Sunday, December 19, 2010

Hari Asyura ( At the Street Of Qom, Iran )




sambutan hari asyura yang berlaku pada tahun 2008 di Qom Iran.. ( 10 Muharram 1429 H.) inilah yang dinamakan sambutan Hari Asyura, bagi memperingati kematian Saidina Hussain r.a Di Karbala(Iraq)..... Perhatikan apa yang mereka lakukan dan nilai lah sendiri mengikut perspektif anda.......

Video : Muhammad Nazrin Ruhani & Mohammad Yamin

-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Perbezaan Hari Asyura Dan Puasa Asyura (10 Muharram)

Menjawab tuduhan sahabatku. ( Umat Islam tidak menyambut puasa Asyura untuk kemenangan atau kematian Saidina Al-Hussain di Karbala tetapi berdasarkan Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w)

Apakah Hari Asyura (10 Muharram)?

Hari Asyura, umumnya disambut oleh golongan Syiah tidak kira sama ada mazhab Jaa’fariyah, Ismail’liyah, Zaid’diyah dan Rafidhah. Disambut atas sebab memperingati kesyahidan Saidina Hussain di karbala yang dikatakan oleh cerita bohong dan palsu syiah bahawa Yazid Bin Muawiyah adalah pembunuhnya yang diperintah kepada Abdullah Ibn Ziyad. Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa pembunuh Saidina Hussain di Karbala adalah puak Syiah Kufah sendiri yang dari kalangan mereka.( telah dinyatakan dalam artikel sebelumnya, “ Syiah pembunuh Saidina Hussain di Karbala ” ). Selepas syahid dan meninggalnya cucu Rasulullah saw ( Saidina Hussain ) di Karbala, maka golongan Syiah pun terus menyesali dengan pemergian Saidina Hussain ke Kufah, kerana mereka(Syiah) dikatakan telah menghalang Saidina Hussain ke Kufah tetapi Saidina Hussain tetap meneruskan perjalanannya ke Kufah atas jemputan Puak Syiah Kufah untuk membaiat-nya sebagai khalifah Kufah. Dalam cerita lain pula, puak Syiah Kufah telah menjemput Saidina Hussain ke Kufah untuk membaiat-nya sebagai khalifah tetapi mereka Syiah Kufah telah mengkhianati Saidina Hussain dan membunuh beliau di dalam pertengahan perjalanan ke Kufah iaitu Karbala. Lalu menyesali perbuatan mereka termasuklah puak Syiah Kufah yang terlibat dalam pembunuhan Saidina Hussain di Karbala yang dikenali sebagai golongan “at-Tawabun” (golongan yang menyesal). Dan mereka ini boleh dilihat sehingga pada hari ini juga (iaitu Syiah). Di sambut dengan memakai baju hitam, ada juga yang memakai baju koyak di belakangnya. Memukul-mukul di bahagian dada, belakang dada dengan suatu objek untuk dipukul seperti tali, pisau dan pedang, memukul atau menampar pipi, kepala
Dan sebagainya. Diikuti dengan Syair atau qasidah penyesalan diatas perbuatan mereka dengan menyebut “Ya Hussain” atau “Ya Ali” dan ahli keluarga saidina Ali, Hassan dan Hussain serta Rasulullah. Dengan tangisan tanda kesedihan dan penyesalan. Sambutan ini selalunya disambut secara besar-besaran terutama di Karbala, di Iraq(lokasi terbunuhnya saidina Hussain), Qom, di Iran, Baghdad, Iraq dan tempat-tempat utama Negara-negara bermazhab Syiah. Persoalannya adakah ini dianjurkan dan diajar didalam islam atau adat dalam islam?

( rujukan daripada artikel sebelumnya “ Syiah Pembunuh Saidina Hussain Di Karbala”, dan perbualan serta soal jawab daripada rakan baik yang bermazhab Syiah. Daripada informasi laman web Youtube serta pengalaman diri. )





Apakah Puasa Asyura (10 Muharram)?

Jawapan buat Sahabat


Asyura adalah hari ke 10 dalam bulan Muharram. Hari Asyura telah dikenali oleh kaum Quraisy pada zaman Jahilliyah dan dikenali sebagai hari bagi orang yahudi.

Saydatina Aisyah r.a berkata :
“ Pada hari Asyura, orang Quraisy pada zaman Jahilliyah berpuasa, dan Rasulullah s.a.w turut berpuasa dengannya. Apabila Rasulullah s.a.w berada di Madinah, Baginda juga berpuasa, malah memerintahkan sahabat berpuasa dengannya. ”
Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud, “ Barang siapa mahu, maka berpuasalah ia, dan barang siapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya. ” ( Mutaffaq a’laih )

Dari Abu Qutadah, Beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Puasa pada hari arafah menghapuskan dosa dua tahun yang lepas dan yang akan datang dan puasa hari Asyura menghapuskan dosa setahun yang lepas. ”
(Riwayat semua kecuali al-Bukhari dan Tirmizi, Nailul Authar 4/32)

Imam Syafie dan pengikutnya imam Ahmad bin Hanbal, Ishaq dan lain-lain mengatakan Mustahab (digalakkan) berpuasa pada hari ke 9 dan 10, kerana Nabi s.a.w berpuasa pada hari ke 10 dan berniat untuk untuk berpuasa pada hari ke 9.
Kenyataan ini menunjukkan bahawa puasa pada hari ke 9 adalah digalakkan. Lagi banyak dilakukan ibadat puasa sunat maka lebih baik. Ibn Hajar al-Haitami menyebut “ Tiada masalah untu berpuasa satu hari bagi Asyura. ” (Bab Saum al-Tatawwu’).


Menjawab tuduhan pihak-pihak Syiah terhadap pihak Ahli Sunnah Wal Jamaah….

Menyambut puasa asyura untuk meraikan kematian Saydina Hussain?

Jika inilah yang didakwa oleh mereka, saya menjawab bagi pihak ahli sunnah, tidak. Demi Allah kami tidak melakukan ibadah sunat puasa Asyura ini kerana kematian Saydina Hussain yang dibunuh secara kejam di karbala. Telah terang lagi bersuluh, kami melakukan ibadah sunat ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh isteri Rasulullah s.a.w, Saydatina Aisyah r.a dan hadis itu diperakui akan kesahihannya.

Orang arab memakai wangian kerana berasa gembira?

Inilah yang keluar dari mulut hamba Allah ini. Memakai wangian adalah sunnah Nabi s.a.w. bukan kerana gembira yang melampaui batas.



Orang melayu mendermakan atau memberi bubur Asyura untuk apa?

Demi Allah, kami tidak memberikan sesuatu itu untuk sifat riak atau menunjuk-nunjuk. Sudah menjadi kebiasaan adat orang melayu apabila menyambut apa-apa ibadah yang disebut puasa, pasti ada bubur lambuk ni. Masyaallah, terlalu remeh sangat untuk mempertikaikan perkara ini. Kenapa sesuatu kebajikan yang dilakukan tetap akan dipersoalkan?

Apa yang dikatakan tadi untuk mencari jalan penyelesaian agar ahli Sunnah dan Syiah sentiasa hormat menghormati sesama islam dan membuang sikap suka menuduh.


-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Sunday, December 5, 2010

Jejak Rasul 13 (Jawapan untuk Membela Para Sahabat Rasulullah) Pengikhtirafan Sejarah, Al-QURAN dan Rasulullah s.a.w





lihat pada keterangan daripada Dr. Ustaz Zahazan Mohamed tentang pengiktirafan Al-Quran dan juga Rasulullah s.a.w tentang Sahabat-sahabat Nabi s.a.w

Syiah (Menjawab Isu Akidah Bukan Fitnah)

Pembela Dan Memurnikan Para Sahabat Rasulullah s.a.w Daripada Celaan Syiah…

Persoalan yang besar yang di timbulkan oleh pihak Syiah khususnya, mereka(syiah) adalah segolongan kecil yang mengaku islam tetapi menghina para sahabat. Merekalah golongan yang paling lantang mengkritik, menghina, mencaci-maki dan mengfitnah para sahabat Nabi s.a.w.

Sahabat-sahabat yang dibenci

- Abu Bakar
- Umar al-khattab
- Ustman
- Muawiyah
- Yazid
- Saydatina Aisyah
- Khalid al-walid
- Abdul Rahman Auf
- Dan sahabat yang saya tidak ketahui, yang dibenci oleh mereka.

Ini kerana, Syiah seperti sebelum ini dalam artikel yang ditulis, tidak bersetuju dan tidak memperakui akan perlantikkan para sahabat Nabi s.a.w seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a dan Ustman Bin Affan r.a . selain Ali Bin Abu Talib r.a . Abu Bakar dikritik oleh Syiah kerana mereka mendakwa Beliau merampas hak Ali sebagai khalifah selepas kewafatan Nabi s.a.w. tetapi persoalan ini telah saya bongkarkan bahawa Ali juga telah membai’at Abu Bakar sebagai Khalifah dan inilah bukti Ali bersetuju dengan lantikkan Umat Islam dan cerita paksaan terhadap Ali untuk membaiat beliau adalah pembohongan dan bukti yang telah saya kemukan tetap dinafikan serta dipertikaikan oleh mereka(Syiah) sedangkan rujukan yang dibuat datangnya daripada kitab-kitab tulisan pihak Syiah.

Mereka juga menghina Umar al-khattab r.a dengan seburuk-buruk hinaan dikalangan mereka. Mereka(Syiah) pernah membuat satu cerita bohong terhadap Umar dengan mengatakan Umar mengugut Ali untuk membaiat Abu Bakar dengan meletakkan pedang ke leher Ali lalu Ali menangis dan mengadu di kubur Nabi s.a.w. Selain itu, Umar juga dituduh oleh mereka(Syiah) dengan cerita bohong mereka bahawa Umar menendang pintu rumah Ali dan Fatimah sehingga mengakibatkan kematian Fatimah. Mereka(Syiah) menuduh Umar dan Abu Bakar dengan cerita dongengan mereka tentang tuntutan Tanah Fadak dan isu ini telah saya jawab dalam artikel sebelum ini.

Begitu juga dengan Ustman bin Affan yang juga tidak terlepas daripada hinaan mereka. Ustman dihina kerana ketika Ustman memerintah, beliau lebih mengutamakan keluarganya dan kaum-kerabatnya (Bani Umayyah) dalam jawatan kerajaan dibawah pimpinan Ustman. Mereka(Syiah) mendakwa Ustman ingin meminggirkan Bani Hasyim khususnya keluarga Ali yang akan menggugat kedudukannya sebagai khalifah. Lebih parah lagi apabila Muawiyah adalah orang yang sangat dibenci oleh mereka(syiah) kerana dikatakan Muawiyah adalah orang yang tersangat mahu merebut jawatan khalifah daripada Ali sehingga tertumpahnya darah sesama Islam dalam Perang Jamal dan Siffin. Muawiyah juga didakwa sebagai perampas kuasa kekhalifahan
al-Hassan Bin Ali dan turut tersangat dibenci juga adalah anak Muawiyah iaitu Yazid, kerana Syiah mendakwa Yazid adalah pembunuh al-Hussain Bin Ali di Karbala(Iraq) sedangkan Syiah Kufah adalah pembunuh al-Hussain bin Ali yang sendirinya turut tertulis dalam kitab-kitab Syiah. (telah dibuktikan dalam artikel “syiah pembunuh Hussain di Karbala” )..

Jadi, jika benar mereka(syiah) mengaku bahawa mereka adalah pengikut Ali dan Rasulullah s.a.w, mengapa tidak mereka mempercayai dan mengikuti perintah Nabi s.a.w agar tidak menghina para sahabat? Bahkan, sudah nyata, terang lagi bersuluh bahawa merekalah golongan yang lantang menghina para sahabat !! mereka tidak mengingkari perintah Rasulullah s.a.w supaya tidak menghina para sahabat seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“(La tasubbu ashabi) Janganlah kamu menghina sahabat-sahabatku kerana jika engkau membelanjakan emas sebesar bukit Uhud di jalan Allah ianya tidak akan sama dengan secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh salah seorang dari mereka”

(Hadis Riwayat Sahih al-Bukhari dari sanad Abu Hurairah r.a )


Telah banyak ayat al-Quran yang dinyatakan oleh Allah tentang kedudukan dan kemuliaan para sahabat. Allah juga menceritakan tentang pengorbanan Abu Bakar as-Siddiq dalam peristiwa Hijrah. Allah mengiktiraf Abu Bakar dengan pengorbanan nya yang begitu besar terhadap Rasul-Nya yakni Nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Hijrah …

Allah s.w.t berfirman :

“Kalau kamu tidak menolongnya ( iaitu Nabi Muhammad ) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negeri Makkah) sedang Ia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung didalam gua, ketika ia (Nabi Muhammad) berkata kepada sahabatnya,: ‘Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita .’”

( Surah at-Taubah ayat 40:9 )


Jelas bahawa ayat al-Quran telah pun mengiktiraf pengorbanan seorang sahabat Nabi s.a.w yang agung yang sanggup berkongsi suka-duka bersama dalam memperjuangkan dakwah Islam ini. Walaupun ayat al-Quran tidak menyebut secara jelas dengan lafaz (Abu Bakar atau Abdullah Bin Abu Quhaffah) tetapi telah terbukti juga dalam setiap catatan sejarah bahawa Abu Bakar lah sahabat Nabi s.a.w yang bersama didalam gua Tsur. Tidak ada orang lain yang bersama-sama Nabi s.a.w yang meneruskan perjalanan dari Makkah ke Quba dan seterusnya ke Yatrib (Madinah). Orang-orang Muhajjirin(orang yang berhijrah dari Makkah ke Madinah) dan orang-orang Ansar (orang yang menolong) menjadi saksi setiba-nya Nabi s.a.w dan Abu Bakar r.a di Yatrib(Madinah).

