Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Surah Al-Hujurat : Ayat 15)
Monday, August 8, 2011
Soal Jawab Remeh-temeh Mengenai Ibadah .
Ade beberapa soalan yang mungkin bagi kita begitu mudah untuk dijawab dan kadang-kadang persoalan begitu mudah itulah yang ada sesetengah daripada kita tidak tahu menjawabnya apabila diajukan persolan tersebut dan kadang-kadang terkeliru dek kerana kurang membaca buku agama, lupa atau jahil mengenai agama.
Persolan dan Situasi sepanjang hari ketika di Bulan Ramadhan.
Situasi 1:
1.)Adakah Sah puasa apabila tidak niat puasa untuk esok hari tetapi sudah bersahur ?
- Islam itu begitu cantik, indah, sempurna lagi memudahkan umatnya untuk beribadah walau apa keadaan sekalipun. Adakah Sah puasa apabila tidak niat puasa untuk esok hari tetapi sudah bersahur ? Sah puasa kita apabila tidak niat puasa untuk hari esok tetapi sudah bersahur. Didalam mazhab Hanbali(Imam Ahmad bin Hanbal) sangat fleksibel tentang niat dalam sesuatu ibadah. Apabila kita bergerak melakukan sesuatu perkara, maka itu sudahpun dikira niat. Seperti solat, apabila kita hendak berwudhuk bagi tujuan menunaikan solat maka ia juga dikira niat. Begitu juga dengan puasa. Kita sudah bangun pada waktu pagi sebelum azan subuh untuk bersahur tetapi terlupa untuk berniat puasa untuk esok hari, maka sahur yang dilakukan itu bermaksud niat kita untuk berpuasa pada esok hari. (Ini mengikut Mazhab Hanbali sahaja). Tetapi adalah lebih baik niat untuk melakukan sesuatu ibadah kerana Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan itu perlu dengan niat dan bagi setiap perbuatan orang itu berdasarkan kepada apa yang diniatkannya.” Bersesuaianlah dengan apa yang dimaksudkan oleh Imam Ahmad.
2.)Gosok Gigi selepas azan subuh dibulan Ramadhan apakah hukumnya?
- Hukum menggosok gigi selepas azan subuh atau disiang hari dibulan ramadhan adalah Makhruh tetapi tidak membatalkan puasa.
3.)Perlukah berwudhuk dengan berkumur-kumur dibulan ramadhan?
- Tidak perlu kerana ia adalah perkara-perkara sunat dalam wudhuk dan makhruh apabila dilakukan disiang hari dibulan ramadhan tetapi tidak membatalkan puasa jika ia dilakukan dan batal puasa apabila berkumur sambil-sambil itu menelan air apabila disengajakan. (“Sambil menyelam minum air (mengambil kesempatan)” pribahasa Melayu. )
4.)Adakah batal puasa apabila terminum air dalam keadaan terlupa atau tak sengaja?
- Tidak batal puasa bagi orang yang makan, minum dan sebagainya kerana terlupa tetapi jangan berpura-pura atau disengajakan kerana jelas itu membatalkan puasa. Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang terlupa beliau itu (sedang) berpuasa lalu makan dan minum, beliau perlu meneruskan puasa itu; sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.”
5.)Adakah batal puasa menelan air liur / kahak ?
- Tidak batal menelan air liur yang berada didalam mulut kita tetapi batal pula apabila berada diluar selain mulut lalu menelanya semula (persoalan, ada ke orang buat macam tu?????). Tetapi makhruh apabila terlalu banyak meludah dan makhruh menelan kahak kerana ia sesuatu yang kotor.
6.)Pengsan/Pitam batal puasa ?
- Jika melibatkan sepanjang hari maka batal puasa tetapi apabila hanya seketika tidak batal puasa.
7.)Batalkah puasa apabila mengorek hidung/telinga?
- Mengikut perbahasan ulama dulu dan terkini antaranya fatwa yang dikeluarkan oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi, mengatakan, “Tidak batal puasa apabila mengorek hidung atau telinga tetapi boleh jadi batal apabila mengorek hingga ke hujung pangkal (terlalu dalam.)”. Apakah sebabnya tidak batal puasa. Apabila berlaku perkara seperti sesuatu objek atau sebagainya termasuk didalam rogga hidung atau telinga, maka boleh mengoreknya untuk mengelak daripada perkara lebih buruk berlaku. Manusia tidak akan lari dari fitrahnya apabila tubuh badannya iaitu hidung dan telinga gatal. Adakah perlu dia menahannya sehingga sampai waktu berbuka semata-mata takut batal puasa kerana perkara tersebut??? Maka Allah (Islam) telah memberi Rukhsah (Kemudahan bagi memudahkan sesuatu perkara) dalam beribadah kerana manusia itu lemah dan pasti tidak akan lari daripada fitrahnya .
8.)Tetapi dalam perkara-perkara yang membatalkan puasa itu antaranya ialah batal puasa apabila memasukkan sesuatu ke dalam rongga? Bagaimana pula itu?
Contoh yang membatalkan puasa apabila memasukkan sesuatu ke dalam rongga ialah :
- Memasukkan sesuatu kedalam rongga mulut (Tekak).
- Terkentut didalam air lalu termasuk kedalam dubur.
- “Boleh jadi batal apabila mengorek (Kedalam rongga tubuh badan manusia) hingga ke hujung pangkal (terlalu dalam.)”.
Situasi 2 :
1.)Adakah solat perlu disertakan niat mengikut bahasa ibunda(contohnya : bahasa melayu)?
- Pada asasnya niat solat mestilah dengan menggunakan istilah bahasa arab tetapi bagi mereka yang baru belajar atau tidak mengetahui niat didalam bahasa arab perlu juga didalam bahasa arab.
2.)Perlukah niat dua kali iaitu niat didalam bahasa arab didalam hati dan ketika mengangkat takbir?
- Tidak perlu. Niat solat hanyalah sekali sahaja iaitu didalam bahasa arab didalam hati dan tidak perlu ketika takbiratul ihram.
3.)Perlukah membaca doa iftitah didalam solat fardhu yang lima?
- Tidak perlu kerana ia tidak termasuk didalam rukun solat tetapi tidak salah untuk membacanya kerana ia perkara sunat didalam solat.
4.)Perlukah solat disertakan niat menjadi Imam atau makmum?
- Perlu jika kita mahu mendapat pahala solat berjemaah menjadi imam atau makmum tetapi tetap sah solat apabila tidak disertakan niat solat berjemaah menjadi imam atau makmum tetapi tidak mendapat pahala solat berjemaah hanya sekadar pahala solat seorang diri sahaja. Amat rugilah mereka yang tidak berniat berjemaah kerana Allah dan Rasul-Nya menjanjikan pahala 27 darjat bagi mereka yang solat berjemaah yang disertakan niat tersebut.
Notis : Jika ada sebarang soalan, anda boleh bertanya kepada saya sama ada di Blog atau di Facebook...
Akan Bersambung mengenai Feqah dari masa ke semasa InsyaAllah....
FIKIR UNTUK ZIKIR
MUHAMAD NAZRIN RUHANI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment