk esok hari tetapi sudah bersahur ? Sah puasa kita apabila tidak niat puasa untuk hari esok tetapi sudah bersahur. Didalam mazhab Hanbali(Imam Ahmad bin Hanbal) sangat fleksibel tentang niat dalam sesuatu ibadah. Apabila kita bergerak melakukan sesuatu perkara, maka itu sudahpun dikira niat. Seperti solat, apabila kita hendak berwudhuk bagi tujuan menunaikan solat maka ia juga dikira niat. Begitu juga dengan puasa. Kita sudah bangun pada waktu pagi sebelum azan subuh untuk bersahur tetapi terlupa untuk berniat puasa untuk esok hari, maka sahur yang dilakukan itu bermaksud niat kita untuk berpuasa pada esok hari. (Ini mengikut Mazhab Hanbali sahaja). Tetapi adalah lebih baik niat untuk melakukan sesuatu ibadah kerana Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan itu perlu dengan niat dan bagi setiap perbuatan orang itu berdasarkan kepada apa yang diniatkannya.” Bersesuaianlah dengan apa yang dimaksudkan oleh Imam Ahmad.

2.)Gosok Gigi selepas azan subuh dibulan Ramadhan apakah hukumnya?

- Hukum menggosok gigi selepas azan subuh atau disiang hari dibulan ramadhan adalah Makhruh tetapi tidak membatalkan puasa.

3.)Perlukah berwudhuk dengan berkumur-kumur dibulan ramadhan?

- Tidak perlu kerana ia adalah perkara-perkara sunat dalam wudhuk dan makhruh apabila dilakukan disiang hari dibulan ramadhan tetapi tidak membatalkan puasa jika ia dilakukan dan batal puasa apabila berkumur sambil-sambil itu menelan air apabila disengajakan. (“Sambil menyelam minum air (mengambil kesempatan)” pribahasa Melayu. )

4.)Adakah batal puasa apabila terminum air dalam keadaan terlupa atau tak sengaja?

- Tidak batal puasa bagi orang yang makan, minum dan sebagainya kerana terlupa tetapi jangan berpura-pura atau disengajakan kerana jelas itu membatalkan puasa. Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang terlupa beliau itu (sedang) berpuasa lalu makan dan minum, beliau perlu meneruskan puasa itu; sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.”

5.)Adakah batal puasa menelan air liur / kahak ?

- Tidak batal menelan air liur yang berada didalam mulut kita tetapi batal pula apabila berada diluar selain mulut lalu menelanya semula (persoalan, ada ke orang buat macam tu?????). Tetapi makhruh apabila terlalu banyak meludah dan makhruh menelan kahak kerana ia sesuatu yang kotor.

6.)Pengsan/Pitam batal puasa ?

- Jika melibatkan sepanjang hari maka batal puasa tetapi apabila hanya seketika tidak batal puasa.

7.)Batalkah puasa apabila mengorek hidung/telinga?

- Mengikut perbahasan ulama dulu dan terkini antaranya fatwa yang dikeluarkan oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi, mengatakan, “Tidak batal puasa apabila mengorek hidung atau telinga tetapi boleh jadi batal apabila mengorek hingga ke hujung pangkal (terlalu dalam.)”. Apakah sebabnya tidak batal puasa. Apabila berlaku perkara seperti sesuatu objek atau sebagainya termasuk didalam rogga hidung atau telinga, maka boleh mengoreknya untuk mengelak daripada perkara lebih buruk berlaku. Manusia tidak akan lari dari fitrahnya apabila tubuh badannya iaitu hidung dan telinga gatal. Adakah perlu dia menahannya sehingga sampai waktu berbuka semata-mata takut batal puasa kerana perkara tersebut??? Maka Allah (Islam) telah memberi Rukhsah (Kemudahan bagi memudahkan sesuatu perkara) dalam beribadah kerana manusia itu lemah dan pasti tidak akan lari daripada fitrahnya .

8.)Tetapi dalam perkara-perkara yang membatalkan puasa itu antaranya ialah batal puasa apabila memasukkan sesuatu ke dalam rongga? Bagaimana pula itu?

Contoh yang membatalkan puasa apabila memasukkan sesuatu ke dalam rongga ialah :
- Memasukkan sesuatu kedalam rongga mulut (Tekak).
- Terkentut didalam air lalu termasuk kedalam dubur.
- “Boleh jadi batal apabila mengorek (Kedalam rongga tubuh badan manusia) hingga ke hujung pangkal (terlalu dalam.)”.


Situasi 2 :

1.)Adakah solat perlu disertakan niat mengikut bahasa ibunda(contohnya : bahasa melayu)?

- Pada asasnya niat solat mestilah dengan menggunakan istilah bahasa arab tetapi bagi mereka yang baru belajar atau tidak mengetahui niat didalam bahasa arab perlu juga didalam bahasa arab.

2.)Perlukah niat dua kali iaitu niat didalam bahasa arab didalam hati dan ketika mengangkat takbir?


- Tidak perlu. Niat solat hanyalah sekali sahaja iaitu didalam bahasa arab didalam hati dan tidak perlu ketika takbiratul ihram.

3.)Perlukah membaca doa iftitah didalam solat fardhu yang lima?

- Tidak perlu kerana ia tidak termasuk didalam rukun solat tetapi tidak salah untuk membacanya kerana ia perkara sunat didalam solat.

4.)Perlukah solat disertakan niat menjadi Imam atau makmum?

- Perlu jika kita mahu mendapat pahala solat berjemaah menjadi imam atau makmum tetapi tetap sah solat apabila tidak disertakan niat solat berjemaah menjadi imam atau makmum tetapi tidak mendapat pahala solat berjemaah hanya sekadar pahala solat seorang diri sahaja. Amat rugilah mereka yang tidak berniat berjemaah kerana Allah dan Rasul-Nya menjanjikan pahala 27 darjat bagi mereka yang solat berjemaah yang disertakan niat tersebut.

Notis : Jika ada sebarang soalan, anda boleh bertanya kepada saya sama ada di Blog atau di Facebook...
Akan Bersambung mengenai Feqah dari masa ke semasa InsyaAllah....

FIKIR UNTUK ZIKIR
MUHAMAD NAZRIN RUHANI