Di dalam sebuah buku yang saya baca dimana buku ini ditulis oleh orang pro syiah, berjudul “ Bila Tiba Masanya”, karya K-Azarmi diterjemah oleh Abu Turab, daripada Institut Ilmu Dan Pemikiran Ali Bin Abi Talib ( iMPACT) 2008 daripada Hauzah Resources yang diberi oleh sahabat saya agar saya mengkajinya, menceritaan dalam bab Saaifah Balai Bani Saidah… Abu Bakar dengan sahabat yang lain..selepas kewafatan Rasullullah saw, menceritakan Abu Bakar dan sahabat besar yang lain secara diam-diam meninggalkan Ali menuju ke saqifah Bani Saidah bagi merebut kerusi ke-khalifahan. Turut bergabung ialah Khalid al-Walid, Abdur Rahman Bin Auf, Mughirah Bin Syu’bah dan sahabat dari kalangan ansar, melupakan wasiat dan peringatan Rasulullah tentang Ali Bin Abi Talib. Dan akhirnya sepakat memilih Abu Bakar sebagai khalifah.
Disini juga dapat kita lihat, bahawasanya, syiah mengatakan Abu Bakar taksub untuk berrkuasa selepas kewafatan Rasullullah. Sedangkan, cerita yang mereka(syiah) tidak berlandaskan bukti yang kukuh dan tidak mempunyai perawi bagi meriwayatkan cerita ini. Ini menunjukkan para perawi hadis tidak berminat untuk meriwayatkan cerita ini kerana ia adalah pembohongan semata-semata.
Dalam sejarah sebenar,berlandaskan bukti yang kukuh dan perawi yang di perakui kesahihannya, menceritakan bahawa Abu Bakar dilantik menjadi khalifah melalui sistem pemilihan khalifah yang diajarkan oleh Al-Quran dan Rasulullah saw. Islam tidaka menentukan sistem pemilihan kkhalifah tetapi yang dituntut adalah menghormati konsep syura seperti dalam fiman Allah swt dalam Al-Quran:
“ Maka berkat rahmat Allah, engkau ( wahai Muhammad ) berlaku lemah-lembut terhadap mereka, sekiranya engkau (Muhammad) bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekitarmu. Kerana itu, maafkanlah mereka dan mohonlah keampunan untuk mereka dan ber-musyawarahla(bermesyuarat@berbincang) dengan meraka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah menbulatkan tekad(bersetuju) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya, Allah mencintai orang yang bertawakal ”.
( Surrah Ali-Imran:3:159)
Saidina Ali r.a juga membaiat Abu Bakar r.a
Dalam cerita ini, saya menyangkal cerita syiah yang sengaja memperburuk-burukkan sejarah antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali r.a. “ Ali r.a menceritakan, bagaimana proses pem-baiatannya kepada Abu Bakar r.a . Maka aku (ALI) ketika itu berjalan mendatangi Abu Bakar lalu mem-baiatnya dan aku bangkit dalam peristiwa itu hingga kebatilan tersingkir dan lenyap, serta ‘kalimah Allah’ menjadi yang tertinggi sekalipun orang-orang kafir tidak suka. Abu Bakar r.a memimpin dalam peristiwa tadi, dia memudahkan, meluruskan, mendekatkan dan tidak mengada-adakan, maka aku menyertainya sebagai penasihat. Dan aku mentaatinya sebaik mungkin dalam hal(perkara) yang dia mentaati Allah Taala. ” (1)
Ini ditegaskan lagi dalam penulisan kitab Al-Gharat, bahawa Ali r.a menceritakan baiatnya dengan menyatakan :
“ Manusia telah berkumpul di sekitar Abu Bakar dan semua bergegas kepadanya , maka aku berjalan, ketika itu menuju Abu Bakar dan aku mem-baiatnya dan aku bangkit dalam peristiwa itu sampai kebatilan tersingkir dan lenyap dan kalimah Allah menjadi yang tertinggi.” (2)
(1). Manar Al-Huda, Ali Al-Rahmani Asy-Syi’I,hal 373, Nasikh Al-Tawarikh, Jilid 3, hal…
(2). Al-Gharat, Jilid 1, hal
Cerita ini telah membuktikan dan sekali gus menyangkal dakaan syiah bahawa saidina Ali di paksa oleh Umar Al-khatab dengan pedang yang dihunus ke leher Ali, hanya semata-mata untuk mem-baiat Abu Bakar sebagai khalifah. Juga menyangkal dakwaan bahawa layanan buruk terhadap Ali untuk membaiat Abu Bakar iaitu meratapi tangisannya di makam Rasulullah saw. Ini adalah cerita yang tidak logik dan langsung tidak boleh diterima kesahihannya.
Jika benar perkara ini berlaku, untuk apa Abu Bakar melantik Ali dalam pentadbirannya? Dalam sejarah, membuktikan bahawa saidina Ali tetap dilantik menjadi hakim di yaman dalam semua pemerintahan para sahabat sebelumnya iaitu saidina Abu Bakar, Umar,dan Ustman. ? kebanyakan sarjana islam menyebut bahawa kenapa Abu Bakar, Umar dan Ustman melantik Ali sebagai hakim dalam setiap pemerintahan sebelumnya? Ini kerana, keilmuan yang dimiliki oleh beliau, warak, alim dan sifat amanah yang dimilikinya tidak dimiliki oleh orang lain. Dan sebab itulah, kesahihan hadis at-Tarmidzi diterima oleh pihak sunni iaitu :
Sabda Rasulullah saw, “ Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintu ilmu, barangsiapa yang menghendaki ilmu, masuklah melalui pintunya.”
(H.R at-Tarmidzi)
Saya juga menyangkal dakwaan syiah bahawa Ali dicaci-maki selama lebih 20 tahun didalam khutbah mengikut dakwaan syiah. (3). Jika perkara ini berlaku, saya minta pihak syiah keluarkan bukti-bukti, isi-isi kandungan khutbah yang mencaci-maki Ali. Setakat ini, dalam penyelidikan saya, belum ada bukti bahawa dizaman Abu Bakar , Umar,Ustman dan Muawiyah mereka mencaci-maki Ali. Kalau perkara ini berlaku, untuk apakah orang yang dicaci-maki itu dilantik menjadi Hakim setelah hilang kepercayaan terhadap dirinya? Sila jawab ( Ya Maksyaral Syiah)
(3). Bila Tiba Masanya…K-Azarmi, Institut Ilmu Dan Pemikiran Ali Bin Abi Talib
( Impact )Kota Bharu, Hauzah Resources, 2008..
-AL-FIKRUN-
(MUHAMAD NAZRIN RUHANI)
No comments:
Post a Comment