Rasulullah s.a.w juga mengangkat darjat Abu Bakar melalui sabda Baginda yang diriwayatkan Ibn Abbas r.a. Sabda Rasulullah s.a.w

“ Seandainya aku boleh mengambil khalil(kekasih) selain Allah, pasti aku memilih Abu Bakar sebagai khalil. Namun dia adalah saudaraku dan sahabatku. ”

(Hadis Riwayat al-Bukhari no. 3456. Sahih Bukhari.)


Abu bakar digelar as-Siddiq kerana dia sentiasa membenarkan kata-kata Nabi s.a.w terutama dalam peristiwa Israk Mikraj dan gelaran as-Siddiq (yang membenarkan) itu sendiri telah digelarkan oleh Rasulullah s.aw. Maka apakah bukti ini akan dinafikan lagi oleh mereka?

Golongan pertama dan yang memeluk Islam pada pringkat awalnya kebanyakkan daripada sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang mana al-Quran turut memuliakan mereka kerana pengorbanan mereka kerana ingin membela Rasulullah s.a.w, agama Islam dan kerana Allah AzzaWaJalla. Bagi membela dan memurnikan maruah para sahabat dari mula memeluk Islam hingga hari ini dari kebencian serta fitnah umat manusia pada hari ini, Allah telah menjelaskannya melalui firman-Nya :

“ Dan orang-orang terdahulu lagi yang pertama-tama (memeluk/masuk Islam) di antara orang-orang muhajjirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah, Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang agung. ”

(Surah at-Taubah ayat 100:9)


Menerusi penjelasan daripada Ibn Kathir,menunjukkan keutamaan, kedudukkan mereka yang beriman kepada Allah s.w.t pada hayat Nabi s.w.t berbanding dengan mereka yang masuk islam kemudian selepas daripada mereka(para sahabat). Allah juga menyebut tentang para sahabat di penghujung surah al-Fath. Firman Allah s.w.t :

“ Muhammad itu pesuruh Allah, dan orang-orang yang bersama dengan dia bersikap keras(tegas) terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia(rahmat dan berkat) Allah dan keredhaan-Nya, pada wajah(dahi-dahi) mereka Nampak tanda (bekas) sujud……..”
(Surah al-Fath ayat 29:49)


“ Balasan mereka disisi Tuhan(Allah) mereka ialah syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya, Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya, yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut akan Tuhannya. ”
(Surah al-Bayyinah ayat 8:98)

Lihat, Allah s.w.t menjelaskan pengiktirafan yang penting buat para sahabat yang secara focusnya kepada mereka yang beriman dengan iman yang kental.
Maka apakah semua bukti ini akan dinafikan lagi oleh mereka(syiah)? “ Dan nikmat Tuhan(Allah) yang mana(satukah) yang kamu ingin dustakan?” (surah ar-Rahman) Tidakkah kita tak mahu menjadi seperti mereka dimana Syurga Allah telah dijanjikan buat mereka, daripada menghina kalangan sahabat bukankah jauh lebih baik jika kita mengamalkan serta mengambil iktibar dari contoh teladan yang ditunjukkan..

1. *Dari buku: Saidina Mu`awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniya karangan Maulana Muhammad `Asri Yusuf (rujukan)
2. Al-Quran, Surah at-Taubah 100:9, Surah al-Fath 29:48, Surah al-Bayyinah 8:98, Surah at-Taubah 40:9.
3. Sahih al-Bukhari, no. 3456.
4. Majalah ‘SOLUSI, ISU No. 21’, artikel “PROFIL SAHABAT ( Abu Bakar al-Siddiq r.a. Sahabat Dunia Akhirat ) ”, m.s 98. 2010..
5. Ibid..
6. Sejarah Para Sahabat Rasulullah s.a.w.



-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMMAD NAZRIN RUHANI

PIDATO PERDANA S8 : Syiah - Isu Politik - Isu Aqidah (Bhg 1)

PIDATO PERDANA S10 : Syiah - Isu Politik - Isu Aqidah (Bhg 2)

Sambungan Artikel..........

sedikit ketawa. Kamu telah membeli keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang walau dibasuh dengan air apapun". (Jilaau Al ' Uyun, ms 424).

Doa anak Sayyidatina Fatimah ini tetap menjadi kenyataan dan berlaku di kalangan Syiah hingga ke hari ini.

Ummu Kulthum anak Sayyidatina Fatimah pula berkata sambil menangis di atas segedupnya, " Wahai orang-oang Kufah! Buruklah hendaknya keadaanmu. Buruklah hendaklah rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku Husain kemudian tidak membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya dan menawan orang-orang perempuan dari ahli rumahnya. Laknat Allah ke atas kamu dan semoga kutukan Allah mengenai mukamu".

Beliau juga berkata, " Wahai orang-orang Kufah! Orang-orang lelaki dari kalangan kamu membunuh kami sementara orang-orang perempuan pula menangisi kami. Tuhan akan memutuskan di antara kami dan kamu di hari kiamat nanti". (Ibid, ms 426-428)

Sementara Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain pula berkata, " Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami kemudian telah membunuh datukku Ali (Sayyidina Ali). Sentiasa darah-darah kami menitis dari hujung-hujung pedangmu……Tak lama lagi kamu akan menerima balasannya. Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah akan berterusan menghujani kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu akibat perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedang-pedang di dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab yang pedih ".

Apa yang dikatakan oleh Sayyidatina Fatimah bt. Husain ini dapat dilihat dengan mata kepala kita sendiri di mana-mana Syiah berada.

Dua bukti utama yang telah kita kemukakan tadi, sebenarnya sudah mencukupi untuk kita memutuskan siapakah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain di Karbala. Daripada keterangan dalam kedua-dua bukti yang lalu dapat kita simpulkan beberapa perkara :

1. Orang-orang yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk memberontak adalah Syiah.


2. Orang-orang yang tampil untuk bertempur dengan rombongan Sayyidina Husain di Karbala itu juga Syiah.

3. Sayyidina Husain dan orang-orang yang ikut serta di dalam rombongannya terdiri daripada saudara- saudara perempuannya dan anak-anaknya menyaksikan bahwa Syiahlah yang telah membunuh mereka.

4. Golongan Syiah Kufah sendiri mengakui merekalah yang membunuh di samping menyatakan penyesalan mereka dengan meratap dan berkabung kerana kematian orang-orang yang dibunuh oleh mereka.

Mahkamah di dunia ini menerima keempat-empat perkara yang tersebut tadi sebagai bukti yang kukuh dan jelas menunjukkan siapakah pembunuh sebenar di dalam sesuatu kes pembunuhan, iaitu bila pembunuh dan yang terbunuh berada di suatu tempat, ada orang menyaksikan ketika mana pembunuhan itu dilakukan. Orang yang terbunuh sendiri menyaksikan tentang pembunuhnya dan kemuncaknya ialah pengakuan pembunuh itu sendiri. Jika keempat-empat perkara ini sudah terbukti dengan jelas dan diterima oleh semua mahkamah sebagai kes pembunuhan yang cukup bukti-buktinya, maka bagaimana mungkin diragui lagi tentang pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain itu ?


II. BUKTI-BUKTI SOKONGAN


Walaubagaimanapun kita akan mengemukakan lagi beberapa bukti sokongan supaya lebih menyakinkan kita tentang golongan Syiah itulah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain. Di antaranya ialah :

1. Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai pembunuh Sayyidina Husain apabila kita melihat kepada sikap mereka yang biadap terhadap Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap mereka yang biadap terhadap orang-orang yang dianggap oleh mereka sebagai Imam selepas Sayyidina Husain. Bahkan terdapat banyak pula bukti yang menunjukkan merekalah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa orang Imam walaupun mereka menuduh orang lain sebagai pembunuh Imam- imam itu dengan menyebar luaskan propaganda- propaganda mereka terhadap tertuduh itu.

Di antara kebiadapan mereka terhadap Sayyidina Ali ialah mereka menuduh Sayyidina Ali berdusta dan mereka pernah mengancam untuk membunuh Sayyidina Ali. Bahkan Ibnu Muljim yang kemudiannya membunuh Sayyidina Ali itu juga mendapat latihan serta didikan untuk menentang Sayyidina Utsman di Mesir dan berpura-pura mengasihi Sayyidina Ali. Dia pernah berkhidmat sebagai pengawal Sayyidina Ali selama beberapa tahun di Madinah dan Kufah.

Di dalam Jilaau Al' Uyun disebutkan bahawa Abdul Rahman Ibn Muljim adalah salah seorang daripada kumpulan yang terhormat yang telah dikirimkan oleh Muhammad bin Abu Bakr dari Mesir. Dia juga telah berbai'ah dengan memegang tangan Sayyidina Ali dan dia juga berkata kepada Sayyidina Hasan,
" Bahawa aku telah berjanji dengan Tuhan untuk membunuh bapamu dan sekarang aku menunaikannya. Sekarang wahai Hasan jika engkau mahu membunuhku, bunuhlah. Tetapi kalau engkau maafkan aku, aku akan pergi membunuh Muawiyah pula supaya engkau terselamat daripada kejahatannya". (Jilaau Al U'yun, ms 218)




Yazid Bin Muawiyah ( Penyelamat Keluarga Saidina Al-Hussain Bin Ali r.a)


Antara Fakta Dan Teori Sejarah

Telah kita ketahui bahawa didalam sejarah, kebanyakan menuding jari menuduh Yazid bin Muawiyah adalah pembunuh Saidina Al-Hussain bin Ali r.a di Karbala. Itulah adalah satu pembohongan semata-mata. Oleh itu, mari kita renungkan teori sejarah ini agar kita boleh pertimbangkan-nya.

1- Setelah mendengar Saidina Al-Hussain dan ahli keluarganya akan berangkat untuk ke kufah, Yazid mengarahkan tenteranya seramai 80 000 dan ada juga riwayat mengatakan lebih daripada itu, untuk menghalang perjalanan Saidina Al-Hussain ke Kufah kerana Yazid dan Pegawai-pegawai penyiasatnya sudah mengetahui perancangan puak Syiah Kufah untuk membunuh Saidina Al-Hussain.

2- Yazid merupakan khalifah seterusnya selepas bapanya Muawiyah bin Abu Sufyan . kerajaan Yazid di Syam(Syria) yang dekat dengan Kufah dapat menghidu perancangan tipu muslihat Syiah Kufah yang ingin membunuh Saidina al-Hussain,

3- Di Damsyik (Syria), Yazid memerintahkan Gabenor Iraq, Ubaidillah Bin Ziyad untuk menentang penduduk Kufah dan menghalang Saidina al-Hussain daripada meneruskan perjalanannya ke Kufah.

4- Saidina al-Hussain bersama ahli keluarganya dan pasukan pengawal peribadi beliau yang jumlahnya tidak sampai lapan puluh orang tidak perlu diajak berperang kerana pastinya akan tewas oleh tentera Yazid, jumlahnya lebih kurang 120,000 ribu. ( jikalah benar perkara ini berlaku tetapi yakinlah bahawa bukan Yazid dalang pembunuhan Saidina al-Hussain di Karbala)

5- Tentera Yazid seramai lebih kurang 120,000 ribu tidak perlu membunuh Saidina al-Hussain, kan lebih baik dijadikan tawanan perang (jikalah benar itu berlaku)

6- Yazid menangisi kematian Saidina al-Hussain setelah tenteranya membawa pulang kepala saidina al-Hussain di Syam(Syria). (saya ingin bertanya kepada mereka[syiah], kalau benar yazid dalang pembunuhan Hussain, kenapa yazid menangisi kematian Hussain jika dia yang menjadi dalang pembunuhan Hussain? )sila jawab…..

7- Yazid memberi cadangan kepada Zainab ( adik perempuan Saidina al-Hussain ) samada ingin untuk tinggal di Syam (syria) atau pulang ke Madinah dengan jaminan, Yazid akan menghantar-nya pulang ke Madinah dengan selamat dengan kawalan ketat tentera.

8- Tetapi Zainab memilih untuk tinggal di Syam(Syria) kerana berasa lebih selamat daripada dihantar pulang ke Madinah walaupun dengan kawalan ketat tentera. (bukan seperti dakwaan syiah yang mengatakan bahawa Zainab dipenjara, meninggal di syria(syam) dan dikebumikan di Syria)

9- Ali Zainal Abidin (anak Saidina al-Hussain) mempunyai hubungan yang rapat dengan Yazid .

10- Seluruh keluarga Saidina al-Hussain yang terlibat dengan peritiwa di karbala, dimakamkan di Syam(Syria).

11- Sehingga hari ini, kubur Zainab berada di Syam, bukan di Madinah, Kufah atau di Karbala (iraq). Menunjukkan bahawa Zainab mengetahui bahawa Yazid ini baik, bagus dan tidak terlibat dengan pembunuhan saidina al-Hussain di Karbala(iraq). Bahkan Yazid dan tentera nya yang menyelamatkan mereka (ahlul bait) bukan Syiah Kufah yang membohongi Saidina al-Hussain dengan mendakwa akan membaiat serta menjadikan saidina al-Hussain sebagai pemimpin Kufah.



Tetapi perkara yang saya nyatakan ini, mungkin secara logiknya masih lagi mampu mereka (syiah) menyangkal dan mengkritik nya. Tetapi yakinlah bahawa, perkara fitnah yang dilemparkan sama ada dari pihak Syiah ini tidak akan selesai sehinggalah, keturunan Nabi saw (imam mahdi) yang membawa semula umat islam ke jalan yang benar. Cuma dalam kehidupan inilah yang akan membuat pilihan samada percaya atau tidak.
waAllah hua’lam…….





1. Ibid 83.
2. Tarikh Karbala, 155-116.
3. Bihar Al-Anwar 101/109, Kamil Az-Zariyat 270.
4. Al-Ardh wa Taubah Al-Husainiyah 55-56.
5. Gen Syiah, Sebuah Tinjauan Sejarah, Penyimpangan Aqidah dan Konspirasi Yahudi, Mamduh Farhan Al-Bukhari, Darul Falah, 2001.
6. Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad (Edisi Kemas Kini), Dr. Danial Zainal Abidin, PTS Millennia, 2009/2010.
7. Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Umar Hasyim, Al-Hidayah Publication, 2008.
8. www.darulkautsar.net,
9. Jilaau Al U'yun..



-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Syiah Pembunuh Saidina Husain Di Karbala

Seorang tokoh Islam yang terkenal di Pakistan, Maulana Ali Ahmad Abbasi menulis di dalam bukunya "Hazrat Mu'aawiah Ki Siasi Zindagi" bahawa di dalam sejarah Islam, ada dua orang yang sungguh kontroversial. Seorang daripadanya Amirul Mukminin Yazid yang makin lama makin dimusnahkan imejnya walaupun semasa hayatnya beliau diterima baik oleh tokoh-tokoh utama di zaman itu. Seorang lagi ialah Mansor Al Hallaj. Di zamannya dia telah dihukum sebagai mulhid, zindiq dan salah seorang daripada golongan qaramithah oleh masyarakat Islam yang membawanya disalib. Amirul Mukminin Al Muqtadir billah telah menghukumkan beliau murtad berdasarkan fatwa sekalian ulama dan fuqaha' yang hidup pada waktu itu, tetapi imejnya semakin cerah tahun demi tahun sehingga akhirnya telah dianggap sebagai salah seorang ' aulia illah'.

Bagaimanapun semua ini adalah permainan khayalan dan fantasi manusia yang jauh daripada berpijak di bumi yang nyata. Semua ini adalah akibat daripada tidak menghargai dan memberikan penilaian yang sewajarnya kepada pendapat orang-orang pada zaman mereka masing-masing.

Pendapat tokoh-tokoh dari kalangan sabahat dan tabi'in yang sezaman dengan Yazid berdasarkan riwayat-riwayat yang muktabar dan sangat kuat kedudukannya menjelaskan kepada kita bahawa Yazid adalah seorang anak muda yang bertaqwa, alim, budiman, saleh dan pemimpin ummah yang sah dan disepakati kepemimpinannya. Baladzuri umpamanya dalam "Ansabu Al Asyraf" mengatakan bahawa, " Bila Yazid dilantik menjadi khalifah maka Abdullah bin Abbas, seorang tokoh dari Ahlul Bait berkata :
" Sesungguhnya anaknya Yazid adalah daripada keluarga yang saleh. Oleh itu tetaplah kamu berada di tempat-tempat duduk kamu dan berilah ketaatan dan bai'ah kamu kepadanya" (Ansabu Al Asyraf, jilid 4, m.s. 4).

Sejarawan Baladzuri adalah di antara ahli sejarah yang setia kepada para Khulafa' Abbasiah. Beliau telah mengemukakan kata-kata Ibnu Abbas ini di hadapan mereka dan menyebutkan pula sebelum nama Yazid.

Abdullah Ibn Umar yang dianggap sebagai orang tua di kalangan sahabat pada masa itu pula bersikap tegas terhadap orang-orang yang menyokong pemberontakan yang dipimpin oleh Ibn Zubair terhadap kerajaan Yazid dan sikap yang begini disebut di dalam Sahih Bukhari bahawa, bila penduduk Madinah membatalkan bai'ah mereka terhadap Yazid bin Muawiyah maka Ibn Umar mengumpulkan anak pinak dan sanak saudaranya lalu berkata, " Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan dipacakkan bendera untuk setiap orang yang curang (membatalkan bai'ahnya) pada hari kiamat. Sesungguhnya kita telah berbai'ah kepadanya dengan nama Allah dan RasulNya. Sesungguhnya saya tidak mengetahui kecurangan yang lebih besar daripada kita berbai'ah kepada seseorang dengan nama Allah dan RasulNya, kemudian kita bangkit pula memeranginya. Kalau saya tahu ada sesiapa daripada kamu membatalkan bai'ah kepadanya dan turut serta di dalam pemberontakan ini, maka terputuslah perhubungan di antaraku dengannya". (Sahih Bukhari -Kitabu Al Fitan)

Sebenarnya jika dikaji sejarah permulaan Islam kita dapati pembunuhan Sayyidina Husain di zaman pemerintahan Yazidlah yang merupakan fakta terpenting mendorong segala fitnah dan keaiban yang dikaitkan dengan Yazid tidak mudah ditolak oleh generasi kemudian. Hakikat inilah yang mendorong lebih banyak cerita-cerita palsu tentang Yazid diada-adakan oleh musuh-musuh Islam. Tentu sekali orang yang membunuh menantu Rasulullah s.a.w yang tersayang-dibelai oleh Rasulullah dengan penuh kasih sayang semasa hayatnya kemudian ditatang pula dengan menyebutkan kelebihan dan keutamaan-keutamaannya di dalam hadis-hadits Baginda- tidak akan dipandang sebagai seorang yang berperi kemanusiaan apalagi untuk mengatakannya seorang soleh, budiman, bertaqwa dan pemimpin umat Islam.

Kerana itulah cerita-cerita seperti Yazid sering kali minum arak, seorang yang suka berfoya-foya, suka mendengar muzik dan menghabiskan waktu dengan penari-penari, begitu juga beliau adalah orang terlalu rendah jiwanya sehingga suka bermain dengan monyet dan kera, terlalu mudah diterima oleh umat Islam kemudian.

Tetapi soalnya, benarkah Yazid membunuh Sayyidina Husain? Atau benarkah Yazid memerintahkan supaya Sayyidina Husain dibunuh di Karbala?

Selagi tidak dapat ditentukan siapakah pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya dan terus diucapkan ' Yazidlah pembunuhnya' tanpa soal selidik yang mendalam dan teliti, maka selama itulah nama Yazid akan terus tercemar dan dia akan dipandang sebagai manusia yang paling malang. Tetapi bagaimana jika yang membunuh Sayyidina Husain itu bukan Yazid ? Kemanakah pula akan kita bawakan segala tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan caci maki yang selama ini telah kita sandarkan pada Yazid itu ?

Jika kita seorang yang cintakan keadilan, berlapang dada, sudah tentu kita akan berusaha untuk membincangkan segala keburukan yang dihubungkan kepada Yazid selama ini dan kita pindahkannya ke halaman rumah pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain yang sebenar. Apalagi jika kita seorang Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sudah tentu dengan dengan adanya bukti-bukti yang kuat dan kukuh daripada sumber-sumber rujukan muktabar dan berdasarkan prinsip-prinsip aqidah yang diterima di kalangan Ahlus Sunnah, kita akan terdorong untuk membersihkan Yazid daripada segala tuduhan dan meletakkannya ditempat yang istimewa dan selayak dengannya di dalam rentetan sejarah awal Islam.

Sekarang marilah kita pergi ke tengah-tengah medan penyelidikan tentang pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala bersama-sama dengan sekian ramai ahli keluarganya.

PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN ADALAH SYIAH KUFAH

Terlebih dahulu kita akan menyatakan dakwaan kita secara terus terang dan terbuka bahawa pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya bukanlah Yazid tetapi adalah golongan Syiah Kufah.

Dakwaan ini berdasarkan beberapa fakta dan bukti-bukti daripada sumber-sumber rujukan sejarah yang muktabar. Kita akan membahagi-bahagikan bukti-bukti yang akan dikemukakan nanti kepada dua bahagian :

(1) Bukti-bukti utama

(2) Bukti-bukti sokongan


I. BUKTI-BUKTI UTAMA


Dengan adanya bukti-bukti utama ini, tiada mahkamah yang dibangunkan untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan akan memutuskan Yazid sebagai pesalah dan sebagai penjenayah yang bertanggungjawab di dalam pembunuhan Sayyidina Husain. Bahkan Yazid akan dilepaskan dengan penuh penghormatan dan akan terbongkarlah rahsia yang selama ini menutupi pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya di Karbala.

Bukti pertamanya ialah pengakuan Syiah Kufah sendiri bahawa merekalah yang membunuh Sayyidina Husain. Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Sayyidina Husain itu kemudian muncul sebagai golongan "At Tawwaabun" yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Sayyidina Husain. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang

pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur Sina.

Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan "At Tawaabun" itu masih kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang walaupun cuba dihapuskan oleh mereka dengan beribu-ribu cara.

Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing. Baaqir Majlisi menulis :

"Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa". (Jilaau Al'Uyun, m.s. 430)

Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al'Mu'minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Sayyidina Husain terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, " Kita telah memanggil Sayyidina Husain dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu ". (Al Baqarah :54). Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran "At Tawaabun".

Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie di dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Sayyidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Sayyidina Husain. Dialah juga yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?

Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Sayyidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Sayyidina Husain. (Jilaau Al'Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37)

Adakah masih ada orang yang ragu-ragu tentang Syiahnya Syits bin Rab'ie dan tidakkah orang yang menceritakan perkara ini ialah Mulla Baaqir Majlisi, seorang tokoh Syiah terkenal ? Secara tidak langsung ia bermakna pengakuan daripada pihak Syiah sendiri tentang pembunuhan itu.

Lihatlah pula kepada Qais bin Asy'ats ipar Sayyidina Husain yang tidak diragui tentang Syiahnya tetapi apa kata sejarah tentangnya? Bukankah sejarah mendedahkan kepada kita bahawa itulah orang yang merampas selimut Sayyidina Husain dari tubuhnya selepas selesai pertempuran ? (Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 192)

Selain daripada pengakuan mereka sendiri yang membuktikan merekalah sebenarnya pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain, kenyataan saksi-saksi yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain sebagai saksi-saksi hidup di Karbala yang terus hidup selepas peristiwa ini juga membenarkan dakwaan ini termasuk kenyataan Sayyidina Husain sendiri yang sempat dirakamkan oleh sejarah sebelum beliau terbunuh. Sayyidina Husain berkata dengan menujukan kata-katanya kepada orang- orang Syiah Kufah yang siap sedia bertempur dengan beliau :

" Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud- maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-mush di dalam menentang kami ". (Jilaau Al' Uyun, ms 391).


Beliau juga berkata kepada Syiah:

"Binasalah kamu! Bagaimana boleh kamu menghunuskan perang dendammu dari sarung-sarungnya tanpa sebarang permusuhan dan perselisihan yang ada di antara kamu dengan kami? Kenapakah kamu siap sedia untuk membunuh Ahlul Bait tanpa sebarang sebab? " (Ibid).

Akhirnya beliau mendoakan keburukan untuk golongan Syiah yang sedang berhadapan untuk bertempur dengan beliau:

"Ya Allah! Tahanlah keberkatan bumi dari mereka dan selerakkanlah mereka. Jadikanlah hati-hati pemerintah terus membenci mereka kerana mereka menjemput kami dengan maksud membela kami tetapi sekarang mereka menghunuskan pedang dendam terhadap kami ". (Ibid)


Beliau juga dirakamkan telah mendoakan keburukan untuk mereka dengan kata-katanya: "Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat……..Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di atas tubuhmu dan mukamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat keberuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untukmu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya". (Mulla Baqir Majlisi-Jilaau Al'Uyun, m.s. 409).

Daripada kata-kata Sayyidina Husain yang dipaparkan oleh sejarawan Syiah sendiri, Mulla Baqir Majlisi, dapat disimpulkan bahawa:

(i) Diayah yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam menerusi penulisan sejarah bahawa pembunuhan Ahlul Bait di Karbala merupakan balas dendam dari Bani Umayyah terhadap Ahlul Bait yang telah membunuh pemimpin-pemimpin Bani Umayyah yang kafir di dalam peperangan Badar, Uhud, Siffin dan lain-lain tidak lebih daripada propaganda kosong semata-mata kerana pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain dan Ahlul Bait di Karbala bukannya datang dari Syam, bukan juga dari kalangan Bani Umayyah tetapi dari kalangan Syiah Kufah.

(ii) Keadaan Syiah yang sentiasa diburu dan dihukum oleh kerajaan-kerajaan Islam di sepanjang sejarah membuktikan termakbulnya doa Sayyidina Husain di medan Karbala ke atas Syiah.

(iii) Upacara menyeksa tubuh badan dengan memukul tubuhnya dengan rantai, pisau dan pedang pada 10 Muharram dalam bentuk perkabungan yang dilakukan oleh golongan Syiah itu sehingga mengalir darah juga merupakan bukti diterimanya doa Sayyidina Husain dan upacara ini dengan jelas dapat dilihat hingga sekarang di dalam masyarakat Syiah.



Adapun di kalangan Ahlus Sunnah tidak pernah wujud upacara yang seperti ini dan dengan itu jelas menunjukkan bahawa merekalah golongan yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain.

(iv) Betapa kejam dan kerasnya hati golongan ini dapat dilihat pada tindakan mereka menyembelih dan membunuh Sayyidina Husain bersama dengan sekian ramai ahli keluarganya walaupun setelah mendengar ucapan dan doa keburukan untuk mereka yang dipinta oleh beliau. Itulah dia golongan yang buta mata hatinya dan telah hilang kewarasan pemikirannya kerana sebaik saja mereka selesai membunuh, mereka melepaskan kuda Zuljanah yang ditunggangi Sayyidina Husain sambil memukul-mukul tubuh untuk menyatakan penyesalan. Dan inilah dia upacara perkabungan pertama terhadap kematian Sayyidina Husain yang pernah dilakukan di atas muka bumi ini sejauh pengetahuan sejarah. Dan hari ini tidakkah anak cucu golongan ini meneruskan upacara perkabungan ini setiap kali tibanya 10 Muharram?

Ali Zainal Abidin anak Sayyidina Husain yang turut serta di dalam rombongan ke Kufah dan terus hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata kepada orang-orang Kufah lelaki dan perempuan yang merentap dengan mengoyak-ngoyakkan baju mereka sambil menangis, dalam keadaan sakit beliau dengan suara yang lemah berkata kepada mereka, " Mereka ini menangisi kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain mereka ?" (At Thabarsi-Al Ihtijaj, m.s. 156).

Pada halaman berikutnya Thabari menukilkan kata-kata Imam Ali Zainal Abidin kepada orang-orang Kufah. Kata beliau, " Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu dahulukan untuk dirimu".

Sayyidatina Zainab, saudara perempuan Sayyidina Husain yang terus hidup selepas peristiwa itu juga mendoakan keburukan untuk golongan Syiah Kufah. Katanya, " Wahai orang-orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu menangisi kami sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana kezalimanmu itu. Keluhan kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang kemudian dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah berbalik kepada kekufuran...Adakah kamu meratapi kami padahal kamu sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi kami. Demi Allah! Kamu akan banyak menangis dan sedikit

Saidina Muawiyah(Khalifah Rashid Yang Teraniaya)



*Dari buku: Saidina Mu`awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniya karangan Maulana Muhammad `Asri Yusuf


Rasulullah s.a.w. bersabda “Tentera dari umatku yang mula-mula berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga.”(Sahih Bukhari jilid 1 m.s. Sahih Muslim jilid 2 m.s. 141-142).

Peristiwa perang pertama menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28 Hijrah iaitu semasa pemerintahan Sayyidina Utsman di bawah pimpinan Mu’awiyah . (Tarikh Khalifah bin Khayyat jilid 1 m.s. 135, Nasabu al-Quraisyin m.s. 124, Al- Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 229 )
Sahabat besar Saad bin Abi Waqqas r.a. berkata : “Tak pernah saya melihat seorang yang lebih pandai memutuskan hukum selepas Sayyidina Utsman daripada tuan pintu ini ( beliau maksudkan Mu’awiyah) (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 133)

Seorang lagi sahabat Qabishah bin Jabir r.a. berkaa: “Tak pernah saya melihat seorang yang lebih penyantun, lebih layak memerintah, lebih hebat, lebih lembut hati dan lebih luas tangan di dalam melakukan kebaikan daripada Mu’awiyah” ( Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 135)

Abdullah bin Mubarak, seorang tabi’in terkenal pernah ditanya : “ Apa kata tuan tentang
Mua’awiyah dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antara mereka yang lebih utama?”. Mendengar soalan itu Abdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata: “Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka berdua. Demi Allah! Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Mu’awiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah (s.a.w.) itu sahaja pun lebih baik dari Umar bin Abdul Aziz” (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 139)

Mu’awiyah r.a. dilantik sebagai salah seorang gabenor oleh Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Utsman r.a. selama 20 tahun dan tidak pernah dilucutkan jawatan tersebut dan selepasnya sebagai khalifah selama 20 tahun. Di zaman pemerintahannya beliau telah menyatu-padukan ummah di bawah satu panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama. Pemerintahannya telah diterima baik oleh sahabat-sahabat besar dan kecil dan tabi’in tidak terkecuali ahlul bait terutamanya Sayyidina Hasan dan Husain r.a.

Banyak hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Mu’awiyah r.a. bertebaran di dalam kitab-kitab hadis Muktabar

Demikianlah fakta-fakta yang tenggelam di dalam kamus sejarah kita.

Apa yang terkenal, yang kita ingat dan kita sebarkan ialah Mu’awiyah ialah seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik dan seumpamanya. Sifat-sifat buruk yang jarang terkumpul pada seorang Islam biasa tetapi dikatakan terdapat pada seorang sahabat r.a. ini.


Lalu apakah sikap kita?

Pertamanya , perlu kita ingat bahawa Sayyidina Muawiyah r.a. adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Aqidah kita terhadap sahabat ialah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Janganlah kamu menghina sahabat-sahabatku kerana jika engkau membelanjakan emas sebesar bukit Uhud di jalan Allah ianya tidak akan sama dengan secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh salah seorang dari mereka” ( Sahih Bukhari ) . Tanpa perlu ada hujah penyokong yang lain , hujah ini sudah cukup untuk menolak serangan tidak berasas terhadap peribadi sahabat mulia ini.

Dan sahabat r.a. ini ditugaskan untuk mencatat wahyu yang diturunkan. Boleh kah kita bayangkan seorang pencatat wahyu, dokumen paling penting dalam Islam ialah seorang yang buruk akhlaknya sebagaimana yang digambarkan di atas.

Objektif sebenar mereka yang menyebarkan propaganda tentang buruknya akhlak beliau r.a. mudah diteka iaitu seorang pencatat wahyu yang tidak beramanah serta berakhlak buruk boleh mencatat apa saja yang sebenarnya tidak didengarinya dan hasilnya Al-Quran yang ada pada tangan kita pada hari ini adalah tidak terjamin ketulinannya.

Kenyataan bahawa Sayyidina Umar telah melantik beliau sebagai Gabenor Syam sehingga akhir pemerintahannya dan kemudiannya diteruskan oleh Sayyidina Utsman. Kita tahu betapa cermat, teliti dan ketatnya syarat yang ditetapkan oleh Sayidina Umar dalam memilih gabenor ini.

Bila Sayidina Umar dan Usman mengakui ketokohan , keadilan dan keupayaan Muawiayah r.a., siapakah kita untuk mengatakan beliau seorang pemutarbelit dan sebagainya.

Bila Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Mu’awiyah r.a. , kita mengatakan beliau tidak boleh dipercayai!!
Pereka-pereka cerita dan penyebar daayah ini ingin meruntuhkan dua sumber asas agama Islam ini iatu al - Quran dan as-Sunnah.
Mereka adalah golongan Syiah yang kononnya mengaku pengikut setia Sayidina Ali r.a. , padahal Sayidina Ali sendiri memerangi golongan ini.
Malangnyna , kita golongan ahli Sunnah dengan senang hati dan rela menyebar luaskan daayah ini. Cuba ikuti kuliah sejarah Islam di masjid-masjid di negara ini, atau belek sahaja majalah- majalah agama kontemporari. Kita memberi wajah baru tentang cerita ini dengan istilah yang lebih sensasi dengan jalan cerita yang lebih mendebarkan. Golongan musuh berpeluk tangan dan kita sedikit demi sedikit meruntuhkan ugama kita tanpa kita sedar!!

Peribadi agung Mu’awiyah perlu dibersihkan untuk membersihkan Islam itu sendiri. Sukatan pelajaran perlu disemak semula kerana fakta yang kita sogokkan kepada anak-anak kita bila pertama kalinya mereka didedahkan dengan sejarah Islam adalah sukar untuk dibersihkan di kemudian hari.

Hendaknya kita memberitahu masyarakat adalah Mu’awiyah adalah seorang tokoh besar yang amat berjasa di dalam Islam. Seorang sahabat muhajirin yang diakui ahli syurga oleh Rasulullah.s.a.w.. Anak kepada tokoh Islam Abu Sufian dan Hindun binti Utbah yang diakui oleh Rasulullah sebagai orang yang paling disayanginya. Adik ipar kepada Rasulullah s.a.w. , adik kepada Ummul Mu’minin Ummu Habibah r.a. )
Mu’awiyah r.a telah mendamaikan dua golongan besar dalam Islam dan meluaskan jajahan takluk Islam seantero dunia. Beliau telah diakui oleh sahabat-sahabat r.a. termasuk keluarga Sayidina Ali r.a. yang amat akrab dengannya.
Kita perlu faham bahwa persengketaan yang berlaku di antara sahabat adalah angkara musuh Islam yang menyamar sebagai orang Islam yang menyelinap dan menjalankan jarumnya dari dalam. Sebagai iktibarnya, kita juga harus berhati-hati kerana musuh sentiasa berusaha dari luar dan dari dalam untuk memusnahkan Islam.,dan langkah pertama kita ialah terima sahabat agung ini sebagai seorang sahabat agung yang amat berjasa kepada Islam, hentikan cerita-cerita yang memburuk-burukkan beliau r.a. yang sebenarnya adalah tidak berasas dan berniat jahat. Dan sebarkan salah satu prinsip asas dalam Islam iaitu sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. ialah orang-orang yang adil dan ‘keadilan’ mereka adalah berdasarkan kepada al-Quran itu sendiri.


Dipetik dan Kerjasama daripada Blog Darul Kautsar (www.darulkautsar.net)

Terima Kasih atas Kerjasama Mereka

-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Sunday, November 21, 2010

Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

Saringan oleh www.darulkautsar.net dari artikel asal oleh Maulana Mohd Asri Yusoff


Di antara tuduhan yang dilontarkan kepada Sayyidina Muawiyah r.a ialah kononnya beliau telah melayani Bani Hasyim terutamanya di kalangan Ahlul Bait dengan buruk dan telah bertindak kejam terhadap mereka, selain daripada tidak pernah terjalinnya perhubungan  yang baik di antara mereka dengan Muawiyah dan seterusnya khulafa’ daripada kalangan Bani Umaiyyah.
 
Alasan yang selalu dikemukakan ialah berpunca daripada gambar sejarah yang sememangnya bercampur baur di antara kebenaran dan kebatilan. Sebenarnya kita tidak  hairan dengan riwayat sejarah yang memuatkan cerita-cerita seumpama itu apabila kita memeriksa perawi-perawi (pewarta-pewarta) yang merupakan  sumber cerita-cerita itu.
 
Begitupun jika kita meneliti dengan cermat dan saksama terhadap fakta-fakta yang terdapat di dalam kitab-kitab sejarah samada ditinjau dari sudut riwayat mahupun dirayah dengan cepat akan teserlah di hadapan kita kepalsuan tuduhan-tuduhan itu.  Kenyataan yang dapat disimpulkan daripada fakta-fakta sejarah itu amat bertentangan sekali dengan tuduhan yang terdapat di dalamnya. Ini ialah kerana tak mungkin boleh terjalinnya hubungan persemendaan sebagai menantu, besan, biras dan lain-lain di antara dua keluarga yang bermusuhan begitu sekali seperti yang tersebut di dalam kitab-kitab sejarah. Tidak mungkin juga orang-orang yang bermaruah seperti individu-individu daripada kalangan Ahlul Bait terutama Hasan dan Husain r.a boleh menerima hadiah-hadiah saguhati, cenderamata atau habuan daripada orang yang zalim dan kejam yang sentiasa merendahkan kehormatan mereka.
 
Begitu juga tidak masuk akal jika orang-orang yang terhormat dan mulia seperti Sayyyidina Hasan dan Husain r.a boleh berulang alik ke istana Muawiyah yang dikatakan sebagai penipu dan jahat itu kemudian pulang dengan membawa hadiah-hadiah yang nilainya beratus-ratus ribu dirham, kecuali jika diterima bahawa Sayyidina Hasan dan Husin dan juga Ahlul Bait yang lain sebagai orang-orang yang gila dunia atau mata duitan.
 
Bagaimana mungkin kejam dan zalimnya orang yang Sayyidina Hasan dan Husain turut serta di dalam jihad yang dilancarkannya di samping menyandang pula jawatan-jawatan istimewa dalam kerajaan pimpinannya.
 
Di sini akan dikemukakan beberapa contoh dari fakta sejarah untuk menghapuskan segala tuduhan-tuduhan palsu itu:
 

1) Hubungan baik di antara Sayyidina Muawiyah dan Ahlul Bait terutama Sayyidina Hasan dan Husain r.a.

Ibnu Katsir menulis, >>“Pada zaman pemerintahannya, Sayyidina Muawiyah melayan Sayyidina Hasan dan Husin dengan penuh mesra dan menghadiahkan kepada merekahadiah-hadiah yang berharga. Pernah pada suatu hari beliau menghadiahkan wang sebanyak dua ratus ribu dirham kepada mereka berdua” (Al Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8 m.s. 50).

bnu Abil Hadid menulis, “Muawiyah memberikan habuan terutama kepada Hasan dan Husain sebanyak seratus ribu dirham. Anaknya Yazid pula memberikan habuan tahunan kepada merka berdua sebanyak dua ratus ribu dirham. Sebanyak itu juga diberinya kepada Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Ja’afar (ipar Sayyidina Husain iaitu suami kepada Zainab, adiknya)” (Syarah Nahjul Balaghah).
 
Selain daripada habuan tahunan sebanyak seratus ribu dirham itu, Sayyidina Husain dikirimkan bermacam-macam cenderamata dan hadiah-hadiah berharga oleh Muawiyah dan Sayyidina Husain menerimanya dengan gembira sekali.
 
Sayyidina Husain berkunjung ke kediaman Muawiyah seorang diri dan kadang-kadang bersama abangnya Hasan pada tiap-tiap tahun dan Sayyidina Muawiyah melayani mereka dengan baik dan penuh penghormatan. Beliau memberikan kepada mereka bermacam-macam hadiah. Selepas kewafatan Hasan, Sayyidina Husain tetap berkunjung ke kediaman Muawiyah pada tiap-tiap tahun. Beliau dilayani dengan baik dan penuh penghormatan oleh Muawiyah. (Al Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8, m.s. 150-151)
 
Pernah pada sutu ketika Sayyidina Hasan telah dihadiahkan oleh Muawiyah wang sebanyak empat juta dan pada ketika yang lain pula Sayyidina Hasan dan Husain telah dihadiahkan dua juta dirham. (Al Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8, m.s. 137).
 
Pernah Sayyidina ‘Aqil (abang Sayyidina Ali r.a) memerlukan empat puluh ribu dirham maka beliau pergi menemui Muawiyah dan menyatakan keperluan itu kepadanya. Muawiyah bermurah hati kepadanya dan terus memberikan wang sebanyak lima puluh ribu dirham. (Usdul Ghabah, jilid 3, m.s. 223).
 
Sayyidatina Aisyah r.a pernah dikirimkan oleh Muaiwiyah wang sebanyak seratus ribu dirham dan sebaik sahaja Aisyah menerimanya dia terus membahagi-bahagikannya kepada orang-orang lain (yang memerlukannya) pada hari itu juga.
 
Pada suatu ketika pernah Sayyidatina Aisyah berhutang sebanyak 18 ribu dinar (Muawiyah mendapat tahu tentang itu ) maka beliau pun menjelaskan kesemua hutang Aisyah itu.
 
Pernah juga Muawiyah mengirimkan seutas kalung yang berharga seratus ribu dirham kepada Aisyah. Kiriman itu diterima oleh Aisyah dengan gembira sekali.
 
Pernah Sayyidina Hussain dan  Abdullah Bin Ja’far At Thayyar menghantar utusannya kepada Muawiyah untuk meminta bantuan kewangan daripada beliau, maka wang sebanyak sejuta dirham dikirimkan kepada mereka. Pada ketika yang lain pula Muawiyah mengirimkan wang kepada Sayyidina Hassan, Abdullah Bin Ja’far At Thayyar, Abdullah Bin Umar dan Abdullah Bin Zubair sebanyak seratus ribu dirham.
 Setelah mendapat tahu tentang kewafatan Sayyidina Hassan, Muawiyah pergi menemui Abdullah bin Abbas untuk mengucapkan takziah kepadanya. Muawiyah berkata kepada Abdullah Bin Abbas, “Semoga Allah tidak menyedihkan dan menyusahkann hatimu atas kematian Hassan ini”. Ibnu Abbas lantas menyahut, “Semoga Allah tidak menyedihkan dan menyusahkan hatimu selama Allah memanjangkan umurmu”. (Al Bidayah Wa An Nihayah,jilid 8 m.s. 136 – 138.)


2) Menyandang jawatan istimewa di dalam kerajaan Muawiyah.

Di antara individu dari Bani Hasyim ada yang menyandang jawatan istimewa (seperti qadhi dan lain-lain) didalam pemerintahan Muawiyah.
 
Di Madinah, Marwan Bin Al Hakam adalah gabenor yang dilantik oleh Muawiyah. Ketika itu perlu adanya seorang qadhi (hakim) di Madinah. Oleh itu, Marwan telah melantik Abdullah Bin Al Harith Bin Naufal Bin Al Harith Bin Abdul Muttalib sebagai qadhi di Madinah. Lantaran itu sesetengah golongan mengatakan itulah qadhi yang mula-mula  dilantik di Madinah.
 
Ibnu Sa’ad menulis di dalam Thobaqatnya: daripada Abi Al Ghaits, katanya: “Aku mendengar Abu Hurairah berkata”, “Setelah Marwan Al Hakam dilantik sebagai gabenor bagi pihak Muawiyah di Madinah iaitu pada tahun 42 Hijrah, beliau telah melantik Abdullah bin Al Harith sebagai qadhi di Madinah. Abu Hurairah berkata, “Itulah qadhi yang mula-mula aku lihat dalam Islam (di Madinah)”. Thobaqat Ibnu Sa’ad jilid 5 m.s. 13). Kenyatan yang sama di dalam Tarikh At Thobari, jilid 6 m.s. 12 di bawah tajuk peristiwa yang berlaku pada tahun 42 Hijrah.
 
3) Qustam Bin Abbas r.a dan Sayyidina Hassan r.a ikut serta di dalam jihad yang dilancarkan oleh Muwiyah di zaman pemerintahannya.
Qustam Bin Abbas terbilang di antara sahabat kecil Rasullullah SAW. Beliau adalah saudara sesusu dengan Sayyidina Husin Bin Ali. Beliau telah pergi ke Khurasan di zaman pemerintahan Muawiyah untuk tujuan jihad. Kemudian beliau pergi pula ke Samarkand. Panglima perang yang beliau ikuti di dalam peperangan itu ialah Said Bin Uthman Bin Affan. Akhirnya beliau telah mendapat syuhada (syahid) dalam peperangan di Samarkand.
 
Demikian tersebut didalam Thobaqot Ibnu Sa’ad, jilid 7, m.s. 101, Nasabu quraisyin, m.s. 27, Tahtazikri Auladi Abbas, Siaru ‘Alami An Nubala’, jilid 3 m.s. 292, Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid, jilid 5, m.s. 72.
           
Ahli-ahli sejarah menyebutkan dengan jelas bahawa Sayyidina Hussin juga turut serta di dalam jihad yang dilancarkan di zaman pemerintahan Muawiyah. Beliau menyertai jihad itu dengan suka cita dan relahati, bukan dengan paksaan malah telah memberikan pertolongan yang sepenuhnya  dalam jihad itu.
 
Ibn Katsir menulis, “Setelah Sayyidina Hassan wafat, Sayyidina Husain pada tiap-tiap tahun tetap mengunjungi Muawiyah. Beliau dikurniakan dengan hadiah-hadiah dan dimuliakan oleh Muawiyah. Beliau pernah menyertai angkatan tentera yang menyerang Constantinople di bawah pimpinan anak Muawiyah iaitu Yazid pada tahun 51 H”. (Al
Bidayah Wa An Nihayah, jilid 8, m.s. 151). Perkara yang sama termaktub di dalam Tahzibu Tarikhi Ibni Asakir, jilid 4, m.s. 311, Tazkirah Husain bin Ali.

4) Hubungan persemendaan di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim

Hubungan persemendaan di antara Bani Hasyim dan Bani Ummaiyah terjalin semenjak sebelum Islam lagi dan berterusan hingga ke zaman-zaman pemerintahan Bani Umayyah. Daripada kenyataan-kenyataan sejarah dapat dilihat betapa mesra dan eratnya hubungan di antara mereka.
 
Permusuhan dan perseteruan di antara mereka tidak lebih daripada cerita-cerita rekaan yang dicipta oleh golongan musuh-musuh Islam dengan tujuan membuktikan kepada dunia bahawa semangat perkauman jahiliyah masih lagi menguasai mereka dan begitu tebal sehingga kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sendiri masih gagal mencabut sampai ke akar umbinya.
 
Sebaliknya daripada fakta-fakta sejarah yang masih lagi boleh dirujuk dan dianggap muktabar samada daripada kalangan Ahli Sunnah mahupun musuh mereka Syiah, dapat kita temui kenyataan-kenyataan yang menyangkal dan mendustakan cerita-cerita rekaan itu.
 
Tidak mungkin terjadi hubungan persemendaan di antara dua golongan yang bermusuhan dengan begitu banyak sekali dalam keadaan  perseteruan di antara mereka sampai menumpahkan darah dan memaki hamun di antara satu sama lain di dalam khutbah-khutbah Jumaat .
 
Rasulullah SAW sendiri sebagai orang yang paling terkemuka daripada Bani Hasyim telah mengahwinkan tiga orang daripada empat orang anak perempuannya dengan Abul ‘Ash bin Ar-Rabii dan Uthman bin Affan, iaitu dua orang yang ternama dari kalangan Bani Umayyah. (lihat Ansabul Asraaf-Balezuri,jilid 5, ms 1,Thobaqotul Ibn Sa’ad, jilid 8, ms 166, Usdul Al-Ghabah, jilid 5, ms 191, Al-Mustadrak, jilid 3, ms 96, Mumtahar Al Amal, jilid 1 m.s. 9).
 
Aban, anak Sayyidina Uthman kemudiannya berkahwin dengan Ummi Kulthum bt Abdullah bin Ja’far, cucu saudara Sayyidina Ali sendiri. (Al-Ma’arif Ad-Dinawari, m.s. 86).
 
Sakinah, anak perempuan Sayyidina Husain dan cucu kepada Sayyidina Ali adalah isteri kepada cucu Uthman iaitu Zaid bin Amar bin Uthman. Bahkan beliau telah mewarisi Zaid selepas kematiannya. (Nasabu Quraisyin Mus’ab Az- Zubairi, jilid 4, ms 120, Al-Ma’arif-Ibn Qutaibah, m.s.  94, Jamharatu Ansabil Arab,jilid 1, m.s. 86, Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 6, m.s.  349).
 
Cucu Sayyidina Ali iaitu Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain merupakan isteri kepada cucu Sayyidina Uthman yang lain bernama Abdullah dan mereka mendapat cahaya mata bernama Muhammad hasil dari  perkahwinan itu. Perkahwinan di antara mereka berdua berlangsung setelah Fatimah menjadi janda kepada Hassan bin Hassan bin Ali. (Lihat Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 8, ms 348, Al-Ma’arif, ms 93, Nasabu Quraisyin, jilid 4, ms 114, Maqaatilu At-Tholibiyyin Al-Isfahani, m.s. 203, Nasikuh At Tawarikh, jilid 6, m.s. 534).
 
Kemudian cucu Sayyidina Hassan iaitu anak Sayyidina Hassan Al-Mutsanna berkahwin pula dengan cucu Marwan bin Aban bin Uthman. Bahkan ahli-ahli sejarah menyebutkan bahawa anak Hassan Al-Mutsanna yang dikenali dengan Ummul Qasim ini telah mendapat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Marwan tersebut, iaitu Muhammad. (Nasabu Quraisyin, jilid 2, m.s. 53, Jamharatu Ansabil Arab, jilid 1, m.s. 85, Al-Muhabbar Al-Baghdadi, m.s. 438).
 
Cucu saudara Sayyidina Ali iaitu Ramlah bt Muhammad bin Ja’far At-Thoyyar bin Abi Thalib mula-mula menjadi isteri kepada Sulaiman bin Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan. Kemudian menjadi pula isteri kepada Abul Qasim bin Wahid bin Uthbah bin Abi Sufian (Kitabu Al-Muhabbar, ms 449).
 
Ramlah anak perempuan Sayyidina Ali sendiri telah berkahwin dengan anak  Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah. Sebelum itu Ramlah adalah isteri kepada Abi Al-Hayyaj (Nasabu Quraisyin, ms 45, Jamharatu Ansabil Arab, m.s. 87).
 
Sementara Zainab anak perempuan Hasan Al-Mutsanna pula menjadi isteri kepada Walid bin Abdul Malik bin Marwan Al-Umawi. (Nasabu Quraisyin, ms 52, Jamharatu Ansabil Arab, m.s.  228.
 
Selain daripada cicit kepada Sayyidina Ali, Hafisah bt Zaid bin Al-Hasan bin Ali adalah isteri kepada cucu Marwan iaitu Al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan dan wafat sebagai isterinya. Ibunya ialah Lubabah bt Abdullah bin Abbas. (Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, ms 234, ‘ Umdatu At-Thalib fi ansabi’ah Abi Thalib, m.s. 70).
 
Hasil perkahwinan Sayyidina Husain dengan Laila bt Abi Muruah bin ‘Urwah bin Mas’ud At-Tsaqafi telah melahirkan Ali yang dikenali dengan Al-Ahbar yang kemudiannya terbunuh syahid bersama beliau di Karbala. Ibu kepada Laila ini ialah Maimunah bt Abu Sufian bin Harb bin Umayyah. Ini bererti Sayyidina Muawiyah adalah bapa saudara kepada Laila, iaitu isteri kepada Sayyidina Husain itu. (Nasabu Quraisyin, ms 57, Tarikh Khalifah bin Khayyat, jilid 1, m.s. 255).
 
Apa yang disebut ini adalah sebahagian daripada hubungan persemendaan di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim. Itu pun sudah mencukupi untuk menolak kekeliruan yang telah ditimbulkan. Cerita-cerita yang direka oleh musuh-musuh Islam ini mengatakan bahawa di antara dua keluarga ini telah tertanam permusuhan dan dendam kesumat yang amat mendalam sehingga akhirnya mencetuskan peperangan di antara Ali dan Muawiyah, Husain, Yazid dan seterusnya. Tetapi apabila kita melihat kepada hubungan persemendaan di antara mereka seperti  yang tersebut tadi, jelaslah bahawa cerita-cerita yang memburukkan perhubungan mereka itu tidak berasas sama sekali.
 
5) Ahlil Bait berimamkan pemimipin-pemimpin dari kalangan Bani Umayyah di  dalam sembahyang mereka   
 
Semasa Marwan bin Al-Hakam menjadi gabenor bagi  pihak Muawiyah, beliau mengimamkan sembahyang lima  waktu di masjid. Di antara ahli jamaah yang berimamkan beliau ialah Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain.
Fakta ini dapat dilihat dengan jelas di dalam riwayat seperti di bawah ini bahkan daripada riwayat ini dapat difahami bahawa Sayyidina Hasan dan Husain tidak mengulangi sembahyang yang telah ditunaikan secara berjamaah di masjid dengan berimamkan Marwan bin Al-Hakam. Muhammad Al-Baqir juga telah bersumpah bahawa mereka berdua tidak mengulangi sembahyang yang ditunaikan secara berjamaah itu sebagai menyangkal dakwaan setengah-setengah kalangan Syiah yang mengatakan mereka berjamaah dengan Marwan secara taqiyyah, kemudian mengulangi sembahyang yang telah dikerjakan itu di rumah pula.
 
Perhatikan riwayat ini :
 
Diriwayatkan daripada Ja’far As-Syadiq daripada ayahnya, katanya, “Hasan bin Ali dan Husain selalu bersembahyang di belakang Marwan.”.  Ja’far berkata, “Kerana itu ayahnya ditanya: “Tidakkah mereka bersembahyang semula setelah pulang ke rumah?”. Beliau menjawab, “Tidak! Demi Allah mereka tidak melebihkan sembahyang daripada sembahyang yang telah dilakukan dengan berimamkan para pemimpin itu”. (Al-Musannaf Ibn Abi Syaibah, jilid 2, m.s. 378, Al-Bidayah Wa An-Nihayah, jilid 8, m.s .258).
 
Imam Bukhari di dalam Tarikh Soghirnya mengemukakan riwayat tentang  selalunya Sayyidina Hasan dan Husain bersembahyang di belakang Marwan dengan berimamkannya. (At-Tarikh As-Soghir, m.s. 57).
 
Ibn Sa’ad pula mengemukakan pengakuan Imam Muhammad Al-Baqir   tentang beliau dan ayahnya, Ali Zainal Abidin sentiasa bersembahyang dengan berimamkan pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Umaiyyah. Beliau berkata, “Sesungguhnya kami bersembahyang dengan berimamkan mereka tanpa taqiyyah dan aku bersaksi bahawa Ali bin Husain (ayahnya) selalu bersembahyang berimamkan mereka tanpa taqiyyah’. (Thabaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, m.s. 158).
 
Kitab-kitab Syi’ah pula menjadi saksi di dalam perkara ini. Di antaranya ialah kitab Biharu Al-Anwar apabila ia mengemukakan riwayat-riwayat yang seerti dengan yang dikemukakan oleh kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara lain riwayat itu bermaksud : Daripada Musa bin Jaafar daripada ayahnya, katanya : “Hasan dan Husain  selalu bersembahyang di belakang dengan berimamkan Marwan bin Al Hakam. Maka mereka (Syiah) bertanya beliau, “Adakah datuk dan nenek tuan bersembahyang semula apabila pulang ke rumah?” Beliau menjawab, “Tidak! Demi Allah mereka tidak menambah lagi sembahyang yang telah dikerjakan”. (Biharu Al Anwar, Al Majlisi, jilid 10, m.s .139-141).
 
Selain daripada sembahyang fardhu yang lima itu, pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Umaiyyah juga mengimamkan sembahyang jenazah  daripada kalangan Ahlul Bait yang telah meninggal dunia. Perkara ini tersebut dengan jelas di dalam kitab-kitab sejarah, antaranya ialah Al-Bidayah Wa An Nihayah, Al Isti’aab, Al Isabah dan Thabaqat Ibn Sa’ad.
 
Sejarah membuktikan bahawa Aban bin Uthman ketika menjadi gabenor di Madinah bagi pihak Abdul Malik bin Marwan pernah diminta menyembahyangkan jenazah Muhammad bin Ali yang terkenal dengan Muhammad bin Al Hanafiah oleh anaknya sendiri iaitu Abu Hasyim Ali. (Thabaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, m.s. 86). Selain itu beliau juga pernah menyembahyangkan jenazah anak saudara Sayyidina Ali, iaitu Abdullah bin Jaafar At Thoyar. (Al Isobah, jilid 2, m.s. 281, Al Isti’aab, jilid 2, m.s. 287 dan Usdu Al Ghobah, jilid 3, m.s. 135)
 
Penerimaan baik pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Umaiyyah oleh pihak Bani Hasyim bukanlah suatu yang baru ketika itu kerana sebelum itu pun ayahanda kepada Aban iaitu Sayyidina Uthman bin Affan telah mengimamkan sembahyang jenazah bapa saudara Rasulullah SAW dan juga bapa saudara kepada Sayyidina Ali iaitu Abbas bin Abdul Mutalib. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 2, ms 162, Al Isti’aab, jilid 3, ms 100).
 
Itulah sedikit daripada gambaran hubungan baik di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim. Mereka sebenarnya merupakan dahan-dahan dan ranting-ranting daripada pohon yang sama. Mereka telah bekerjasama dan berganding bahu dalam menegakkan dan menyebarkan Islam. Jikalau ada pun permusuhan di antara mereka , itu adalah permusuhan di zaman jahiliyyah tetapi setelah kedatangan Islam, api permusuhan yang bernyala-nyala di zaman jahiliyyah itu terpadam oleh limpahan cahaya Islam yang mencurah-curah yang turun dari Tuhan Semesta Alam.
 
-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Antara Konflik Dan Perdamaian

( Saidina Al-Hassan Bin Ali dan Muawiyah Bin Abu Sufyan )

Masalah Yang Dihadapi Selepas Kematian Saidina Ali Bin Abu Talib


Secara ringkas, pada peringkat awalnya saidina al-Hassan bin Ali telah dilantik oleh umat islam khususnya penduduk Kufah dan Madinah untuk menjadi pemimpin mereka. Selepas beberapa lama saidina al-Hassan menjadi khalifah, timbul pula satu kelompok yang membantah tentang baiat terhadap saidina al-Hassan. Golongan ini dikatakan dari Syam(syria) dimana Muawiyah pernah dilantik menjadi Gabenor disana semasa pemerintahan saidina Ustman bin Affan r.a. dipecat jawatan Gabenor pada zaman Saidina Ali r.a dan digantikan dengan gabenor lantikan Ali iaitu Syahab Bin Hanif. Golongan ini juga dikatakan Pro Muawiyah yang mahukan Muawiyah dilantik sebagai khalifah. Maka golongan ini melakukan pemberontakan kepada kerajaan saidina al-Hassan bin Ali. Akibat pemberontakan yang dilakukan oleh golongan tersebut maka saidina al-Hassan ingin membuat perhitungan dengan Muawiyah , ini kerana saidina al-Hassan tidak mahu berlakunya pertumpahan darah sesama islam yang pernah berlaku pada zaman bapanya Ali, iaitu peperangan Jamal dan Siffin dek kerana pemberontakan sebilangan kecil akhirnya menjadi parah.

(ibid_sejarah islam)


Perkara yang sudah diramal dan diketahui oleh Rasulullah s.a.w

Setelah Muawiyah bin Abu Sufyan mendengar perlantikkan penduduk Kufah terhadap saidina al-Hassan bin Ali, maka Muawiyah menyerang kota Kufah , Saidina al-Hassan berusaha menghadapi serangan Muawiyah tetapi gagal dan mengundurkan diri ke Mada’in berdekatan Madinah. Saidina al-Hassan mengirim surat kepada Muawiyah untuk mengajaknya berdamai.
Maka saidina al-Hassan pun membuat perhitungan dengan Muawiyah. Muawiyah bersetuju dengan cadangan saidina al-Hassan cuma saidina al-Hassan memberikan Muawiyah beberapa syarat yang perlu dipatuhi olehnya iaitu :

Semua harta Baitul Mal di Kufah adalah haknya,saidina al-Hassan (bermaksud dibawah kuasanya).
Kutipan cukai hanya diadakan setahun sekali didaerah dalam negeri Parsi.
Muawiyah tidak menjadikan jawatan khalifah ini sebagai jawatan yang diwarisi secara turun-temurun selepas kematiannya (Muawiyah).

Itulah diantara syarat-syarat saidina al-hassan kepada Muawiyah. Dalam tulisan kitab-kitab lain mempunyai pandangan berlainan dan catatan sejarah tentang syarat-syarat saidina al-Hassan kepada Muawiyah. Maka benarlah ramalan Nabi Muhammad saw dan bertepatan bahawa cucunya, saidina al-Hassan akan mendamaikan persengketaan antara umat islam demi mengelakkan persengketaan dan pertumpahan darah.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Sesungguhnya, cucuku ini adalah seorang Sayyid (penghulu), yakni yang mulia dan semoga dia mendamaikan persengketaan yang berlaku antara dua kelompok besar muslimin..”
(hadis riwayat Bukhari dari sanad yang sahih)



Perdamaian antara saidina al-Hassan dengan Muawiyah telah berlaku pada tahun 41 Hijrah, dalam sejarah islam, tahun ini dikenali sebagai “ Tahun Perpaduan ”. maka terasaslah kerajaan Bani Umayyah.
( Cuma terkilan difikiran saya, jika benar saidina al-Hassan membuat perjanjian dengan Muawiyah iaitu Muawiyah tiadak akan menjadikan jawatan Khalifah sebagai jawatan yang diwarisi secara turun-temurun, tapi kenapa Kerajaan Umayyah berasaskan keturunan yang bermula daripada Yazid Bin Muawiyah dan seterusnya ? inilah persoalan yang diajukan oleh pihak-pihak Syiah pada hari ini….. persoalan ini insyaAllah akan saya jawab pada artikel seterusnya……. waAllahhu’alam….



- Ibnu Hajar Al-Asqalany, Bulughul Maram
-Smith, W.C, Islam Dalam Sejarah Moden, jil. 1, (terjemahan Abu Salamah), Bharatara, Jakarta 1962.
-Siapa Ahli Sunnah Wal-Jamaah, Berlakunya Fahaman Sesat Dan Penyelewengan Dalam Islam, Umar Hasyim, al-Hidayah Publication, 2008.
-Ibid, 2010.
-Bukti-bukti Sains Dan Sejarah Kerasulan Muhammad, Dr. Danial Zainal Abidin, Edisi Kemas kini, Pts Millenia, 2009.
-Sahih al-Bukhari

Monday, October 25, 2010

PEPERANGAN SIFFIN ( pertumpahan darah sesama Islam )



PEPERANGAN SIFFIN ( pertumpahan darah sesama Islam )
(Siapakah Yang Perlu Bertanggungjawab Diatas Peperangan Ini ?)


Perang Siffin berlaku berikutan peembunuhan keatas khalifah Uthman. Kelambatan khalifah Ali bertindak terhadap mereka yang bersalah telah menimbulkan kemarahan pelbagai golongan. Sebenarnya saidina Ali telah mempunyai strategi untuk menangkap pembunuh khalifah uthman dengan cara nya tersendiri dan beliau sudah pun mengenal ppasti pembunuh Saidina Uthman yang berada serta menyelinap didalam kelompok Syiah. Telah diberitahu siapakah pembunuh Saidina Uthman dan akan diterangkan di bab yang berlainan…
Usia tua khalifah Ali telah memberikan peluang kepada pemberontak melakukan kekacauan.

Setelah kejayaan dalam perang jamal, khalifah Ali telah pergi ke Syam untuk membuat perdamaian dengan muawiyah. Perpecahan umat islam kepada dua golongan ini iaitu golongan yang bersimpati dengan pembunuhan khalifah ustman dan akan menuntut bela diatas kematiannya. Golongan ini dipimpin oleh Muawiyah di syam. Golongan kedua memihak kepada Ali dan mengakui nya sebagai khalifah.

Khalifah Ali menghantar Junir bin Abdullah untuk menemui Muawiyah bagi menyelesaikan persilisihan. Bagaimanapun kata putus tidak diperolehi. Khalifah Ali bergerak ke Nakhilah dan Riqqah, kemudian menyeberangi Sungai Furat dan sampai ke Siffin. Di Siffin inilah berlakunya peperangan saudara kedua dalam islam pada 657 m. khalifah Ali mendapat sokongan dari Iraq dan mewujudkan 50 ribu orang tentera, sedangkan tentera Muawiyah hanya 40 ribu orang sahaja. ( dalam pendapat lain bilangan tentera kedua-dua belah pihak adalah berbeza daripada yang dinyatakan ) .

Tanda kekalahan pihak Muawiyah mula dirasai, Muawiyah menyuruh Amru menyelesaikan masalah ini. Amru mengangkat mashaf Al-Quran sambil berkata, “ Al-Quran menjadi hakim antara kamu dan kami ” . melihat julangan Al-Quran, tentera Ali terpecah kepada dua, kumpulan satu menyokong gencatan senjata dan kumpulan kedua ingin meneruskan peperangan ( dan inilah golongan Syiah yang dipimpin Abdullah Bi Saba’. Maka Ali menerima kehendak pihak Muawiyah demi keamanan.


Anekdot Peperangan Siffin



Syiah Pengkhianat


Tatkala bala tentera Saidina Ali sedang sibuk menguruskan para syuhada yang syahid dalam medan peperangan Siffin, datang segolongan puak-puak bawahan Syiah untuk member khabar kepada Saidina Ali.
Mereka(Syiah) berkata kepada Saidina Ali :

“ Aku memberi khabar gembira kepada engkau wahai Ali, aku telah bunuh Zubair.” (Dengan membawa pedang kepunyaan Zubair Ibn Awwam)


Kata Ali r.a :

“ Pedang ini dahulunya, sentiasa menghilangkan duka-cita diwajah Rasulullah. Tiba-tiba engkau telah bunuh tuan pedang ini.” (Dengan keadaan yang sedih)


Kata Mereka(Syiah) :

“ Kami dipihak engkau wahai Ali, dia menentang engkau.” (Dengan reaksi yang penuh yakin)

Kata Ali r.a :

“ Tetapi aku memberi khabar kepada engkau dengan neraka, kerana aku mendengar Rasulullah berkata, “ Beri khabar kepada pembunuh Zubair dengan neraka.”. ” (Kerana Nabi saw mengetahui bahawa yang membunuh Zubair adalah pengkhianat dalam Islam)
(1). Kitab Jilaul uyun….

Lihat video yang dipaparkan sebelum ini…….

akan disambung.....

-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Thursday, October 21, 2010

PIDATO PERDANA S7 : Peperangan Jamal





Penerangan DR. Muhd Asri Zainal Abidin tentang Peperangan Jamal dan Peperangan Siffin....
sambungan daripada artikel (anekdot peperangan jamal dan penyelewengan sejarah saidina Ali)...

Anekdot Peperangan Jamal

Anekdot Peperangan Jamal

Khalifah Ali mewarisi satu pemerintahan yang kucar-kacir. Beliau tidak mampu untu mengendalikannya sehingga zaman pemerintahan Khalifah ar-Rasyiddin berakhir selepas kematiannya. Khalifaah Ali bersikap tegas, sikapnya itu menyebabkan beliau menganggap kelemahan dalam islam berlaku kerana cara perlantikan gabenor pada zaman khalifah Ustman . khalifah Ali telah memecat gabenor-gabenor pada zaman khalifah Ustman. Di Basrah, Abdullah bin Amir digantikan dengan Usman bin Hanif, Saad bin al-as menggantikan Amran bin Syahab di Kufah dan di Syam, Muawiyah digantikan dengan Syahab Bin Hanif..
Penduduk Kufah tidak dapat menerima kedatangan gabenor baru. Penduduk Syam telah terpengaruh dengan Muawiyah. Di Mesir dan Basrah, penduduknya berbahagi-bahagi sokongan mereka. Ada diantara mereka menyokong gabenor baru, menerima khalifah baru jika khalifah Ali mengambil tindakan tegas keatas peristiwa pembunuhan khalifah Ustman. Manakala golongan ketiga akan menerima gabenor baru jika dia tidak mengganggu kedudukan mereka.
Tambahan pula Khalifah Ali melambat-lambatkan tindakan menghukum pembunuh sebenar khalifah Ustman . dua factor ini dijadikan bahan untuk menentang khalifah Ali , tambahan pula gerakan munafik Abdullah Bin Saba’ telah mempercepatkan lagi pemberontakan . khalifah Ali juga telah mengubah ibukota Islam dari Madinah Ke Kufah atas alasan Madinah tidak selamat untuk diduduki lagi untuk mentadbir Negara..
Tindakan Khalifah Ali menggantikan Muawiyyah dengan Syahab bin Hanif telah menimbulkan penentangan.

Perang Jamal merupakan perang saudara yang pertama dalam islam. Ianya berlaku antara tentera pimpinan Khalifah Ali dan pimpinan bersama antara Talhah ibn Ubaidillah, Zubair ibn Awwam dan turut serta Sayidatina Aisyah ra. Setelah bilangan tentera mencukupi, mereka menuju ke Basrah.. walaupun Aisyah ingin menuntut bela di atas kematian Saidina Ustman tetapi beliau tidaklah berhasrat untuk melibatkan diri dalam peperangan.

Sebelum berlakunya pertempuran, khalifah Ali dan pasukan penentang ini telah mengadakan perbinccangan. Tetapi pasukan khalifah Ali telah menyerang terlebih dahulu khemah saydatina Aisyah ra. Sekumpulan tentera saidina Ali bergerak menuju ke khemah saidatina Aisyah r.a. dikatakan , golongan syiah yang munafiK inilah yang menyerang Aisyah dan Aisyah pula menganggap Ali telah menyerangnya. Maka tercetuslah perang jamal. Serangan inilah dilakukan oleh munafik Abdullah Bin Saba’.

Akhirnya, peperangan ini berakhir dengan kemenangan di pihak Khalifah Ali. Zubir ibn Awwam dibunuh oleh Amru bin Jurmuz. Talhah ibn Ubaidillah pula telah terbunuh selepas sahaja Saidina Ali menyelamatkannya ketika kesibukan peperangan Jamal.

Ketika dalam kesibukan Perang Jamal .

Apabila Ali r.a melihat wajahnya tersembam, Ali turun daripada kudanya dan mengangkatnya serta menyapu pasir dimuka Talhah . Kata Ali r.a, “ Ya Abal Muhammad, amat berat perasaan aku melihat engkau ini dibunuh dibawah bintang-bintang langit, tetapi aku, apa yang dapat aku lakukan, alangkah baik jika 20 tahun yang lalu aku sudahpun meninggal.”kata Ali r.a .

Al-Hassan Bin Ali menasihati Bapanya (Ali r.a)


Saidina Hassan Bin Ali r.a berkata kepada Ayahnya Ali Bin Abu Talib r.a, “ Wahai Ayah, telah aku nasihati mu, supaya engkau jangan menghantar tentera keluar.” Kata Saidina Al-Hassan Bin Ali r.a.

Abdullah Ibn Zubair telah ditetak oleh al-Ashtar namun tetakan ini tidak membawa kematian, beliau kemudiannya tidak lagi mencampuri Peperangan Jamal. Dikatakan Abdullah ibn Zubair, anak Zubair ibn Awwam, diselamatkan oleh Saidina Hassan dan ada juga pendapat, dia diselamatkan bersama saidina Ali dan saidina al-Hassan. Abdullah ibn Zubair dihantar pulang ke madinah bersama-sama Saidatina Aisyah ra dengan selamat. Walaupun Khalifah Ali terpaksa menentang Saydatina Aisyah, ia tetap memuliakannya Saidatina Aisyah setelah dihantar pulang ke madinah.

Ini jelas menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan dan persaudaraan mereka tetap erat dan tidak terjejas kerana saidatina Aisyah merupakan sebahagian daripada Ahli Bait Rasulullah saw dan isteri Nabi saw yang dimuliakan. Perkara ini menjadi bukti dan jelas bahawa dakwaan Syiah itu tentang Saidina Ali bermusuhan dengan Saidatina Aisyah adalah bohong semata-mata dan mereka (syiah) itu hanyalah mahu mengeruhkan keadaan sahaja.


-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

PEPERANGAN JAMAL (Bukan Sayyidatina Aisyah Pencetus Peperangan Jamal)

PEPERANGAN JAMAL
(Bukan Sayyidatina Aisyah Pencetus Peperangan Jamal)

Bukan aisyah pencetus peperangan Jamal

Muqaddimah: Rata-rata penulis sejarah Islam meletakkan kesalahan di atas bahu ‘A`ishah dengan menuduhnya sebagai punca berlakunya fitnah perang Jamal yang berakhir dengan kekalahannya kepada tentera Sayyidina ‘Ali. Beliau didakwa mempunyai maksud untuk menjatuhkan Khalifah ‘Ali yang telahpun dibai’ah. Mereka mengaitkan juga dengan kegagalan Sayyidatina ‘A`ishah di dalam peperangan Jamal itu dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sekali-kali tidak akan berjaya golongan yang dipimpin oleh seorang perempuan”. Persoalannya adakah benar begitu pendirian Sayyidatina ‘A`ishah, isteri Rasulullah s.a.w. di dunia dan akhirat, guru kepada sekalian sahabat dan juga ibu kepada orang-orang mu`min? Apakah maksud memimpin orang-orang Islam menemui Sayyidina ‘Ali dan adakah wanita sama sekali tidak boleh menjadi pemimpin?

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ الْهَيْثَمِ حَدَّثَنَا عَوْفٌ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ أَبِي بَكْرَةَ قَالَ لَقَدْ نَفَعَنِي اللَّهُ بِكَلِمَةٍ أَيَّامَ الْجَمَلِ لَمَّا بَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ فَارِسًا مَلَّكُوا ابْنَةَ كِسْرَى قَالَ لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمْ امْرَأَةً

Diriwayatkan daripada al-Hasan daripada Abu Bakrah katanya: “Allah memberi satu faedah dan pengajaran kepada saya apabila berlaku peperangan Jamal iaitu bila sampai kepada Rasulullah orang-orang Parsi melantik anak perempuan Kisra sebagai raja. Baginda bersabda: “Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik perempuan memegang urusan mereka”. (al-Bukhari, no: 7099)

Apa yang disebutkan oleh Abu Bakrah sebenarnya adalah hasil kesimpulannya dan pemahamannya sendiri. Padahal peperangan Jamal tercetus bukan kerana permusuhan dan perebutan kuasa di antara Sayyidatina ‘A`ishah dan Sayyidina ‘Ali tetapi kekeliruan akibat pertempuran yang dirancang di antara dua kumpulan Saba`iyyah (golongan Syiah) yang menyelinap masuk dalam kumpulan ‘A`ishah dan Sayyidina ‘Ali. Kumpulan Saba’iyyah inilah yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Uthman.

Sayyidatina ‘A`ishah, yang mempunyai kedudukan dan berwibawa di kalangan umat Islam, telah didatangi oleh sekumpulan dari mereka supaya mencari jalan supaya tindakan diambil ke atas pembunuh-pembunuh Sayyidina Uthman. Untuk memenuhi permintaan tersebut, beliau bercadang menemui Sayyidina ‘Ali untuk menasihatinya supaya mengambil tindakan ke atas pembunuh Sayyidina Uthman demi mengelakkan fitnah yang lebih besar. Bersama dengan beliau ada dua orang sahabat besar iaitu Talhah dan al-Zubair r.a. Mereka berdua telah pun berbai’ah dengan Sayyidina ‘Ali dan meminta keizinan dari beliau (‘Ali) untuk menyelesaikan masalah darah Khalifah.

Pada masa itu, Sayyidatina ‘A`ishah dalam perjalanan pulang ke Madinah setelah menunaikan haji. Demi untuk menyelesaikan kekusutan tersebut beliau terpaksa berpatah balik ke Mekah.

Tujuan Sayyidatina ‘A`ishah pergi ke Mekah ialah untuk mendamaikan bukan untuk menonjolkan dirinya untuk menjadi khalifah. Fakta sejarah telah diselewengkan dengan mengatakan tujuan kedatangan ‘A`ishah adalah untuk merampas jawatan khalifah. Sedangkan yang sebenarnya, beliau datang adalah untuk kedamaian iaitu untuk menyelesaikan kes pembunuhan Khalifah ‘Uthman.

Golongan munafikin yang membunuh Khalifah ‘Uthman membuat perhitungan iaitu jika Sayyidina ‘Ali dan ‘A`ishah berdamai maka keselamatan mereka akan tergugat dan mereka akan dibunuh. Mereka segera mengatur rancangan dan membuat keputusan bahawa satu kumpulan dari mereka akan berada di pihak ‘A`ishah manakala satu lagi kumpulan akan menyelinap ke dalam kumpulan Sayyidina ‘Ali. Sebelum Sayyidina ‘Ali dan para Sahabat mencapai apa-apa persetujuan, mereka secara senyap telah mencetuskan kekacauan dengan saling menyerang di antara satu sama lain menyebabkan berlaku kekeliruan kepada kedua-dua belah pihak. Orang-orang yang berada di pihak Sayyidatina ‘A`ishah menyangka mereka diserang oleh pihak Sayyidina ‘Ali dan begitu juga sebaliknya.

Keadaan menjadi kelam-kabut dan berselerakan dan terjadilah pertumpahan darah sesama muslimin. Tercapai lah hajat musuh-musuh Islam tersebut.

Semuanya ini berlaku disebabkan oleh perancangan licik pembunuh-pembunuh Khalifah ‘Uthman. Pada hal, kedua-dua pihak Sayyidina Ali dan Sayyidatina ‘Aishah masih lagi berunding untuk menyelesaikan kes pembunuhan Sayyidina Uthman.

Amat malang niat mereka yang datang untuk berdamai dan memulihkan keadaan tetapi muncul pula fitnah yang lain.

Dengan kekuatan tentera yang dimilikinya, Sayyidina ‘Ali berjaya menguasai pasukan Sayyidatina ‘Aishah kerana pada masa itu, pasukan Sayyidatina ‘A`ishah tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Ini adalah kerana tujuan kedatangan mereka adalah bukan untuk berperang tetapi untuk mencari jalan perdamaian. Malah amat jauh sekali untuk memberontak dan merebut jawatan khalifah daripada Sayyidina ‘Ali.

Walaupun telah menguasai pertempuran, Sayyidina ‘Ali tetap menunjukkan sikap hormatnya kepada Sayyidatina ‘A`ishah. Beliau menghantar Sayyidatina ‘Aishah pulang ke Madinah dalam keadaan tidak diapa-apakan dan terhormat. Kepada pasukannya, beliau berpesan supaya tidak menjadikan peperangan ini seperti peperangan lain kerana perang ini berlaku sesama sendiri. Harta pihak ‘A`ishah tidak boleh dijadikan sebagai ghanimah. Mereka yang lari tidak boleh dikejar dan yang terbunuh hendaklah disemadikan sebagai seorang Islam(2).

Abu Bakrah yang berpendapat bahawa apa yang berlaku adalah kesilapan ‘A`ishah kerana beliau seorang perempuan dan tidak layak memimpin sesuatu pasukan. Beliau memahami hadis “tidak akan berjaya satu kaum yang melantik perempuan memegang urusan mereka” sebagai berlaku kepada ‘A`ishah. Apa yang difahami oleh Abu Bakrah sebenarnya adalah pendapatnya sendiri dan bukan mewakili pendapat semua sahabat.

Dengan bersandarkan pendapat Abu Bakrah inilah, ada ulama menyimpulkan bahawa wanita tidak boleh menjadi pemimpin baik di peringkat mana pun, sama ada di peringkat rendah, apatah lagi diperingkat tinggi.

Boleh atau tidaknya seorang perempuan menjadi pemimpin adalah merupakan khilaf di kalangan ulama dan kita tidak boleh berhujah dengan hadis ini dengan mengatakan wanita tidak boleh menjadi pemimpin sama sekali. Ini kerana apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. itu mempunyai latar belakang dan sebab yang khusus iaitu merujuk kepada Kisra Parsi yang melantik anak perempuannya sebagai raja.

Sekiranya wanita adalah secara mutlak tidak boleh menjadi pemimpin tentu sekali Sayyidina ‘Umar tidak akan melantik Shifa` binti ‘Abdullah menjadi ketua yang bertanggunjawab terhadap bandar Madinah. Keluarnya Sayyidatina ‘A`ishah menemui ‘Ali dengan tujuan untuk menasihatinya menunjukkan wanita boleh keluar dari rumahnya sekiranya ada keperluan dan dengan maksud yang baik malah dia juga boleh terlibat dengan urusan politik. Sekiranya ‘A`ishah mengetahui dan memahami hadis tersebut iaitu perempuan tidak boleh menjadi pemimpin (seperti yang difahami oleh Abu Bakrah) tentu dari awal lagi beliau tidak akan terlibat dengan urusan negara ini. Ini menunjukkan bahawa ‘A`ishah berpendapat bahawa harus keluar jika mempunyai maksud yang baik .

Cuma apa yang berlaku kepada ‘A`ishah adalah sesuatu yang di luar jangkaannya. Kedatangan beliau dan rombongannya dengan tujuan yang baik dan suasana yang damai telah bertukar menjadi fitnah akibat konspirasi dan perancangan jahat golongan munafikin atau Saba`iyyah. Adalah tidak benar untuk meletakkan kesalahan ini kepada beliau dengan semata-mata beralasan bahawa beliau seorang wanita.

Pada kenyataannya, jatuh bangun sesebuah kerajaan bukan terletak kepada jantina pemerintahnya, tetapi berdasarkan kepada kebijaksanaan, ketelusan dan keadilannya. Sekian banyak negara yang ma’mur dan maju di bawah pemerintahan wanita yang adil dan bijaksana. Sementara itu, berapa banyak kerajaan yang telah hancur walaupun diperintah oleh orang lelaki bilamana pemimpin tersebut lemah dan korup.

Malah ada ulama yang berpendapat wanita boleh menjadi pemimpin di semua peringkat kecuali di peringkat wilayah kubra iaitu kepimpinan tertinggi negara.

Yang menariknya, al-Qur`an merakamkan kisah Baqis yang menjadi raja sebuah negara yang ma’mur dan maju. Kehebatan kerajaannya itu tidak dapat dikalahkan kecuali oleh kerajaan Nabi Sulaiman.

Sifat atau keadaan pendapat Abu Bakrah ini sama seperti pendapat sahabat yang lain di mana mereka mengemukakan pendapat mengikut pemahaman masing-masing. Sebagaimana adanya khilaf di kalangan sahabat dalam masalah-masalah fiqh maka begitu juga dalam masalah ini. Tidak semestinya seseorang itu terikat dengan pendapat salah seorang sahabat.

Riwayat-Riwayat Syi`ah Rafidhah Tentang Peperangan Jamal.

Apabila kita cuba melihat peperangan Jamal, kita dapati Syi`ah Rafidhah telah menutup sepenuhnya hakikat suasana peperangan tersebut kerana dilindungi oleh tutupan yang dibuat oleh mereka. Oleh itu apabila anda memeriksa halaman kitab-kitab sejarah anda hanya mendapati makian, cemuhan, celaan dan fitrah yang suci akan merasa kesal untuk mendengarnya. Namun di sini, penulis akan menyebutkan fakta-fakta yang disebutkan oleh sejarah melalui riwayat-riwayat yang sahih walaupun tidak disukai oleh Syi`ah dan penulis-penulis sejarah yang terpengaruh dengan barat.

Hakikat Pertama

Riwayat-riwayat yang sahih menyebutkan bahawa tujuan sebenar Talhah, al-Zubair dan orang-orang yang bersama mereka keluar ialah untuk membaiki keadaan dan menghapuskan orang-orang yang melakukan kerosakan dengan membunuh Uthman. Mereka tidak keluar untuk kepentingan kuasa atau mana-mana tujuan duniawi bahkan mereka sekali-kali tidak bermaksud untuk memerangi Ali dan orang-orang Islam bersamanya. Hakikat ini telah dikemukakan oleh Ibn Kathir. Beliau menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagi utusan untuk menemui Talhah dan al-Zubair mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan menyatakan kepada mereka berdua betapa besarnya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah `Aishah. Beliau berkata: “Wahai Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”. `Aishah menjawab: “Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.” Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya `Aishah menjemput Talhah dan al-Zubair datang menemui `Aishah lalu mereka berdua tiba. Al-Qa`qa` berkata: “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia.” Lalu mereka berdua menyatakan: “Kamipun dengan tujuan yang sama.”

Jelas dari riwayat di atas Aishah, Talhah dan al-Zubair mengatakan bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara manusia. Sesungguhnya mereka telah bercakap benar dan Syi`ah telah berdusta. Ini dibuktikan dengan mereka telah berdamai dan Ibn Kathir telah menyebutkan daripada Ali ketika beliau ditanya oleh Abu Salam al-Dala’i: “Adakah mereka itu (Mu`awiyah dan orang-orang bersamanya) mempunyai hujah berkenaan tuntutan mereka terhadap darah ini (darah Uthman) jika mereka benar-benar ikhlas kerana Allah dalam perkara ini? Ali menjawab: “Ya.” Abu Salam bertanya lagi: “Adakah tuan mempunyai hujah mengapa tuan menangguhkannya?” Ali menjawab: “Ya.” Apa yang dikatakan oleh Ali ini merupakan pegangan Ahli Sunnah berkenaan peristiwa yang berlaku sesama sahabat. Ahli sunnah beriktiqad bahawa masing-masing mereka itu mujtahid, jika benar mereka mendapat dua pahala tetapi jika tersilap mereka mendapat satu sahaja.

Hakikat Kedua

Para sahabat telah bersetuju untuk tidak meneruskan perselisihan tersebut dan tidak terlintas kepada mereka kecuali segala-galanya telah berakhir dan tidak ada sebarang peperangan. Namun golongan Saba’iyyah yang melakukan pembunuhan khalifah Uthman tidak berpuas hati lalu mereka mengatur satu pakatan untuk mencetuskan peperangan maka berlakulah peperangan Jamal.

Ini telah dinyatakan oleh Ibn Kathir dan lain-lain bahawa al-Qa`qa` tatkala dihantar oleh Ali untuk menemui Talhah, al-Zubair dan `Aishah dan menawarkan kepada mereka perdamaian. Mereka menjawab: “Anda memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika Ali datang dan dia berpandangan seperti anda, keadaan akan menjadi baik.” Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Ali dan mencerita apa yang berlaku dan itu benar-benar mengkagumkan Ali. Kemudian Ali menemui orang-orangnya supaya mereka sama-sama berdamai. Lalu mereka yang benci, tetap membenci dan orang yang reda, tetap reda. `Aishah kemudiannya menulis surat kepada kepada Ali menyatakan beliau datang untuk tujuan perdamaian, lalu pihak masing-masing gembira. Kemudian Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: “Jika pendirian kamu berdua masih seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua, maka tunggulah sehingga kami datang dan membincangkan perkara ini. Lalu mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya kami masih lagi berpendirian seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.” Hati dan jiwa kedua-dua belah pihak menjadi tenang dan reda lalu mereka berkumpul. Pada waktu petang Ali menghantar Abdullah bin Abbas sebagai wakil dan pihak Talhah menghantar Tulaihah al-Sajjad. Pada malam itu, mereka melalui malam yang paling baik dan indah tetapi pembunuh-pembunuh Uthman melalui malam yang paling buruk bagi mereka dan mereka merancang dan berpakat untuk mencetuskan peperangan pada waktu malam yang akhir. Lalu mereka keluar sebelum fajar menyinsing. Bilangan mereka itu hampir 2,000 orang. Masing-masing menuju kepada yang berdekatan mereka dan melancarkan serangan dengan pedang-pedang. Maka setiap kumpulan bangkit menuju ke pasukan masing-masing untuk menghalang mereka. Orang ramai terjaga dari tidur dan mendapatkan senjata. Mereka berteriak: Ahli Kufah telah mendatangi dan menyerang kami pada waktu malam. Mereka telah menipu kita. Mereka menyangka ini adalah perbuatan orang-orang Ali. Lalu hal ini sampai kepengetahuan Ali dan beliau bertanya: Apa yang telah terjadi kepada orang ramai? Mereka menjawab: Ahli Basrah telah menyerang kami pada waktu malam. Lalu semua kumpulan mendapatkan senjata, memakai baju besi dan menaiki kuda. Tidak siapapun di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi. Dan ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.


Dipetik Daripada Laman (Darulkautsar.net)
-Terima Kasih Atas Kerjasama Mereka-

-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

Friday, October 15, 2010

Penyelewengan Sejarah Saidina Ali Abu Talib


Saidina Ali Karamullahu wajhah ( sepupu yang dikasihi, saudara yang dicintai).


Nama sebenar beliau ialah Ali Bin Abu Talib Bin Abdul Mutalib Bin Hasyim Bin Abdul Manaf. Dilahirkan 10 tahun sebelum Nabi Muhammad saw dilantik menjadi Rasul. Beliau merupakan sepupu dan menantu Rasulullah saw melalui perkahwinannya dengan Fatimah Az-Zahra puteri Rasullullah saw dan Saidina al-Hassan dan Saidina al-Hussien adalah anak beliau yang juga cucu Rasulullah saw yang amat dikasihi. Ali kanak-kanak islam yang pertama memeluk islam. Beliau juga adalah salah seorang diantara penulis-penulis wahyu Allah AzzaWaJalla (Al-Quran) dan penulis perjanjian Hudaibiyah yang pertama. Ali merupakan orang yang menggantikan tempat tidur Nabi Muhammad saw semasa peristiwa hijrah. Ali juga ialah orang dimana umat islam membuat rujukan tentang hukum-hakam kerana Rasulullah saw pernah menyebut dalam hadis sahih riwayat imam Tirmidzi, Rasulullah saw bersabda, “ Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya. Barangsiapa yang menghendaki ilmu, masuklah melalui pintunya.” Ini kerana Ali merupakan orang yang paling hampir dan juga merupakan antara waris keturunan Nabi saw, beliau juga orang yang selalu mendampingi Rasullullah saw selain daripada sahabat Nabi saw yang lain seperti Abu Hurairah r.a, Ibn Abbas, anak angkat Nabi saw ( Zaid Ibn Harithsah ), Saidatina Aisyah r.a dan ramai lagi.


Penyelewengan Sejarah Saidina Ali Abu Talib


Rata-rata penulis/penyeleweng sejarah menyatakan Ali bemusuhan dengan Abu Bakar terutama pihak Syiah. Ini kerana, dikaitkan dengan Hadis Ghadir Khum, yang meletakkan Ali r.a sebagai khalifah selepas kwafatan Rasulullah saw . mereka juga menyatakan Ali dipaksa oleh Umar al-Khatab untuk membai’at Abu Bakar sebagai khalifah. Ditambah pula dengan cerita, Ali r.a dicaci-maki selama lebih 20 tahun dalam khutbah dan dipinggirkan. Perkara ini tidak perlu dinyatakan kerana telah dinyatakan dalam artikel sebelumnya.

Inilah satu pembohongan semata-mata. Kalaulah benar perkara ini berlaku, mengapakah ia tidak tercatat dalam kitab imam-imam terkenal seperti Bukhari, Mislim, Ahmad, Daud atau Ibn Kathir? Memang benar, ketika pelantikan pertama kekhalifahan di Balai Bani Saidah, ada golongan yang ingin melantik Abu Bakar sebagai Khalifah kerana merupakan golongan yang ingin melantik daripada ahli keluarga Nabi saw sebagai khalifah kerana adalah lebih cantik apabila ada waris keturunan Nabi saw menjadi khalifah untuk umat islam. Cuma terlintas didalam fikiran saya, jikalah Nabi saw telah berwasiat dalam khutbah beliau di Ghadir Khum melantik Ali r.a sebagai khalifah selepas kewafatan beliau, mengapakah orang yang mendengar ucapan Nabi saw di Ghadir Khum iaitu Zaid Bin Arqam ( sebagai sanad dan perawi untuk hadis ini tidak membangkitkan isu ini bersama Ali dib alai bani saidah ). Dan sepatutnya Ali bangkit dengan Syiah(pengikut)nya membantah sekerasnya dengan tindakan itu, tetapi tidak ada catatan sejarah tentang kebangkitan Ali dengan Syiah(pengikut)nya. Dan jika Hadis Ghadir Khum itu bertepatan atau bermaksud sebagai khalifah, maka disini kita dapat lihat bahawa Ali bersalah kerana membiarkan umat islam meninggalkan apa yang diperintahkan oleh Nabi saw kepada muslimin terhadap Ali (jika benarlah perkara itu berlaku tetapi saya yakin hadis Ghadir Khum itu memaksudkan Ali sebagai pemimpin umat islam dengan ilmu).
Persoalan ini telah saya jawab dalam Bab (Permurnian Sejarah (Abu Bakar) ) dan Allah swt juga telah menjawab didalam Al-Quran melalui firmannya :

“ Maka rahmat Allah, engkau (wahai Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau (wahai Muhammad) bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka meenjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu, maafkanlah mereka dan mohon keampunan untuk mereka dan bermusyawarah lah deengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal.”
( Surah Ali Imran:3:159)

Ayat ini menjadi bukti sejarah Islam dimana selepas kewafatan Rasulullah saw, umat islam tetap melantik khalifah daripada kalangan mereka dengan merujuk Al-Quran iaitu mereka bermusyawarah terlebih dahulu di Balai Bani Saidah untuk membulattkan satu keputusan dengan melantik Abu Bakar r.a mengikut factor dan sebab-sebab tertentu dan bertawakal kepada Allah dengan keputusan yang telah mereka tetapkan, sesuai juga dengan khutbah Abu Bakar setelah dilantik menjadi khalifah ( telah saya jawab dan nyatakan dalam bab “keadaan di Saqifah Bani Saidah” ).


-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMAD NAZRIN RUHANI