Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Surah Al-Hujurat : Ayat 15)
Wednesday, August 31, 2011
Solat tutup mata, apa hukumnya ? Boleh atau tidak ?
sila klik pada gambar diatas.
Soalan yang ditujukan kepada saya :
Solat tutup mata, apa hukumnya ? Boleh atau tidak ?
Ada sesetengah kita gemar apabila solat, mereka menutup mata bagi tujuan untuk mengelak daripada diganggu, ada juga yang ingin fokus ketika membaca surah (selalunya dilakukan bagi mereka yang hafiz al-Quran, ketika solat menutup mata untuk mengingati surah2 al-Quran yang panjang). Dan alasan yang selalu kita dengari adalah untuk mencari makna solat yang khusyuk. Persoalannya adalah, apakah hukumnya,? Boleh atau tidak?
Jawapan :
Menurut Imam Nawawi r.h.m : “Dan pandangan yang terpilih (dalam bab pejam mata dalam solat) adalah tidak makruh sekiranya dibimbangkan sebarang bahaya, kerana dengan memejamkan mata itu dapat membantunya khusyuk, hadir hati dan menahan daripada liarnya (lepasnya ) pandangan (kesana sini) dan berkecamuknya minda. ” (Al-Majmu’, : 3/261) .
Imam Ibn Qayyim berkata : “Jika membuka mata tidak mengganggu kekhusyukan solat maka ia lebih elok daripada pejam . dan pandangan yang mengatakan elok pejam mata adalah lebih bertepatan dengan prinsip dan tujuan solat berbanding pandangan yang memakhruhkannya (solat).”
Disisi ulama ada beberapa pandangan tentang hukum diatas. Jadi cadangan saya adalah, jika menutup mata (pejam) ketika solat itu lebih mendatangkan kekhusyukan ketika solat maka itu lebih afdal buat saudara-saudari sekalian. Lebih-lebih lagi jika saudara menjadi imam, dengan memejamkan mata dapat mengfokuskan (minda) ingatan untuk membaca surah-surah yang panjang, dan dapat mengkhusyukan solat , maka itu lebih afdal daripada tidak memejamkan mata melihat ketempat-tempat lain diluar daripada solat yang boleh memakruhkan(batal atau tidak batal) solat. Kerana Allah s.w.t lebih memandang (menerima) solat hamba-Nya yang khusyuk . Firman Allah s.w.t :
“Sesungguhnya, beruntunglah (berjayalah) orang-orang yang beriman. Orang yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna(sia-sia).”
(Surah al-Mukminun ayat 1-3:23)
“Solat yang sempurna ialah solat yang dilakukan dengan khusyuk tetapi solat yang kurang atau tidak khusyuk bukan tidak sempurna atau tidak sah tetapi kurang pahala disisi Allah s.w.t”.
FIKIR UNTUK ZIKIR
Editor : MUHAMAD NAZRIN RUHANI
Rujukan : Majalah "SOLUSI" Isu No. 14. M/s 36.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment