Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Surah Al-Hujurat : Ayat 15)
Friday, June 3, 2011
Persoalan : Menggerak-gerakkan Jari Ketika Tahiyat (Tasyahud)
Pernah ada seseorang bertanya kepada saya tentang hal dibawah selepas melihat cara solat saya dalam mazhab Hanbali dan Maliki. Maka ditanya nya saya tentang hal tersebut. Dan ada juga soalan yang ditanyakan kepada saya di facebook.. maka untuk menyelesaikan hal ini, adalah seperti berikut :
Soalan :
“Kenapa, ada orang ketika dia solat dalam tahiyat awal atau akhir(Tasyahud), die menggerak-gerakkan jari telunjuk dia??? Itu mazhab ape pulak ?? ”
Jawapan :
“Ermm… yang sebenar nya… itulah pandangan atau solat mengikut cara mazhab Maliki(Imam Malik Bin Anas r.h)… Ketika dalam tahiyat(tasyahud) awal dan akhir… memang dalam solat mengikut mazhab Maliki, jari telunjuk akan digerak-gerakkan dari awal hingga akhir bacaan tahiyat, berbeza mengikut mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali yang mengerakkan jari telunjuk hanya sekali hingga akhir bacaan tahiyat. ”
Soalan :
“Kenapa boleh jadi macam tu?? Ada tak dalil hadis yang mengatakan begitu??”
Jawapan :
Sebenarnya ada banyak dalil hadis yang digunakan oleh Imam Malik untuk menguatkan ijtihad(pandangan) beliau, tetapi sebelum kita pergi lebih lanjut, elok rasanya saya terangkan dahulu.
Solat mempunyai rukun dan cabangnya. Sebagai contoh, ulama tidak berbeza pendapat perihal rukun-rukun asas dalam solat. Namun dalam aspek ranting, kadangkala wujud perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat itu berlaku bukan disebabkan nas tetapi disebabkan perbezaan memahami nas. Antaranya nya seperti soalan yang ditanyakan tadi,
Dalam hadis yang dilaporkan oleh Wail bin Hujr, “Kemudian Nabi saw mengangkat jari telunjuk, lalu aku dapati Nabi saw menggerakkan jari telunjuknya sambil berdoa(bacaan tahiyat/tasyahud).” (Hadis Riwayat Abu Daud.)
Mengikut Nasiruddin al-Albani dalam Sifat Solat Nabi, “Menurut Sunnah, menggerakkan jari telunjuk berlangsung sehingga salam dalam solat. Ini adalah pendapat Malik dan yang lain-lain.” Seterusnya beliau berkata, “Menggerakkan jari telunjuk dalam Tasyahud adalah perbuatan yang sah daripada Nabi.” Walaubagaimanapun, sebahagian ulama yang lain mentafsirkan ‘mengerakkan jari telunjuk’ adalah menggerakkannya sekali sahaja sebagai isyarat tauhid Illallah (Syahadah) dan bukan menggerakkannya secara berterusan dalam tasyahud.
Hal ini adalah berdasarkan hadis yang dilaporkan oleh Abdullah Ibn Zubair yang bermaksud, “Nabi Mengisyaratkan dengan jari telunjuknya dan beliau tidak menggerakkannya.”
(Hadis Riwayat Abu Daud.)
Berhubung dengan ini, an-Nawawi menukilkan pendapat al-Baihaqi yang berkata, “Sesungguhnya yang dimaksudkan dalam hadis yang dilaporkan oleh Wail bin Hujr berkaitan ‘dia menggerakkan jarinya’ ialah Nabi mengangkat jari telunjuknya sekali sahaja, tanpa mengerakkannya secara berterusan. Maksud ini bertepatan dengan apa yang dilaporkan oleh Abdullah Bin Zubair.” Hal ini direkodkan dalam Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi (juz’2) dan direkodkan oleh an-Nawawi dalam al-Mjmuk Syarh al-Muhadzab (juz’3, hal 455)
Ada lagi hadis yang lebih terperinci tentang pergerakan jari telunjuk ini. Dalam Musnad Ahmad diriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a bahawa Rasulullah saw melaksanakan Solat dan Abu Sa’id adalah makmum dibelakangnya. Tiba-tiba bacaan baginda agak terkeliru ayatnya. Sesudah selesai solat, Baginda berkata, “Kalau kamu melihat aku bersama dengan iblis ketika itu, kamu dapati bahawa dia menarik-narik lenganku. Lalu aku terus mencekiknya sehingga aku dapat menjadikannya mainan antara kedua-dua jariku ini (ketika berkata begitu Nabi saw mengisyaratkan dengan ibu jari dan jari telunjuknya.) kalaulah tidak kerana aku teringat doa saudaraku, Nabi Sulaiman nescaya dia akan tetap terikat disalah satu pagar masjid untuk menjadi mainan anak-anak kota Madinah. Oleh sebab itu, sesiapa yang boleh solat tanpa dipisahkan antara dirinya dengan kiblat (ganguan seseorang) maka usahakanlah. ”
Kesimpulan :
Jadi, tentang kekeliruan soalan yang ditanyakan tadi telah saya jawab tapi nasihat saya adalah, apabila umat Islam berakhlak dan berlapang dada dalam hal-hal ranting ini, dan memberikan tumpuan tentang hal perkara yang lebih utama dalam Islam. Jangan, apabila kita melihat seseorang itu keadaan solatnya lain daripada kita, kita terus menghentam orang itu dengan berkata “Tak sah solat”, “Salah cara solat tu!!”, “Bidaah”, dan sebagainya. Sudah sampai masanya Umat Islam belajar “Mengawal lidah” dan bukannya “bertikam lidah” serta “berlapang dada” dengan pandangan mazhab lain yang difahami oleh seseorang muslim itu.
FIKIR UNTUK ZIKIR
MUHAMAD NAZRIN RUHANI
Editor : MUHAMAD NAZRIN RUHANI
Rujukan Pandangan :
1) Buku : Dr. Danial Zainal Abidin, ‘TUAN BERTANYA, DR. DANIAL MENJAWAB MENGENAI PERSOLAN ISLAM YANG KONTEMPORARI.’
2) Majalah SOLUSI Isu No. 14, M/s 87.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment