Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Surah Al-Hujurat : Ayat 15)
Friday, June 3, 2011
Hadis-Hadis Yang Mengisyarat Khilafah Abu Bakar
HADIS HADIS YANG MENGISYARAT KHILAFAH ABU BAKAR
Muhammad Hanief Awang Yahaya
www.darulkautsar.net
Perlantikan Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq diakui sebagai ijma’ pertama yang berlaku di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sebaik sahaja baginda wafat. Ini merupakan bukti jelas yang menunjukkan umat Islam pada waktu sepakat dan berlapang dada menerima Abu Bakar sebagai ketua mereka yang mengatur dan mentadbir urusan dunia dan akhirat mereka. Tambahan pula, padanya terdapat syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh seseorang yang menjadi ketua negara apatah lagi beliau merupakan sahabat yang paling awal memeluk Islam.
Dalam tulisan yang ringkas ini akan dikemukakan beberapa buah hadis walaupun tidak secara terang dan jelas tetapi mempunyai isyarat bahawa Rasulullah s.a.w. menamakan beliau sebagai pengganti baginda.
Hadis Pertama
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ سَمِعْتُ الْقَاسِمَ بْنَ مُحَمَّدٍ قَالَ قَالَتْ
عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا وَارَأْسَاهْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاكِ لَوْ كَانَ وَأَنَا حَيٌّ
فَأَسْتَغْفِرُ لَكِ وَأَدْعُو لَكِ فَقَالَتْ عَائِشَةُ وَا ثُكْلِيَاهْ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَظُنُّكَ تُحِبُّ مَوْتِي وَلَوْ كَانَ ذَاكَ لَظَلَلْتَ
آخِرَ يَوْمِكَ مُعَرِّسًا بِبَعْضِ أَزْوَاجِكَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلْ أَنَا وَارَأْسَاهْ لَقَدْ هَمَمْتُ أَوْ
أَرَدْتُ أَنْ أُرْسِلَ إِلَى أَبِي بَكْرٍ وَابْنِهِ فَأَعْهَدَ أَنْ يَقُولَ الْقَائِلُونَ أَوْ يَتَمَنَّى الْمُتَمَنُّونَ ثُمَّ قُلْتُ يَأْبَى
اللَّهُ وَيَدْفَعُ الْمُؤْمِنُونَ أَوْ يَدْفَعُ اللَّهُ وَيَأْبَى الْمُؤْمِنُونَ
Al-Bukhari meriwayatkan daripada al-Qasim bin Muhammad katanya, ‘Aishah berkata: “Aduhai sakitnya kepalaku.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Kalaulah berlaku begitu dalam keadaan saya masih ada pasti saya akan beristighfar dan berdoa untukmu.” Lalu ‘Aishah menjawab: “Aduh lebih berat lagi penderitaanku. Demi Allah, saya rasa awak sukakan kematian saya, kalau itu berlaku pada waktu petang awak akan berada bersama-sama dengan isteri-isterimu sebagai pengantin.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bahkan akulah yang lebih sakit kepala. Sesungguhnya aku benar-benar mahu atau saya mahu menghantar seseorang kepada Abu Bakar dan anaknya untuk saya memaklumkan supaya tidak ada orang yang mengatakan dan tidak ada orang yang bercita-cita demikian.” Kemudian saya berkata: “Allah tidak mahu dan orang-orang mu`min menolak atau Allah menolak dan orang-orang mu`min tidak mahu (melainkan Abu Bakar).” [1]
[1] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, Bab al-Istikhlaf.
Hadis Kedua
حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنَا صَالِحُ بْنُ كَيْسَانَ
عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَرَضِهِ ادْعِي لِي
أَبَا بَكْرٍ أَبَاكِ وَأَخَاكِ حَتَّى أَكْتُبَ كِتَابًا فَإِنِّي أَخَافُ أَنْ يَتَمَنَّى مُتَمَنٍّ وَيَقُولُ قَائِلٌ أَنَا أَوْلَى وَيَأْبَى
اللَّهُ وَالْمُؤْمِنُونَ إِلَّا أَبَا بَكْرٍ
Dalam riwayat Muslim daripada ‘Urwah daripada ‘Aishah katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya pada ketika sakitnya: Panggilkan Abu Bakar untuk saya dan saudaramu supaya dapat saya tuliskan satu surat kerana saya takut ada orang yang bercita-cita dan ada orang berkata bahawa si fulan lebih layak, tetapi Allah s.w.t. dan orang-orang mu`min tidak mahu melainkan Abu Bakar.” [2]
Hadis Ketiga
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ امْرَأَةً سَأَلَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا فَأَمَرَهَا أَنْ
تَرْجِعَ إِلَيْهِ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ جِئْتُ فَلَمْ أَجِدْكَ قَالَ أَبِي كَأَنَّهَا تَعْنِي الْمَوْتَ قَالَ فَإِنْ لَمْ تَجِدِينِي
فَأْتِي أَبَا بَكْرٍ
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jubair bin Mut’im kata, seorang wanita telah datang menemui Rasulullah s.a.w. memintanya supaya datang semula menemuinya lalu dia pun bertanya: “Apa pandangan tuan jika saya datang dan dapati tuan tidak ada -seolah-olah dia memaksudkan kawafatan-. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sekiranya anda tidak mendapati saya, datanglah menemui Abu Bakar.” [3]
Hadis Keempat
عَنْ أَبِي بَكْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ذَاتَ يَوْمٍ مَنْ رَأَى مِنْكُمْ رُؤْيَا فَقَالَ رَجُلٌ أَنَا رَأَيْتُ كَأَنَّ
مِيزَانًا نَزَلَ مِنْ السَّمَاءِ فَوُزِنْتَ أَنْتَ وَأَبُو بَكْرٍ فَرَجَحْتَ أَنْتَ بِأَبِي بَكْرٍ وَوُزِنَ عُمَرُ وَأَبُو بَكْرٍ فَرَجَحَ أَبُو بَكْرٍ
وَوُزِنَ عُمَرُ وَعُثْمَانُ فَرَجَحَ عُمَرُ ثُمَّ رُفِعَ الْمِيزَانُ فَرَأَيْنَا الْكَرَاهِيَةَ فِي وَجْهِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Daripada Abu Bakrah bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. telah bertanya: “Siapakah di antara kamu yang bermimpi?” Lalu seorang lelaki berkata: “Saya bermimpi seolah-olah sebuah timbangan turun dari langit lalu ditimbang anda dan Abu Bakar maka berat anda melebihi Abu Bakar kemudian ditimbang pula ‘Umar dan Abu Bakar lalu Abu Bakar lebih berat daripada ‘Umar kemudian ditimbang ‘Umar dan ‘Uthman lalu ‘Umar lebih berat kemudian timbangan itu diangkat.” Perawi berkata: “Rasulullah s.a.w. sedih dan berduka kerananya itu, yakni tidak suka.” Kemudian baginda bersabda: “(ta’birnya ialah) Khilafah kenabian kemudian Allah s.w.t. memberikan kerajaan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. [4]
[2] Sahih Muslim, Kitab Fada`il al-Sahabat, Bab Min Fada`il Abi Bakar, hadis no: 2387
[3] Sahih al-Bukhari, Kitab Fada`il al-Sahabat, Sahih Muslim, Kitab Fada`il al-Sahabat, Bab Min Fada`il Abi Bakar, hadis no: 2386
Hadis Kelima
Rasulullah s.a.w. telah mendahulukan Abu Bakar untuk menjadi imam sehingga hari kewafatannya.
حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا حُسَيْنٌ عَنْ زَائِدَةَ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو بُرْدَةَ عَنْ أَبِي
مُوسَى قَالَ مَرِضَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاشْتَدَّ مَرَضُهُ فَقَالَ مُرُوا أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ قَالَتْ عَائِشَةُ
إِنَّهُ رَجُلٌ رَقِيقٌ إِذَا قَامَ مَقَامَكَ لَمْ يَسْتَطِعْ أَنْ يُصَلِّيَ بِالنَّاسِ قَالَ مُرُوا أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ فَعَادَتْ فَقَالَ
مُرِي أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ فَإِنَّكُنَّ صَوَاحِبُ يُوسُفَ فَأَتَاهُ الرَّسُولُ فَصَلَّى بِالنَّاسِ فِي حَيَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Imam al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Musa katanya, Rasulullah s.a.w. jatuh sakit dan sakitnya itu bertambah kuat lalu baginda bersabda: “Suruhlah Abu Bakar menjadi imam.” ‘Aishah berkata: “Sesungguhnya Abu Bakar seorang yang lembut (mudah menangis), bila dia berdiri di tempatmu tidak dapat mengimami orang ramai.” Baginda bersabda: “Suruhlah Abu Bakar menjadi imam.” ‘Aishah mengulangi kata-katanya itu. Baginda bersabda lagi: “Suruhlah Abu Bakar menjadi imam. Kamu ini betul-betul seperti perempuan-perempuan zaman Nabi Yusuf.” Maka utusan datang menemui Abu Bakar lalu beliau mengimamkan orang ramai ketika Rasulullah s.a.w. masih lagi ada. [5]
Hadis Keenam
حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ الْأَنْصَارِيُّ وَكَانَ تَبِعَ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَخَدَمَهُ وَصَحِبَهُ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ كَانَ يُصَلِّي لَهُمْ فِي وَجَعِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّذِي تُوُفِّيَ
فِيهِ حَتَّى إِذَا كَانَ يَوْمُ الِاثْنَيْنِ وَهُمْ صُفُوفٌ فِي الصَّلَاةِ فَكَشَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِتْرَ الْحُجْرَةِ يَنْظُرُ
إِلَيْنَا وَهُوَ قَائِمٌ كَأَنَّ وَجْهَهُ وَرَقَةُ مُصْحَفٍ ثُمَّ تَبَسَّمَ يَضْحَكُ فَهَمَمْنَا أَنْ نَفْتَتِنَ مِنْ الْفَرَحِ بِرُؤْيَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَكَصَ أَبُو بَكْرٍ عَلَى عَقِبَيْهِ لِيَصِلَ الصَّفَّ وَظَنَّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَارِجٌ إِلَى الصَّلَاةِ
فَأَشَارَ إِلَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَتِمُّوا صَلَاتَكُمْ وَأَرْخَى السِّتْرَ فَتُوُفِّيَ مِنْ يَوْمِهِ
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, seorang yang sentiasa menemani dan berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. katanya, sesungguhnya Abu Bakar mengimami mereka ketika Rasulullah s.a.w. sakit yang membawa kepada kematiannya sehingga pada hari Khamis. Sedang mereka berada dalam saf-saf, Rasulullah s.a.w. mengangkat tabir biliknya dan melihat ke arah kami sambil berdiri, seolah-olah wajahnya itu seperti halaman al-Qur`an. Kemudian baginda tersenyum ceria lalu kami hampir mahu keluar kerana gembira melihat Rasulullah s.a.w. Maka Abu Bakar mengundurkan dirinya untuk sampai di saf dan menyangka bahawa Rasulullah s.a.w. keluar bersembahyang. Lalu Rasulullah s.a.w. mengisyaratkan kepada kami supaya menyempurnakan sembahyang dan baginda melabuhkan tirai dan pada hari yang sama beliau wafat. [6]
[4] Sunan Abi Daud, Kitab al-Sunnah Bab al-Khulafa`, Sunan al-Tirmizi, Abwab al-Ru`ya.
[5] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Ahl al-‘Ilm Wa al-Fadhl Ahaqq Bi al-Imamah
[6] Ibid.
“Kalau kamu tidak menolongnya ( iaitu Nabi Muhammad ) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negeri Makkah) sedang Ia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung didalam gua, ketika ia (Nabi Muhammad) berkata kepada sahabatnya,: ‘Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita .’”
( Surah at-Taubah ayat 40:9 )
“ Seandainya aku boleh mengambil khalil(kekasih) selain Allah, pasti aku memilih Abu Bakar sebagai khalil. Namun dia adalah saudaraku dan sahabatku. ”
(Hadis Riwayat al-Bukhari no. 3456. Sahih Bukhari.)
FIKIR UNTUK ZIKIR
MUHAMAD NAZRIN RUHANI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment