Saturday, August 14, 2010

Menyangkal Dakwaan Syiah Terhadap Umar Al-Khattab r.a ( Amirul Mukminin )

Penyelewengan sejarah & Pemurnian Sejarah

Tuduhan yang sangat liar tanpa bukti yang sangat kukuh dan lagi sahih terhadap Umar daripada (syiah). Ya dalam catatan sejarah, Umar dilantik sebagai khalifah yang ke-2 selepas Abu Bakar meninggal dunia yang telah diwasiatkan sendiri oleh Abu Bakar secara bertulis. Penyaksian ini telah dilihat sendiri oleh ramai para sahabat Nabi saw seperti Ustman bin Affan yang ditugaskan untuk menulis wasiat, Abdur Rahman Bin Auf dan ramai lagi. Akhirnya, selepas kematian Abu Bakar, Umar dilantik sebagai khalifah seperti yang terkandung dalam wasiat tersebut dan Umar juga mendapat Baiat(persetujuan) daripada seluruh umat islam.

Tuduhan Syiah, langsung tidak tercatat dalam sejarah islam tetapi kedengaran daripada pihak mereka sahaja. Sah lah bahawa, mereka hanya mereka-reka cerita bagi mengelirukan umat islam.
Antara tuduhan yang dilemparkan:

1) Abu Bakar tidak mahu kuasa pemerintahan berada ditangan Ali.
2) Abu Bakar diktaktor.
3) Jika Abu Bakar membiarkan umat islam yang menentukan, pasti keputusan akan memihak kepada Ali yang mempunyai Syiah( pengikut ) yang ramai.
4) Abu Bakar dan Umar sudah berkomplot.
Dan banyak lagi…..

Sebenarnya, Abu Bakar melihat bahawa Umar lebih layak untuk mewarisi kerajaan Islam yang aman dibawah pimpinannya. Antara sebab-musabab Abu Bakar menjadikan Umar sebagai penggantinya adalah :

1) Umar seorang yang berani dan tegas.
2) Umar seorang yang berani mengetengahkan ideanya kepada Nabi saw dalam Perjanjian Hudaibiyah yang dianggapnya sebagai tidak adil dan merugikan Islam.
3) Merupakan sahabat Nabi saw yang paling rapat dan bapa mertua Nabi saw. (kerana Nabi mengahwini anak perempuan Umar).
4) Cadangan-cadangannya banyak diterima Rasulullah saw ketika peperangan dan sebagainya.
5) Rasulullah saw menggelarnya sebagai “Al-Faruq”, iaitu dapat membezakan yang haq(benar) dan batil(salah).
Dan banyak lagi alasan yang dikemukakan oleh para Ulama dan Sarjana Islam sehinggakan saya sendiri tidak larat untuk menulisnya.

Didalam bacaan Syiah, ada juga cerita fitnah yang dilemparkan (syiah) kepada Umar yang lansung tidak ada bukti yang kukuh. (1). Contohnya, Umarlah penyebab kematian Fatimah, puteri Rasullullah saw. Umar dituduh kononnya, menendang pintu rumah Fatimah dan Ali hanya semata-mata untuk menyuruh keluarganya mem-baiat Abu Bakar. Apa yang menghairankan saya? Secara logiknya, adakah hanya mahu menyuruh seseorang menyokong orang lain menjadi pemimpin? Seperti contoh hari ini, adakah disebabkan seseorang tidak keluar mengundi pada pilihan raya, akan menyebabkan kekalahan sesebuah parti yang bertanding itu?

Kalaulah benar perkara ini berlaku, kenapakah Ali tidak memberontak bersama Syiah-nya (yang pro Ali) tidak memberontak akan haknya seperti yang terkandung dalam hadis Ghadir Khum? Ini bukan masalah perpecahan umat islam atau apa, tetapi tentang hak-nya sebagai khalifah.kalau betul-lah perkara ini berlaku…! Kenapa perawi-perawi hadis seperti Abu Hurairah r.a, Ibn Abbas dan Zaid Bin Arqam tidak menceritakan hal ini. Memang benar Zaid Bin Arqam adalah faktor utama yang meriwayatkan kata-kata Nabi (Hadis) di Ghadir Khum, tetapi mungkin juga hadis Nabi saw itu mempunyai maksud yang lain (tersirat bukan tersurat) .

Jadi kesimpulannya, dalam sejarah ada yang baik dari segi catatan sejarahnya, dan ada juga hadis-hadis yang menyokong bahawa Umar Al-Khatab adalah Sahabat Nabi saw yang dijamin syurga.


ALI Mem- Bai’at Umar Al-Khatab r.a


Banyak bukti kukuh bahawasanya Ali mem-baiat Umar secara baik dan bukan secara paksa yang didakwa syiah.

(2). Ali berkata, “ Maka Abu Bakar yang memimpin semua tugas-tugas itu ketika dia akan meninggal dia mengangkat Umar, maka kitapun mendengarkan mentaati dan menasihati (mendampingi) ”.

Ali memujinya hingga berkata, “ Dia(Umar) adalah orang yang diredhai perjalanan hidupnya dan diberkati dalam jiwanya ”.

Ali berkata, “Aku telah mem-baiat Umar sebagaimana kalian mem-baiatnya. Aku telah memenuhi baiat aku untuknya, hingga tatkala ia terbunuh aku dijadikan olehnya sebagai orang keenam dari enam orang (yang ditunjukkan) dan akupun masuk dimana dia menyuruhku untuk masuk ”.

(3). Ali pun telah bersaksi bahawa manusia terbaik dalam umat Islam ini setelah Nabi-nya adalah Abu Bakar dan Umar.

(4). Penyaksiannya adalah, “ Keduanya adalah imam al-Huda dan Syeikh Al-Islam yang menjadi qudwah setelah Rasulullah saw. Barangsiapa mengikuti keduanya pasti terpelihara (dari kesesatan) ”.


(1). Meniti Titian Kebenaran, Khair Izzah, Penghantar: Hasan Askari, Hauzah Resources: 2008.
(2). Syarah Nahj Al-Balaghah, Ibnu Abu Al-Hadid, Jilid 4, hal, 519.
(3). Asy-Syafi, jilid 2, hal, 428.
(4). Talkhis Asy-Syafi, Ath-Thusi, jilid 2,hal, 428.


Kisah Menyayat Hati ( Saat-saat Kematian Umar Al-Khattab r.a ). Antara Iktibar dan Menyentuh Hati.


Di pengakhiran hayat Saidina Umar r.a, saidina Umar al-khattab r.a mengimamkan solat subuh. Dibelakangnya para sahabat, ramai para sahabat. Tiba-tiba datang seorang lelaki bernama Abu Lu’luah. Abu Lu’luah melakukan serang hendap terhadap Umar al-khattab, dia menikam perut Umar al-khattab,merobek di perutnya, menikam didadanya, lalu menarik tikamannya sehingga terburai isi perut umar al-khattab. Ketika itu, umar al-khattab tumbangdisebelah, lalu solat digantikan oleh Abdul Rahman bin Auf r.a.

Abdul Rahman bin auf memendekkan solat lalu menyelesaikan solat dengan segera. Kemudian Abdul Rahman memangku Umar al-khattab, sahabat yang disayangi. Para sahabat panic, darah belinangan, berlumuran di perut dan dada Umar al-khattab. Umar al-khattab pengsan, seketika umar al-khattab bangun terjaga dari pengsan, ada satu soalan yang dikeluarkan daripada mulut khalifah yang agung. Dalam keadaan nafas yang teresak-esak, dalam keadaan sakit yang betul-betul sakit, Umar tersedar dan bertanya pada para sahabat, “ Assolannas, assolannas ”…bermaksud “ adakah kamu sudah solat, adakah kamu sudah selesai solat tadi..? ”.. ( Allahhuakhbar)… itu soalan pertama yang keluar daripada mulut beliau. Kemudian dia meminta kepada anaknya Abdullah Bin Umar.. “ Wahai anakku, berikan aku air..” anaknya menjawab ( Abdullah bin Umar ).. “ Wahai ayah, sebentar tadi aku berikan engkau air susu, tetapi susu itu mengalir keluar daripada perut engkau, adakah engkau ingin minum sekali lagi wahai ayah ku..?”.. Umar menjawab “ Ya Abdullah, aku bukan nak minum air air itu, aku hendak ambil air itu untuk wudhuk, aku belum solat subuh lagi..”

Iktibar

Allahuakhbar !!!..
hebatnya tarbiah Nabi Muhammad saw yang begitu menitik beratkan soal solat. Sebab itu baginda Nabi saw menyuruh setiap ibu dan ayah, ajarkanlah anak kamu solat.. sabda Nabi Muhammad saw :
“ Peintahkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat ketika ia berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ketika berumur sepuluh tahun ( jika ia enggan untuk solat ).”

( Riwayat Abu Daud )

Bertapa berat Rasulullah saw memandang dosa orang yang meniggalkan solat. Sebab itu saudara-saudari sekalian, kalau kita sayangkan masa depan kita, tidak sanggup melihat diri ini gagal dalam PMR,SPM,STPM atau Peingkat Universiti sekalipun, tetapi cuba kita fikir, adakah kita mahu hidup didunia ini sia-sia dan gagal menemui syurga Allah di akhirat nanti.? Fikirlah untuk zikir kepada Allah swt wahai sahabat-sahabat ku sekalian. Sebab itu Nabi Ibrahim as berdoa dalam firman Allah swt dalam surah Ibrahim :

“ Ya Allah ( ya tuhanku ), jadikanlah aku dan zuriat-zuriatku dikalangan orang-orang yang rajin dan besungguh-sungguh melaksanakan solat, Ya Allah ( ya tuhan ku ) perkenankan doa ku..”

(Surah Ibrahim (14):40 )

Sahabat-sahabat sekalian, cuba hisab ( hitung ) diri kita, sejauh manakah amalan kita. Jika kita punya selangkah sahaja lagi ke syurga, tiba-tiba tubuh badan kita (jasad) , mendakwa “ Ya Allah, hamba mu ini pernah melakukan dosa kecil ( walaupun sebesar zarah )..” apakah yang akan dijawab oleh kita, “ what reason are we going to answer it..?”

-FIKIR UNTUK ZIKIR-
(KEPADA ALLAH AZZA WA JALLA)


Ulasan daripada pengarang:
-AL-FIKRUN-
(MUHAMAD NAZRIN RUHANI)

No comments:

Post a Comment