Friday, October 15, 2010

Penyelewengan Sejarah Ustman Bin Affan r.a



Pemurnian Sejarah Ustman Bin Affan



Setelah Umar al-khatab ra meninggal dunia, Ustman telah dipilih oleh umat islam pada masa itu dalam “ Majlis Perlantikan Khalifah ”. sebelum kewafatan beliau ( Umar ), pada awalnya, beliau tidak meninggalkan wasiat sebagai khalifah setelah kewatiannya. Ini kerana, Umar ra menganggap adalah lebih baik seseorang khalifah itu dilantik oleh umat islam mengikut citarasa mereka. Saidatina Aisyah ra (isteri Nabi Muhammad saw) pula mencadangkan atau menasihati agar Umar al-khatab r.a sekurang-kurangnya meninggalkan wasiat sebagai khlifah setelah kewafatannya. Akhirnya, Umar r.a meninggalkan wasiat atas nama calon-calon yang layak sebagai khalifah. Antaranya :

- Ustman bin Affan r.a
- Ali bin Abu Thalib r.a
- Talhah bin Ubaidah
- Zubair Ibn Awwam
- Saad Bin Abi Waqas
- Abdul Rahman Bin Auf


Setelah tiga hari kemangkatan Umar r.a, umat islam mula memilih calon. Abdul Rahman Bin Auf menarik diri dan menawaran diri sebagai pengerusi Majlis Perlantikan Khalifah ini. Kesemua calon yang lain menarik diri kecuali Ustman dan Ali Bin Abu Talib. Setelah selesai proses pengundian , didapati umat islam lebih berpihak kepada Ustman Bin Affan. Banyak sebab umat islam memilih Ustman sebagai khlifah. Antaranya :

- Ustman merupakan lebih tua daripada Ali r.a
- Sikap tegas Ali r.a akan menyebabkan rakyat lebih serius berbanding Uthman yang bersikap lemah lembut.
- Merupakan menantu Nabi Muhammad saw yang berkahwin dengan dua puteri Rasulullah saw . oleh itu, Ustman digelar Zun-An Nuraini.
- Apabila Utsman dillantik, corak pentadbiran Negara akan berubah kapada toleransi berbanding dengan pentadbiran Umar yang tegas.
- Bilangan suku Bani Umayyah lebih banyak menyebabkan mereka memberi sokongan yang lebih kepada Ustman.


Dan banyak lagi alasan-alasan yang lain. Inilah alasan umum untuk menolak segala dakwaan Syiah bahawa Uthman telah berkomplot dengan umat islam yang lain agar mereka melantik Ustman sebagai khalifah.





Ali r.a juga membai’at Ustman r.a


Ali r.a telah membai’at Ustman dan menetapkan ke-khalifahannya dalam satu khutbah Ali ra , beliau berkata, “ Sesungguhnya Syura adalah milik Muhajjirin dan Ansar, jika mereka telah bersepakat memilih seseorang dan menyebutnya sebagai imam maka Allah meredhainya. Jika dia keluar dari perkara mereka, kerana celaan atau Bidhaah maka mereka mengembalikannya dari yang menyebabkan ia keluar. Jika dia menolak maka mereka memeranginya kerana telah mengikuti langkah yang bukan langkahnya kaum mukminin dan Allah menyerahkannya kepada arah yang ia kehendaki. ” (1).

Ali r.a adalah satu diantara enam orang yang ditunjukkan oleh Umar al-faruq untuk memilih satu diantara enam orang itu sebagai khalifah kaum muslimin. Dan hasil musyawarah menentukan Ustman , maka yang pertama kali membai’at adalah Abdul Rahman Bin Auf kemudian Ali r.a.(2).

Ali r.a mengatakan, “ ketika Umar al-faruq ditikam ia menunjukkan sebagai orang ke-enam dari enam orang (yang ditunjukkan). Maka aku masuk ditempat yang Umar telah menempatkan aku dan aku tidak suka jika aku memecah belah jemaah kaum muslimin dan memecah kekuatan mereka. Kalian telah membai’at Ustman maka aku (juga harus) membai’atnya.” (3)

(1) Al-Amali, jilid 2, hal-121. Cet.Najef
(2) Thabaqat bin sa’ad, jilid 3, hal 42.
(3) Al-Amali, Op, Cit.



Kematian Saidina Ustman ( Satu Perancangan )


Kematian Saidina Ustman r.a memang merupakan satu perancangan. Dimana orang-orang islam munafik, telah mengambil kesempatan diatas kelemahan pentadbiran Saidina Ustman. Perkara ini berpunca apabila Saidina Ustman telah memberi keutamaan terhadap ahli keluarganya dalam pentadbirannya dengan memberi jawatan-jawatan penting dalam urusan pentadbiran Negara. Oleh itu, golongan yang kurang berpuas hati dengan entadbiran Saidina Ustman yang mengutamakan keluarga dalam pentadbirannya, melakukan pembeontakan dan dari situlah muncul seorang munafik Abdullah Bin Saba’ mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan umat islam.

Abdullah Bin Saba’ seorang islam munafik mula memainkan peranannya untuk mempengaruhi rakyat agar berlakunya perpecahan. Abdullah juga telah mengelirukan soal agama Islam dengan menyebarkan hadis-hadis tentang keutamaan Ali dan keluarganya. Dari situlah, apabila Saidina Ali r.a mendapat pekhabaran , Saidina Ali sangat marah dan mengarahkan orang itu dicampak ke dalam api, dan ada juga pendapat lain bahawa Saidina Ali menyuruh atau memerintahkan dia dibuang negeri.

Kehadiran wakil-wakil ini tidak dapat mengawal semangat pemberontak-pemberontak ini. Pemberontak di Kufah, Mesir, dan Basrah inginkan orang yang berbeza menjadi khalifah.. Tuntutan orang Mesir ini dikabulkan oleh Ustman, setelah utusan dari Mesir pulang, di tengah perjalanan mereka menangkap seorang pembawa surat rahsia. Isi surat itu berisi perintah agar Abdullah bin Abu Sarrah segera membunuh Muhammad bin Abu Bakrah. Orang-orang Mesi te terkejut dan marah dan kembali ke madidah menuntut kepada khalifah agar beliau mempertanggungjawab isi surat itu kerana isi surat itu dicap dengan cap mohor rasmi Utsman Bin Affan. Saidina Ustman bersumpah tidak mengetahui tentang isi kandungan surat tersebut kerana sesungguhnya yang membuat surat itu adalah Mrwan Bin Hakam . pada suatu hari rumah beliau dikepung oleh oang ramai terutama orang mesir. Mereka member dua pilihan sama ada khalifah melepaskan jawatan atau Marwan bin Hakam dihukum qisas. Beliau menolak kerana Mrwan Bin Hakam belum membunuh, hanya baru membuat surat menyuruh membunuh sahaja..

Semasa rumah Saidina Ustman dikepung, dalam catatan sejarah, sahabat terdekat Saidina Ustman yang member bantuan ialah Saidina Ali . Saidina Ali dan keluarga ( termasuk saidina Hassan dan Hussin ) menjaga keadaan Saidina Ustman di kepung. Tetapi saidina Ustman menyuruh saidina Ali pulang kerana saidina Ustman hendak menghadapi perkara ini sendirian kerana mempeakui akan kelemahan pentadbirannya. Pemberontak-pemberontak akhirnya telah masuk ke dalam rumah khalifah Ustman. Walaupun dalam catatan sejarah yang masyhur tidak meletakkan nama siapakah yang menikam dan membunuh saidina Ustman ra tetapi ada juga catatan sejarah menyatakan bahawa penikam serta pembunuh saidina Ustman ialah Al-Asytar. Perbincangan tentang Al-Asytar adalah pembunuh saidina Ustman akan dibincangkan di tajuk yang lain. .. maka tikaman ini telah belaku setelah 22 hari pengepungan rumah khalifah ustman iaitu pada 18 zulhijjah tahun 35 atau 20 mei tahun masihi 656…

Dalam suasana kritikal, beberapa orang sahabat termasuk saidina Ali cuba menghalang pemberontak-pemberontak melakukan pembunuhan. Jemaah-jemaah haji juga cuba membantu. Saidina Ali cuba membantu dan menjadi orang tengah, tidak dapat menahan kehendak pemberontak ini. Tentera dari Syam yang ingin menolong khalifah tidak tiba. Sepatutnya Bani Umayyah terutama Muawiyah telah ada bersama untuk mengawal keselamatan khalifah. Juga tidak hadir untuk membantu. Maka meninggallah sahabat dan menantu Rasulullah saw yang dikasihi, jasadnya dikuburkan di perkubuan Baqi’ dan jasanya dalam sejarah Islam akan terus dikenang . semoga Allah redha akan kehidupannya didunia dan diakhirat…..


-FIKIR UNTUK ZIKIR-
MUHAMAD NAZRIN RUHANI

No comments:

Post a Comment